Sunday, December 4, 2011

#PAUMNO: PUTERI MAHUKAN POLITIK COOL!!!


Perhimpunan Agung UMNO 2011 telah melabuhkan tirainya semalam tetapi GR terpanggil dan tertarik dengan topik yang dibahaskan oleh wakil Puteri UMNO pada 2 hari lepas. Di mana Puteri UMNO mencadangkan supaya peremajaan dan penjenamaan semula parti dilakukan dengan menilai semula program UMNO agar ia bersesuaian dengan citarasa golongan muda.

Wakil Puteri UMNO, Wan Salwati Abdullah berkata usaha itu perlu kerana golongan muda boleh memberi nafas baru kepada UMNO untuk memastikan ia terus hidup subur bagi meneruskan perjuangannya.


"Untuk memenangi hati generasi muda, UMNO perlu menyusun langkah lebih berkesan, setiap program hendaklah berdasarkan citarasa mereka supaya terus bersama dan menyertai kita,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 kali ini.

"Zaman sekarang adalah zaman menyanjung pemimpin yang dilabelkan cool apabila meluangkan masa bermain futsal dengan generasi muda dan bukan lagi zaman untuk terus mengherdik, mencaci dan hanya tahu melihat kesilapan golongan muda,”

"Kalau Perdana Menteri yang sibuk dengan tugas boleh meluangkan masa bersama menonton perlawanan bola sepak, kenapa tidak kaedah sama direalisasikan semua pemimpin di peringkat negeri, bahagian atau cawangan,” katanya.

Zaman sekarang untuk menghimpunkan ramai orang untuk sesebuah program tidak boleh digunapakai lagi kerana zaman telah berubah. Sekarang ialah zaman di mana rakyat ingin 'berjabat salam' dengan pemimpin untuk mereka berbincang, mengadu masalah serta menyuarakan pendapat mereka di alam maya seperti di Facebook atau pun Twitter kerana dengan cara ini mereka akan rasa hati mereka lebih dekat dengan pemimpin.


p/s: BN Pilihan Orang Muda

No comments:

Artikel pelbagai