
Pertama sekali GR ingin ucapkan tahniah pada bini Anwar Ibrahim kerana telah berjaya menjadi ADUN Kajang yang baru. Tahniah juga pada Anwar Ibrahim kerana 'game plan' anda boleh dikira berjaya walaupun anda tidak menjadi calon untuk bertanding.
Kenapa BN kalah dan kenapa PKR menang? Adakah kemenangan mereka ini boleh dikira dalam setiap PRK yang diadakan? Adakah benar rakyat sudah mula menerima kepimpinan pakatan pembangkang? Adakah benar rakyat sudah muak dengan pemerintahan BN?
Adakah pemimpin BN masih lagi ditakok lama, dan masih tidak mahu 'insaf' dalam setiap kejadian yang berlaku?? Adakah cadangan dasar dan trasformasi kerajaan tidak sampai ke akar umbi dengan sebaiknya? Jawapan ini semuanya...tepuk dada tanyalah hati.
GR lihat, ramai pemimpin dan ahli UMNO/BN masih ditakok lama. Masih ramai yang belum sedar, mungkin mereka masih dalam keadaan selesa dengan kedudukan kerajaan yang memerintah sekarang adalah UMNO/BN. Sampai bila Dato Seri, Tan Sri, Datuk2 dan pemimpin semua nak sedar, akar umbi ramai dah sedar dan perlu ada perubahan yang ketara demi mendapat sokongan rakyat.
Ambil contoh waktu berkempen, kenapa lambat sangat berkempen? Kenapa lambat turun ke bawah berjumpa dengan rakyat? Kenapa masih ada perasaan tak sokong calon yang dipertandingkan? Kenapa masih tak boleh satu hati dalam parti politik?
Cuba belajar dari apa yang jadi di Kajang.. Wan Azizah cuma guna modal kempen "bebaskan Anwar walaupun dia liwat..", "Anwar insan suci yang dizalimi.." serta "Kerajaan Malaysia tangkap suami saya tanpa menghiraukan perasaan saya.."
Tanpa sebarang janji besar, tanpa susah payah labur dan tabur duit banyak dan tanpa perlu berzumba-zumba, Wan Azizah dapat sokongan masyarakat Kajang yang terdiri dari berbilang bangsa/kaum. Jangan ambil kira peratus undian PKR menurun, kalah tetap kalah. Yang penting perlu menang untuk tegakkan maruah kembali sokongan rakyat.
Dan kenapa BN kalah walaupun ada jentera yang lengkap, dibantu oleh segala agensi kerajaa serta mempunyai prasarana dan kelengkapan alatan terkini? Kerana kebanyakan pemimpin serta penyokong BN rasa terover best dan rasa pilihanraya kecil ni tempat cari untung beb!!
Ikhlas GR cakap sepanjang berkempen di Kajang, GR lihat jentera BN yang turun hanya suka-suka. Tak ramai yang turun buat kerja bersungguh-sungguh, tak ramai yang pujuk rayu pengundi walhal kempen material dari pakatan pembangkang hanya air liur basi dan rakyat mudah terpedaya. Adakah advantage pada mereka disebabkan pucuk pimpinan negeri dipegang oleh mereka?
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Sikap ini harus diubah oleh semua jentera parti lebih-lebih lagi Ketua2 UMNO Bahagian dan juga parti kompenan lain. Sebab itu jugalah promosi calon BN di Kajang di alam maya agak tenggelam.
GR juga ingin ucapkan tahniah pada rakan-rakan blogger kerana bersusah payah mengeluarkan material demi kemenangan BN. GR yakin ada yang bekerja demi parti. Teruskanlah, biarlah segelintir pemimpin yang masih syok sendiri...kita nie kan 'pendekar tak diundang'.
Promo pasal ceramah untuk lawan Pakatan juga lemah dan tak ada gerak kerja tersusun walaupun jumlah jentera BN ni ramai. Boleh dilihat perbezaan yang datang ke ceramah pakatan lagi ramai dari BN, mungkin sebab pengundi nak dengar cerita-cerita bohong..itu yang best kot. GR sendiri bosan dengan ceramah BN sebab cerita benda sama, agaknya pengundi yang dengar macam mana??? Lu pikirlah sendiri....
GR kata: Perlu ubah atau diubah??? Teruskan #DoakanMH370 #Hope4MH370