Thursday, December 8, 2011

PANAS: SEMERAH PADI AKAN MENGGEGARKAN ISTANA BUDAYA!!


Dari filem ke Istana Budaya...Inilah dia sebuah teater diadaptasikan dari filem arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee (Semerah Padi) bakal dipersembahkan kepada semua masyarakat Malaysia tidak kira agama dan budaya serta peringkat umur. Teater Semerah Padi ini akan dipersembahkan pada 22 - 31 Disember 2011.

Difahamkan, ia akan mencetuskan fenomena da semangat baru dunia Teater di Malaysia... Teater ini dibarisi oleh barisan artis yang sungguh hebat seperti Khir Rahman, Jue Aziz, Fauzi Nawawi, opie Zami, baby Res2, dan beberapa nama HEBAT dikalangan pelakon senior Malaysia...

Sinopsis Teater Semerah Padi Dua sahabat akrab, Aduka dan Teruna ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman. Dara, anak ketua kampong mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina....

Read more: Teater Se-Merah Padi di di Istana Budaya (IB) bermula 22 Dis 2011 http://buzzera.blogspot.com/2011/12/teater-se-merah-padi-di-di-istana.html#ixzz1fu2gTAGE

p/s: JOM ramai-ramai tonton Teater Semerah Padi.. Musim cuti sekolah niekan bolehlah ajak family dan kawan-kawan ke Istana Budaya. Lanjut boleh hubungi KENO Production: 03-41055806 atau layari www.istanabudaya.gov.my atau www.ticket2u.biz atau hubungi terus 03-41478600....

DATANG JANGAN TAK DATANG!!!

No comments:

Artikel pelbagai