Thursday, October 13, 2011

KETUA PUTERI UMNO: Low profile!!!


'Jika diberikan peluang saya nak bertemu dengan semua penghuni rumah anak-anak yatim yang berada di seluruh Malaysia...' itulah kata-kata dari YB Datuk Rosnah dalam program Ramah Mesra bersama Anak Yatim sekitar Kuala Lumpur dan Selangor malam tadi...

Kebetulan semalam, SKR dijemput ke Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Yatim….tak tahu pun siapa yang rasmi.. niat dihati nak pergi periksa kesihatan percuma sebab nampak macam ada orang kesihatan…(ada member cakap nak usha nurse-nurse cun..sekali semua dah berpunya daaaa..kih kih kih ;p

Bila sampai majlis dah mula… rupanya Majlis Ramah Mesra Anak-Anak Yatim bersama YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin…..Timb. Menteri Kesihatan merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dan juga Ahli Parlimen Papar... memang sempoi habis YB nie… TAHNIAHLAH YB!!!!

YB Datuk memberikan ucapan

Kemesraan dan keprihatinan yang ditunjukkan oleh YB Datuk kepada anak-anak yatim malam tadi sangat membuatkan tetamu yang hahir teruja kerana beliau melayan mereka seperti anak-anak beliau sendiri... Mungkin disebabkan naluri seorang ibu yang begitu sebati dalam tubuh badan beliau menyebabkan anak-anak ini begitu suka dengan beliau...

Hati tersentuh bila tengok anak-anak yatim beramah mesra dengan mereka yang menganggapnya sebagai ibu..tersentuh betul SKR dengan cara YB nie…budak-budak suka…

SKR harap semangat yang ditunjukkan oleh YB Datuk disambut baik dan disokong oleh setiap ahli Puteri UMNO di Malaysia ini... Yang PENTING jangan bersikap hipokrit dan berpura-pura... Lakukan dengan seikhlas hati untuk membantu masyarakat...

Rakyat melihat apa yang pemimpinnya buat... Malah, kalau pemimpin tu menipu pun kita boleh tahu....

No comments:

Artikel pelbagai