Saturday, January 19, 2013

@rafiziramli BODOH BETUL, MAIN CAKAP AJE TUDUH SANA TUDUH SINI! PADA HAL TAK TAU FAKTA, BILA ORANG DAH BAGI FAKTA TAK PERCAYA! ITULAH PERANGAI PAKATAN RAKYAT!!


Sebagaimana tajuk di atas begitulah artikel kali ini. Pakatan Rakyat seringkali mengulangi pembohongan demi pembohongan melalui Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli.

Ini adalah satu kaedah propaganda yang jahat amalan REJIM YAHUDI bagi meracuni pemikiran orang-orang Islam agar hidup dalam pertelagahan yang berpanjangan.

Selain daripada fitnah-fitnah yang lain, fitnah terbaru yang melibatkan Isu LTAT dengan niat untuk menyerang Institusi Kerajaan melalui Kementerian Pertahanan.

Saksikan video pencerahan oleh Dato' Seri Zahid Hamidi yang menangkis dengan fakta fitnah-fitnah oleh Pakatan Pembangkang. Seandainya isu tersebut bukan fitnah, beranikah Rafizi Ramli berhadapan dengan Menteri Pertahanan bagi menempelak huja-hujah beliau.





GR kata: Rafizi bongok!!

Friday, January 18, 2013

Orang Melayu Harus Bersatu - Tun M

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, orang Melayu perlu bersatu sekarang bagi memastikan kerajaan sedia ada kembali mendapat sokongan dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bekas Perdana Menteri berkata, seruan itu dilakukan kerana pihaknya mendapati orang Melayu pada masa ini tidak bersatu dan tidak memberikan sokongan penuh kepada kerajaan.

Beliau berkata, keadaan itu boleh menyebabkan kemungkinan orang Melayu di negara ini akan hilang pengaruh dalam kerajaan.

''Orang Melayu perlu bersatu dengan tujuan satu, bersatu dengan tujuan berlainan susah juga. Melayu tidak bersatu sekarang, sebab itu saya cakap macam itu tadi, mereka tidak menyokong penuh kerajaan. Oleh sebab itu, mereka perlu bersatu sekarang," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Bicara Minda Tun Dr. Mahathir Mohamad: Masa Depan Melayu dan Islam Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini hari ini.

Yang hadir sama isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Dr. Mahathir berkata, dalam menghadapi pilihan raya umum, orang Melayu mempunyai ruang untuk membuat keputusan sama ada yang boleh memberikan kebaikan kepada mereka atau sebaliknya.

Dalam hal ini beliau menjelaskan, bagi meramalkan apakah masa depan orang Melayu, hanya terdapat dua pilihan bagi kaum tersebut untuk membuat keputusan iaitu bagi yang sedar akan bertindak mempertahankan kedudukan sekarang.

Keduanya kata beliau, orang Melayu yang tidak sedar menganggap mereka juga akan maju sebagai rakyat Malaysia tanpa memberikan penekanan kepada soal identiti kemelayuan.

''Bagi pendapat saya walaupun sudah ada orang Melayu berjaya tetapi umumnya ramai yang tidak berjaya. Mereka mungkin tidak akan berjaya kalau tidak diberikan tongkat atau pertolongan.

''Kita percaya kejayaan orang Melayu menakjubkan tetapi belum tahu kalau tidak diberikan pertolongan dari awal mereka akan berjaya," katanya.

Beliau berkata, generasi baharu kini didapati merasakan ketakutan dan perasaan tertekan orang Melayu ketika bersatu melawan Malayan Union sudah tidak ada lagi kerana perkara yang dikehendaki oleh mereka sudah tercapai.

''Kesedaran timbul dengan ditekan, bila ditekan kita respons, maka akan rapatkan barisan dan bersatu padu dan wujudnya perpaduan. Inilah yang dapat menolak Malayan Union sehingga akhirnya British terima cadangan Persekutuan Tanah Melayu," katanya.

Justeru katanya, masa depan orang Melayu pada hari ini bergantung kepada kebolehan mereka membuat pertimbangan berasaskan kepada apa yang telah berlaku pada masa lalu.

''Orang Melayu kena fikir mendalam tentang bagaimana untuk menyelamatkan dan memajukan masa depan kita. Bagi negara demokrasi, banyak bergantung kepada pemilihan tentang siapa yang mampu mentadbir negara.

''Kalau kita bertindak berasaskan kepada emosi dan perasaan kebencian, saya yakin masa depan tidak terjamin. Bagaimanapun sebaliknya, jika kita fikir secara mendalam berasaskan sejarah dan pengalaman, saya yakin kita boleh membuat pilihan bijak, sekali gus masa depan selamat," katanya.

GR kata: Renungkan demi masa depan agama, bangsa dan negara....

ISU TANAH KELANTAN: NIK AZIZ SIBUK NAK SAMAN, JAWABLAH KATA ULAMA' HERO!!


Sudah hampir sebulan pendedahan telah pun dibuat mengenai Isu Tanah Kelantan seluas 10,526 ekar ini dan sehingga hari ini jugalah Nik Aziz, Nga Kor Ming dan Ngeh Koh Ham masih berdiam diri. Sebelum itu GR ingin bertanya pada mereka ini, "Lu orang suruh blogger Pisau.Net mohon maaf secara terbukakan? Kenapa lu orang TAK NAK JAWAB secara terbuka mengenai isu ini?"

Mengenai penyelewengan Tanah Kelantan ini mungkin ada sedikit kesilapan, di mana permintaan jawatan Menteri Besar Perak yang jika secara logiknya DAP yang memegang jawatan tersebut. Kita juga tahu perlantikan Menteri Besar adalah di bawah kuasa Sultan. Pada 13 Januari 2013, blogger Pisau.Net telah pun membuat pembetulan mengenai isu ini. Boleh baca DI SINI.

Hari ini HarakahDaily cuba untuk memusingkan kenyataan sebenar apa yang diperbetulkan oleh blogger Pisau.Net. Depa ni tak faham atau pun tak reti membaca?? Pembetulan yang dibuat adalah percanggahan fakta mengenai isu penyelewengan tanah ini dari segi ada wujudnya 'RASUAH DALAMAN' dari segi PAS untuk mendapatkan jawatan Menteri Besar Perak itu sendiri.


Tanah yang seluas 4x lebih besar Putrajaya ini yang kita semua ketahui rakyat Kelantan mempersoalkan kenapa boleh menjadi hak milik orang luar iaitu Nga Kor Ming dan Ngeh Koh Ham? Syarikat Upayapadu Sdn Bhd adalah 100% milik mereka berdua dan mereka juga telah mengaku syarikat ini milik mereka. Jika Nik Aziz kata tidak mengetahui apa-apa sebarang proses pemilikan tanah ini berlaku, sedang YIK dipengerusikan oleh Nik Aziz sendiri. JAWAB NIK AZIZ! JAWAB!!

KENAPA NILAI PAJAK TANAH KE UPAYAPADU HANYA RM 1 JUTA TAPI NILAI SEBENAR RM 78 JUTA??

Berapa nilai tanah ini dan berapa harga Upayapadu yang dibeli oleh Ngeh dari Tengku Wong? Ini satu persoalan yang Ngeh enggan jawab. Malah dia banyak menghabiskan masa cuba mengelak-elak enggan menjawab. Betulkan Ngeh??

Ada iklan yang mengiklan harga tanah di Gua Musang pada harga berikut :


Kalau diguna nilai itu untuk 10,526 ekar, itu dah  RM168.4 juta. Kalau tanah itu tanah balak, nilai balak dalam tanah itu boleh diambil kira dalam kiraan tanah tersebut.


Menurut Broker Amos Tan, ada 9,500 ekar tanah balak yang boleh menjana 20 ribu tan balak :


Getah ada 1,000 ekar pokok getah yang sudah berumur 4 tahun yang dah boleh ditoteh tahun depan.

Berapa pula nilai dan ekaran keluaran kelapa sawit?

Kelapa sawit dah dapat hasil 3,000 tan setahun pada tahun ke 3 dan meningkat ke 8-10 ribu tan setahun. Kire sajalah dengan nilai kelapa sawit setan?

Senang saja cakap Upayapadu boleh menjana beberapa juta dalam setahun? Dengan konsesi yang dikatakan 70 tahun, bukankah agak murah bagi harga RM 36.8 juta.

YIK hanya dapat RM100 seekar setahun bagi tanah 10,526 ekar yang dengan ini hanya menghasilkan RM1,052,600 setahun.

Ini adalah sesuatu yang boleh disiasat kerana Nik Amar mengatakan YIK perlu membayar gaji sebanyak RM6.5 juta sebulan untuk 2 ribu guru bagi 92 sekolah bagi 35,000 anak murid.

Setahun nak pakai RM 78 juta atau lebih. Bukankah tanah 10 ribu ekar boleh jana pendapatan yang boleh menampung perbelanjaan itu!!


GR kata: Jawab dulu Pok Nik, jangan sibuk nak saman jer. Jangan fitnah tu makan diri sendiri balik!!
 

MANUSIA IBLIS! APA DOSA BAYI KECIL INI??


Sedih, nak menangis pun ada bila lihat gambar yang GR perolehi dari rakan FB. Kenapa ada manusia yang bersifat lebih kejam dari binatang sanggup melakukan sebegini rupa? Apa dosa bayi kecil ini sehingga sanggup dibuang lepas tu dimasukkan pula di dalam botol? DASAR IBLIS!!!

Nak lari ke mana manusia yang bersifat Iblis nie? Lambat laut tau jugak siap perilakunya. Jangan ingat boleh lepas begitu saja. Inilah bila buat suatu perkara, ingat sedapnya saja. Bila dah sedap jadi macam ni, buang saja macam sampah. Ingat!! Bayi ini tidak berdosa, kalau tak nak sekali pun sebab lahirkan anak luar nikah janganlah buang sana sini. Allah S.W.T lihat apa yang kita lakukan....

Mohon pihak berkuasa siasat perkara ini hingga tertangkapnya mereka yang bersifat Iblis nie. Gejala sosial seperti ini perlu dibendung walau apa cara sekali pun. Lagi satu jangan MEMPOLITIKKAN perkara seperti ini kerana ini bukan salah siapa pun...salah diri kita sendiri!!!


GR kata: Bayi adalah anugerah Allah S.W.T berikan, mereka juga ingin hidup di dunia ini.

Thursday, January 17, 2013

DUNIA IKTIRAF PIMPINAN @NajibRazak, ANWAR MAKIN PENING KEPALA!!


Malaysia dipilih sebagai destinasi percutian paling mesra di dunia bagi penganut Islam, mengatasi Mesir, Turki, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Arab Saudi dan Singapura, menurut satu tinjauan.

Tinjauan tersebut turut menyenaraikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand sebagai lapangan terbang yang mesra pelancong Islam.

Tinjauan oleh perunding percutian Crescentrating itu membuat pemilihan berdasarkan bagaimana sesebuah negara tersebut mampu menampung pertambahan pelancong Islam dalam memenuhi beberapa kriteria termasuk tahap keselamatan dalam negara, penyediaan makanan halal, kemudahan mengerjakan solat dan memenuhi keperluan yang berkaitan dengan pelancong Islam.

Malaysia mendapat 8.3 mata daripada 10 mata penuh, antara 50 buah negara yang disenaraikan. Mesir berada di tempat kedua dengan 6.7 mata, diikuti UAE dan Turki yang berkongsi 6.6 mata, Arab Saudi 6.4 mata dan Singapura 6.3 mata.

Indonesia, Maghribi dan Jordan turut berkongsi 6.1 mata untuk berada di tangga keenam, diikuti Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tangga ketujuh dengan 6.0 mata.

Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, Malaysia merupakan antara negara yang mudah bagi pelancong Islam menunaikan solat tidak kira di mana mereka berada, termasuk di kompleks membeli-belah dan juga di lapangan terbang.

"Malaysia juga berbeza dengan Indonesia yang tidak memberi penekanan kepada penyediaan makanan halal, walaupun ia merupakan negara yang mempunyai paling ramai penganut Islam di dunia," katanya.

Daripada segi destinasi membeli-belah pula, Dubai mengatasi Kuala Lumpur sebagai destinasi tumpuan bagi penganut Islam, diikuti Istanbul, Jeddah, Kaherah, Abu Dhabi, New Delhi, London dan Doha. - AFP


GR kata: Negara luar nampak kebaikannya...rakyat negara sendiri masih ramai yang buta mata, buta hati kerana terpedaya dengan cakap seorang kaki penipu!!

Artikel pelbagai