Monday, December 5, 2011

PANAS: AHLI PKR JATUH BANGUNAN...UMNO YANG SALAH??

Sekadar hiasan

Alhamdulillah.....

Nasib baik tiada kecederaan serius atau kehilangan nyawa yang berlaku. Kalau tak, jenuh kena buat suruhanjaya siasatan pula. Tapi pelik jugakkan...apa yang diaorang buat kat rumah banglo tu?? Jatuh dari tingkap dalam keadaan berseluar dalam pulak tue...isk isk..ada pesta buih ka or ade private party ka?? Musykil GR pikirkan hal nie...MmmMmMMmm..

SHAH ALAM 4 Dis. - Seorang lelaki yang dipercayai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) ditemui tertiarap dalam keadaan parah dengan hanya memakai seluar dalam di luar salah sebuah banglo di Kompleks Kediaman Rasmi Exco Selangor di Seksyen 7 di sini, awal pagi ini.

Mangsa, Yahya Talib, 49, yang beralamat di Kampung Nelayan Telok Gong, Klang, dipercayai terjatuh dari tingkat satu banglo berkenaan selepas pukul 1 pagi.

Bagaimanapun, mangsa masih hidup ketika ditemui oleh rakannya yang baru pulang daripada solat Subuh di surau berhampiran kira-kira pukul 6.30 pagi.

Difahamkan, mangsa antara 70 ahli PKR yang menghadiri perjumpaan parti di kompleks tersebut semalam dan bermalam di salah sebuah banglo di situ dengan berkongsi bilik bersama seorang lagi ahli. Banglo tersebut dikatakan telah ditempah atas nama seorang exco kerajaan negeri Selangor.

Mangsa yang sudah berumah tangga dan bekerja sebagai pemandu kren di Pelabuhan Klang, dikatakan mengalami keretakan di pergelangan tangan kanan, cedera ringan di lutut kiri selain keretakan tulang tengkorak di bahagian mata kiri.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Shah Alam, Deputi Supritendan Kamaruddin Ismail berkata, mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang berada dalam keadaan stabil.

"Kali terakhir mangsa dilihat oleh rakan sebiliknya ialah pukul 1 pagi iaitu sebelum lelaki itu masuk tidur.

"Pagi ini, rakannya itu bangun untuk solat Subuh di surau tetapi mangsa tiada di katil dan dia terus pergi ke surau kerana menyangka mangsa berada di sana.

"Bagaimanapun ketika pulang dari surau, dia ternampak mangsa yang hanya memakai seluar dalam, tertiarap dan ketika diperiksa mangsa masih bernyawa dan dalam keadaan sesak nafas. Dia terus menghantar mangsa ke HTAR," kata beliau ketika dihubungi.

Tambah beliau, rakan mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Seksyen 6 dan kes itu diklasifikasikan sebagai kes kemalangan buat masa ini sementara menunggu laporan perubatan daripada pihak hospital.

Katanya, mangsa yang sudah boleh bercakap dikatakan tidak ingat apa yang berlaku kepadanya sebelum ditemui tertiarap di luar banglo.

p/s: Nasib baik tak mati...kalau tak bertapa pegang lilin lagi la puak2 nie...hehe

No comments:

Artikel pelbagai