Monday, December 5, 2011

TAHNIAH!! ... ANDA DIIKTIRAF!!!


Cybertrooper atau askar maya telah mendapat tempat dalam ucapan Naib Presiden UMNO iaitu DATO' SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI sewaktu menggulung ucapan dasar Presiden UMNO di Perhimpunan Agong UMNO 2011 yang berakhir pada minggu lepas.

Nampaknya peranan askar maya ini telah mendapat tempat, apabila beliau menghargai usaha bala tentera maya yang terdiri dari Facebooker, Blogger dan Twitter's.

“Kita mesti hargai bala tentera siber kita yang berjuang untuk kita, bantu kita tanpa upah, tanpa tidur, tanpa ganjaran untuk mereka dan ada juga dikalangan mereka bukan ahli UMNO pun” kata beliau.

GR berpendapat dengan pengiktirafan ini akan meniup semangat dan azimat yang disemat dalam hati para perjuang bala tentera maya termasuk untuk terus menyanggah segala fitnah dan penipuan yang diputar belitkan oleh Pakatan Rakyat.

Untuk kawan-kawan di alam maya..ini SMS daripada Dato' Seri Zahid Hamidi kepada kita semua yang GR lihat dari sahabat GR penaKSJ:

"TAHNIAH....TELAH DIIKTIRAF"

No comments:

Artikel pelbagai