Wednesday, November 9, 2011
AMANAH...Parti Baru Ku Li??
KUALA LUMPUR 9 Nov. - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjelaskan Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) tidak sewajarnya dianggap platform untuk bersaing dengan mana-mana parti politik di Negara ini.
Beliau mendakwa ianya sekadar kebetulan ditubuhkan ketika terdapat spekulasi yang mendakwa pilihan raya semakin hampir. "Itu pun kita kena tunggu berbulan-bulan sebelum dapat kelulusan. Ia tak beerti untuk pilihan raya, ianya kebetulan. Harap dapat diteruskan sebagai NGO." Kata beliau pada Sidang Media AMANAH yang turut disertai bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting dan Datuk Seri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
Ku Li menjelaskan AMANAH menjadi plaform bagi Pemimpin-Pemimpin Politik memberi kebebasan bersuara menerusi saluran yang bersesuaian tanpa sebarang sekatan dan terikat.
Beliau memperakui pada masa kini Pemimpin Politik agak sukar menyatakan pandangan dan kritikan demi kebaikan Negara.
"Macam saya kalau nak bercakap di Dewan Merdeka contohnya, kena dapat kelulusan pihak atasan." AMANAH yang dipimpin beliau turut disertai beberapa Pemimpin UMNO dan MCA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment