Tuesday, October 11, 2011

Mesyuarat PKR Cabang K.Selangor berGADUH


Mesyuarat Agong Tahunan PKR Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya menjadi kecoh apabila beberapa orang ahli mempertikaikan tentang pengesahan tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang tersebut.

Pertengkaran ini bermula apabila Ketua Cabang Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan. Soalan demi soalan daripada ahli PKR menjadikan keadaan di dewan kelam kabut menyebabkan pengerusi tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.


Persoalan itu dibangkitkan oleh Pemeriksa Kira-Kira PKR Cabang Kuala Selangor, Norazhar Jamil yang mendakwa bahawa penyata kira-kira itu disemak oleh individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lepas.

Bernama Melaporkan, Norazhar berkata sebelum ini beliau ada didatangi individu yang memintanya menandatangani penyata kira-kira berkenaan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat hari ini, namun beliau enggan kerana tidak diusulkan dengan bukti..

Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menjelaskan bahawa penyata kira-kira itu akan diaudit terlebih dahulu sebelum dibentangkan semula pada mesyuarat akan datang..

No comments:

Artikel pelbagai