Bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bergenang air mata hari ini memohon maaf di atas segala kesilapannya sepanjang 23 tahun mentadbir negeri ini. Malah beliau yang juga Mursyidul Am Pas menganggap sakit yang dialaminya sekarang adalah 'kifarat' atas dosa yang dilakukan selama memimpin negeri ini.
Permohonan maaf itu dibuat ketika beliau menyampaikan kuliah subuh di Masjid Pulau Melaka di sebelah rumahnya di sini pagi ini.
"Maafkan segala kesilapan saya selama saya pimpin Kelantan.
"Ini sakit saya mungkin Allah nak kifarat dosa saya atas apa kesalahan saya buat selama saya pimpin Kelantan," katanya yang dipetik daripada akaun laman sosial, Facebooknya di sini hari ini.
Turut hadir di kuliah itu ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim. Nik Abdul Aziz, 83, merupakan Menteri Besar paling lama dalam sejarah memerintah negeri ini.
Tokoh yang dikenali dengan pelbagai kenyataan kontroversi itu menerajui pemerintahan negeri ini selama lima penggal bermula pada tahun 1990 sehingga 2013. Beliau melepaskan teraju pemerintahan kepada timbalannya, Datuk Ahmad Yakob selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu kerana masalah kesihatan.
Dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia pada 12 Januari lalu, beliau buat pertama kalinya mendedahkan mengenai keadaan kesihatannya seperti masalah prostat sehingga terpaksa membawa beg plastik untuk menyalurkan air kencing dan bateri bagi menguatkan jantungnya.
Difahamkan pada masa kini, Nik Abdul Aziz yang lebih dikenali dengan panggilan 'tok guru' terpaksa lebih kerap berulang alik ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk menerima rawatan.
Beliau juga tidak hadir pada himpunan Reformasi 2.0 di Kota Bharu yang disertai Anwar kerana tidak sihat. Bagaimanapun sebaik sahaja beliau melepaskan jawatan tersebut, keadaan dalaman Pas negeri ini agak berkecamuk dengan pergeseran di antara pemimpin.
Malah ada di antara pemimpin Pas mula mengkritik kepemimpinan Ahmad dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) dan atas pentas ceramah secara terbuka. - Utusan
Timbul banyak persoalan, kesalahan dari aspek mana yang Nik Aziz maksudkan? Kita semua tahu, sejak Nik Aziz dalam PAS pelbagai 'hukum hakam' dan 'fatwa' yang dikeluarkan oleh Nik Aziz.
Kesalahan apa yang beliau maksudkan ketika beliau menjadi MB Kelantan sebelum ini? Adakah pelbagai 'janji manis' yang beliau taburkan pada rakyat Kelantan hingga kini tiada sebarang perlaksanaan yang dibuat.
Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana air Kelantan masih kotor ?
Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana lebuhraya Kelantan tak siap?
Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana isu ladang rakyat?
Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana kesalahanya 'menjual' tanah negeri Kelantan pada 2 pemimpin Cinabeng dalam pakatan pembangkang?
Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana kesalahannya menyokong apa saja yang disyorkan oleh pemimpin DAP dan PKR walaupun melanggar syariat Islam?
Adakah Nik Aziz mengakui kifarahnya itu meliputi kesalahan beliau sewaktu menjadi MB Kelantan dan Mursidul Am PAS?
Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana menggelarkan ahli UMNO tak masuk Syurga?
Adakah Nik Aziz mohon maaf kerana mengatakan dengan undi PAS dijamin masuk Syurga?
Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana kerap mengeluarkan fatwa perpecahan antara PAS dan UMNO?
Adakah Nik Aziz memohon maaf di atas kenyataannya yang samakan Nabi Muhammad S.A.W dengan mamat kampung?
Adakah Nik Aziz memohon maaf kerana kenyataannya yang mendakwa sambutan Maulidur Rasul itu bidaah?
Banyak lagi kemusykilan yang masih belum terjawab. Harap Nik Aziz spesifikkan permohonan yang dimaksudkan.
Adakah permohonan maaf itu hanya untuk rakyat Kelantan saja? Bagaimana pula dengan hati umat Islam dan rakyat Malaysia yang terguris hati mereka dengan 'fatwa-fatwa' pelik yang dikeluarkan.
Harap Nik Aziz beritahu perkara sebenar. Dalam Islam juga menggalakkan kita untuk mengakui segala kesilapan yang kita lakukan...tak nak nanti dihisab kat akhirat kelak. Geng-geng PAS atau blogger pakatan pembangkang pun boleh tolong jawabkan yer....backup sikit sebab korang kata Nik Aziz 'Ulamak besar'!!!
Maksud Surah Al Imran ayat 135 - 136:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah S.W.T dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” - (Surah Ali ‘Imran: 135-136)
GR kata: Mohon maaf sesama kita adalah amalan mulia.



















