Friday, October 14, 2011

Gempa Bumi di BALI !!!

Satu gempa bumi bermagnitud 6.1 melanda pulau Bali, Indonesia pagi semalam.


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa berlaku pada 11.16 pagi di selatan pulau tersebut, 154 kilometer barat daya dari Denpasar dan 1,350km tenggara Kuching, Sarawak.
Gempa tersebut tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia, kata jabatan itu.

Sementara itu, menurut laporan agensi AFP, ahli seismologi mengesahkan gempa berkenaan menyebabkan keadaan panik di kawasan pelancongan berkenaan.
Jurucakap Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Endro Tjahjono berkata, situasi itu juga menyebabkan bangunan di ibu kota Denpasar, kepulauan selatan Bali retak.

Katanya, gegaran itu berlaku beberapa minit di daerah pelancongan utama Kuta.
“Suasana panik tercetus, orang ramai lari meninggalkan bangunan. Apabila kami kembali ke bangunan pejabat, kami lihat berlaku keretakan di dinding dan sebahagian daripada plaster dinding turut terkeluar,” katanya. - SUMBER BERNAMA

No comments:

Artikel pelbagai