Saturday, November 26, 2011

SALAM AWAL MUHARRAM UNTUK SEMUA


Hari ini 26.11.2011. Hujung minggu ini kebanyakan rakyat Malaysia termasuk GR sendiri menikmati cuti hujung minggu dan extra hari Isnin iaitu cuti ganti sempena 1 Muharram atau pun Maal Hijrah.

GR ucapkan Salam Awal Muharram kepada semua pembaca yang budiman...

MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah S.A.W berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah S.A.W memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah S.A.W, ukhwah dan syiar Islam itu sendiri.

Apa yang menarik untuk kita dan juga aku sebagai umat Islam:

1. Berpuasa di Awal Muharram
Ada satu hadith iaitu Hadith Riwayat Muslim ada menyebut "seutama-utama (afdal) berpuasa selepas bulan Ramadhan ialah (berpuasa di bulan) Muharam ..." Para-para ulama marumuskan serta menganjurkan kita berpuasa pada 9,10 dan juga 11 Muharam. Maknyanya disini berpuasa dibulan Muharam adalah SUNAT.

2. Tidak dikhususkan amalan soleh di dalam bulan Muharram
Didalam Islam itu sendiri ada menyuruh serta mengajar kita melakukan amalan soleh serta meninggalkan dosa pada setiap hari.

3. Muharram juga dipanggil bulan Syahrullah iaitu BULAN ALLAH
Hebat bulan Muharram ini sehingga dipanggil bulan Allah sedangkan tidak pada bulan-bulan Islam yang lain. Ibn' Allan menyatakan bahawa Ibnul Jauzi ada menyebut nama-nama bukan Islam dengan nama-nama yang digunakan oleh masyarakat Jahilliyah. Manakala disebut jua bulan Allah kerana didalam bulan Muharam adalah hari yang disebut HARI ASYURA iaitu hari kesepuluh dari bulan Maharram yang mempunyai kelebihan istimewa disebalik sejarah dan amalan berpuasa.

4. Wajibkan membaca doa akhir dan awal tahun


Doa Akhir Tahun

Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu. Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah. Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Maksudnya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya. Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung. Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan para sahabatnya.

GEMPAR: PENCACAI PAS BIRU MUKA, BILA TPM IMAMKAN SOLAT ZOHOR!!


Nampak begitu teruk dan buruknya perangai puak-puak PAS, seolah-olah mereka saja yang tahu bersolat, mereka sajalah yang arif tentang ilmu hakam agama nie..Macam nie ker yang dinamakan perjuangkan Islam??

Sudahlah nak menghalang YAB TPM bersolat, bila tengok YAB TPM jadi imam pun diaorang berbulu...Macam nie punya orang pun ada...isk isk isk..

Ceritanya pendek saja. Cerita ni pun disampai oleh jemaah yang ada pada waktu TPM datang ke MASJID AL IRSHAD untuk mengimamkan solat Zohor. Peristiwa ni terjadi sewaktu TPM menghadiri Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di Serdang, Bandar Baharu, baru-baru ini. Nak baca klik SINI

Dalam slot lawatan, TPM memang ada tertulis bahawa TPM TS Muhyiddin akan bersolat Zohor di Masjid MASJID AL IRSHAD itu. Pada mulanya Mc dengar ramai pencacai Pas yang menentang dan membantah kehadiran TPM untuk bersolat di Masjid. Mereka takut TPM mengunakan masjid untuk kerja-kerja politik.

Sedangkan TPM ke masjid hanya untuk bersolat Zohor, sebelum menghadiri Majlis Jamuan.

Punya dengkinya puak Pas ni, hinggakan orang nak sembahyang pun tak bagi.

Nak jadikan cerita, sewaktu TPM datang ke masjid, ada la dua-tiga orang puak Pas yang berada didalam masjid tersebut. Muka masing-masing masam macam cuka la.

Paling tak boleh tahan, apabila TPM mengimamkan sendiri solat Zohor. Naik biru muka puak Pas ni. Ada yang tertelan-telan air liur.

Tah apa yang ada di kepala otak mereka gamaknya.

Mc rasa, mesti dua-tiga orang penyokong Pas ni, tak khusyuk sembahyang sebab masih lagi terkejut dengan TPM. he he..

Selamatla dorang tak lari, mana la tau, takut-takut dorang kata sembahyang orang UMNO tak sama dengan Pas.

Sumber: MediaKedah

p/s: PAS kata depa parti yang memperjuangkan Islam, sakit perut GR dengar...

GEMPAR: PEMIMPIN PKR ADA BANGLO DI AUSTRALIA??


GR tidak pasti info yang GR dapat dari seorang kawan ini Benar atau Tidak. Namun kemungkinan info ini Benar sebab tak mustahilkan, sedangkan anak ketua pemimpin PKR pun ada account bernilai jutaan dolar di bank Israel..inikan pula pemimpin PKR yang GR dengar namanya bermula dari huruf S....

Pemimpin tertinggi PKR memiliki sebuah rumah banglo boleh digelar istana di Australia. Khabar itu juga memberitahu bahawa istana tersebut bernilai hampir RM78.3 juta..!!! Wahhh...sampai dah takder rumah nak beli kat Malaysia nie ker wahai YB S....??

Pemimpin PKR ini membeli banglo (istana) tersebut sekitar 5 tahun lalu di Perth. Katanya, rakannya yang bekerja di Australia dan kenal dengan seorang agent real estate yang menguruskan jual beli istana itu..

GR tidak pasti mengenai info ini memandangkan masih tiada bukti yang kukuh..InsyaAllah GR yakin kesahihan mengenai perkara ini akan terBONGKAR juga dalam sedikit masa lagi...

Tungguuuuuuuuuuuu....!!! Nantikan siapakah YB S...... ini???

p/s: Kayo-kayo pemimpin PKR nie yer..!!! Hehe

Sumber: DukeOfUMNO

Friday, November 25, 2011

FOTO PANAS: SIAPA BLOGGER NIE??


Pembaca sekalian jom kita berkenalan dengan Blogger haprak Pakatan Rakyat...beliau ialah MILO SUAM yang kaki fitnah dan cerita yang penuh dengan pembohongan...

Dengar cerita baru-baru ini, beliau ke China untuk mendapatkan 'ayam-ayam' di sana..kenyataan ini adalah dinyatakan sendiri oleh rakan Blogger Pakatan Rakyat sendiri iaitu Kelab GreenBoc... Jangan marah haaa...Hehehe

Inilah dia Pakatan Rakyat...memburukkan sesama sendiri..betul-betul Haprak!!!

Selamat berkenalan saudara MILO SUAM...Hehehe

p/s: 'Ayam-ayam untuk Pak Anwar ker?? Hahaha

PANAS: KHIDMAT PELACUR DI FACEBOOK??


Macam-macam cara manusia untuk mendapatkan wang..dulu perkhidmatan call girl ini cuma melalui telefon...sekarang zaman dah canggihkan so mereka gunakan alam maya untuk mencari pelanggan dan kegiatan ini boleh mereka dicekup oleh pihak berkuasa...

Disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan ‘produk’ mereka di laman berkenaan. sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent : 0129599***.Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.

Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.

Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat gadis-gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan. Selain Facebook, ‘Malaysia No 1 Call Girl Service’ berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan ‘perniagaan’ mereka di blog rasmi mereka, ‘No 1 Malaysia Escort Service 2011’...

p/s: Mohon pihak berkuasa lakukan siasat dengan segera...

Artikel pelbagai