Sunday, October 9, 2011

PERKARA HEBAT DALAM SEJARAH MALAYSIA !!!

Ringkasan Bajet 2012

Petikan teks Bajet 2012, Bajet kali nie nampak begitu rakyat dengan merasai nadi rakyat, membantu rakyat yang memerlukan dan apa yang penting memastikan kesejateraan dan BERPAKSIKAN RAKYAT....

Sesungguhnya, sokongan besar rakyat amat penting untuk mempastikan perjalanan kita akan menemui kejayaan yang diimpikan menuju gapura Malaysia yang maju, makmur sebagai oasis harapan dan kestabilan dalam lautan dunia yang tidak menentu..

Sememangnya lagi, Kerajaan Barisan Nasional tidak tunduk kepada tekanan atau apa-apa paksaan untuk mengambil jalan yang benar dan betul demi warga Malaysia. Kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukannya dibuat-buat atau sebuah ilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokan syaksiah serta kemunafikan intelektual seperti sesetengah pihak. Perjuangan kami warisan mulia zaman berzaman meniti generasi..

Perjuangan ini bukan perjuangan sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun. Ia adalah perjuangan berdekad lamanya. Inilah sebuah Bajet di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional diilhamkan demi rakyat. Kepada Allah jua kita berserah..

Inilah kata-kata pemimpin No.1 negara YAB Perdana Menteri, bilamana mengakhiri ucapan pembentangan bajet yang cukup baik dalam membantu rakyat..

No comments:

Artikel pelbagai