Wednesday, December 19, 2012
Dey Macha, Apa Pusing-Pusing Nie? Cakap Kasi Betullah...
Semakin hari nampaknya manusia bernama Deepak Jaikishan ni makin pelik perangainya. Sebelum ini beliau kata kenal sangat dengan Datin Seri Rosmah Mansor dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Tak mengapalah, tak salah pun apatah lagi perkenalan itu atas kapasitinya sebagai penjual karpet di mana Rosmah pernah berurusan dengannya seperti yang dia dakwa.
Kemudian dia muncul dan bersungguh-sungguh keluar kat Malaysiakini dan sebagainya MENAFIKAN fitnah yang mengatakan Rosmah dan Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya, seperti yang disebut dalam pengakuan sumpah penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam.
P. Balasubramanian dalam pengakuan bersumpah itu mendakwa Najib dan Rosmah ada kaitan dengan kes tersebut. Selepas itu nama Deepak hilang begitu saja. Bila P. Balasubramaniam akhirnya keluar dengan pengakuan bersumpah kedua yang menafikan pula pembabitan Najib dan Rosmah dalam kes tersebut, Deepak muncul kembali.
Sekarang nie ada 2 versi Deepak, satu kenal PM Najib Razak dan Rosmah dan lagi satu tak kenal. Mana satu yang betul nie? Nak jadi balaci Anwar pun janganlah duk nak menipu jugak kerjanya. Bila GR selidik dan kaji rupa-rupanya Deepak sedang menghadapi masalah kewangan dalam perniagaannya yang melibatkan jumlah ratusan juta ringgit.
Dia kemudian mengaku berjumpa dengan bapak segala putar alam, Anwar Ibrahim bagi memohon bantuan berkenaan kemudahan pembiayaan dari sebuah bank Timur Tengah yang dihentikan separuh jalan.
Sebab itulah kini nada Deepak dah jadi lain benar, lari habis dari versi asal. Dan terbaru nak tahu apa? Deepak mendakwa terpaksa berbuat begitu kerana tertekan memikirkan mengenai Altantuya. Sampai pergi ke kuil Buddha untuk buat kemaafan, cara agama mereka sembahyang.
Wah macam tu pulak dah…dalam bahasa mudah, mula-mula nafi, lepas itu kata ya dan terbaru pergi minta maaf kat Altantuya di kuil pulak. Mana satu yang betul nie yer??
Lebih tepat mula-mula kata kenal Rosmah dan Najib, bila Rosmah dan Najib tak bantu menyelesaikan masalah kewangannya, dia lari pula ke Anwar, dan kini cuba nak tarik perhatian dengan menyebut semula kes pembunuhan model Mongolia itu.
Lepas ni apa agak-agaknya yang dia nak sebut. Yang menarik itu, bila Rosmah lancar buku biografinya, Deepak pun nak buat begitu. Dia pun nak lancar buku autobiografinya.
Tapi nak tahu berapa ‘tebal’ buku itu…cuma 26 helai. Majalah komik ker apa ni? Apa kejadah buku autobiografi tebal macam tu? Nampak sangat mamat ni ‘pressure’ dan dalam keadaan ‘desperate’ yang amat sangat. Ini semua adalah plan Anwar Ibrahim, Deepak ni mangsa terbaru beliau dan GR pasti Deepak dah telan duit yang diberi oleh Anwar. Orang tengah gila cari duit mesti sanggup buat apa saja!!
Sekadar teringat kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln :
” You can fool some of the people all of the time, and all of the people some of the time, but you cannot fool all the people all the time.”
GR kata: Makan roti putar, kepala pun jadi putar macam gasing daaa...
PAS GADAIKAN TANAH RAKYAT PADA DAP SEBAB GILAKAN JAWATAN MB PERAK! MOHON SIASAT!!
Memang cukup sesuai dengan peribahasa ''Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua". Setiap apa yang kita lakukan di dunia ini Allah S.W.T bayar CASH, itu pun PAS masih heboh nak perjuangkan Islam. Kesian GR lihat rakyat di Perak entah apa kena kencing pun tak tau lah kan sehingga tanah pusaka mereka tergadai.
Sekarang heboh dokumen mendedahkan PAS Kelantan memberi tanah 10,526 ekar kepada Nga,Nge dan kronimya untuk memberi laluan kepada Nizar bagi jawatan Menteri Besar Perak telah mendapat perhatian umum sehingga tindakan laporan polis dibuat.
Jika kita imbas kembali pada PRU 12, senarai kerusi yang dimenangi oleh DAP lebih banyak jika dibandingkan dengan PAS dan PKR. Secara wajarnya DAP yang akan menjadi pucuk pimpinan untuk menjawat jawatan Menteri Besar. Tapi disebabkan DISOGOK oleh PAS, DAP dengan serta merta setuju untuk memberikan laluan Menteri Besar Perak kepada PAS. Jadi kambing hitamnya siapa lagi Nizar Lambai yang memegang jawatan MB Perak sekejap jer.
GR mohon semua pihak yang tahu mengenai perkara ini tampil untuk membuat laporan. Pihak berkuasa dan SPRM tolong siasat perkara ini yang jelas buktinya ada penyelewengan dan makan rasuah yang kuat. Jangan diberi peluang pada puak Pakatan ni, rakyat dah lama teruk merana. Belalah nasib rakyat....jangan sibuk siasat kegiatan rasuah dikalangan pihak Kerajaan saja, puak Pakatan ni lagi teruk sakau habis harta rakyat.
Baca selanjutnya DI SINI
GR kata: Siasat sampai lubang cacing...Jangan sampai terlepas DAP dan PKR nie!!
KENAPA PKR BODOH SANGAT? RAKYAT BELI RUMAH PUN SALAH!!
Hari ini kecoh pulak pencacai PKR nie, mengatakan ada seorang bekas pegawai Polis berpangkat tinggi mempunyai aset rumah lebih dari satu. Masalahnya ada ker bukti pembelian pegawai tinggi Polis terbabit terlibat dalam pembelian rumah tersebut. Jika beliau mampu kenapa tak boleh ker? Dan menyewakan pada golongan yang berpendapatan rendah dengan harga yang lebih murah.
Lokasi yang dimaksudkan oleh pencacai PKR adalah di Taman Miharja. GR pun terpanggil untuk menyatakan perkara sebenar. Dalam perkara ini beberapa penipuan yang ingin GR berikan pandangan yang sebenar.
Pertamanya sekali di kawasan Taman Miharja TIADA sebarang pembinaan rumah kos rendah dibina oleh pihak DBKL. Ia merupakan kawasan perumahan swasta. GR sendiri melihat dengan mata kepala sendiri petang tadi di kawasan Taman Miharja, perumahan di situ bukan Flat PPR. Ianya kawasan perumahan yang dibangunkan oleh perumahan swasta sejak dari lebih 30 tahun dulu.
Kedua, jika mengikut carian yang kononnya dicari pada tahun 1999...sumber dalam GR memberitahu kalau berkaitan dengan sewaan rumah PPR, laporan awal menunjukkan tiada sebarang tawaran dibuat kepada pegawai polis berpangkat tinggi tersebut. Kalau benar bagai dikata, mesti ada pemalsuan dokumen yang dibuat oleh puak Pakatan Haprak nie. GR mohon pihak berkuasa siasat perkara ini segera!!
Ketiganya, dalam hal pembelian rumah yang lebih dari 1 aset memang tidak dapat dikawal sekiranya ianya dibuat secara lelong atau subsales. Kita ambil contoh, kalau seseorang itu kita lihat dari latar belakangnya dia seorang yang mampu...dia membuat pembelian sewa beli ini. Rumah tersebut sudah semestinya menjadi hak milik dia. Dan jika suatu hari nanti beliau ingin menjualnya pada sesiapa saja yang berminat itu adalah mengikut keputusannya sendiri. Betul tak??
Memang lawaklah puak-puak Pakatan nie. Bila kita kata mereka nie BODOH, mereka marah. Tapi memang mereka ni BODOH. Sebenarnya mereka sudah kekeringan isu di Kuala Lumpur ini. Isu yang ingin memfitnah Kerajaan dan tanamkan persepsi buruk pada masyarakat. Manusia yang tak guna otak inilah jadinya. Jika kita lihat setiap permasalahan rakyat di Kuala Lumpur ini pihak Kerajaan sentiasa mengambil berat dan akan menyelesaikan dengan TUNAIKAN janji pada rakyat.
Syabaslah GR ucapkan pada Pakatan Haprak kerana cipta isu yang tak gunakan otak. Akal fikiran kita ni Allah S.W.T ciptakan untuk kita berfikir dengan baik dan waras kerana ianya untuk memberikan idea yang berguna pada semua pihak bukannya untuk menghancurkan sesama masyarakat di Malaysia ni.
GR kata: Pemimpin Pakatan rumah macam istana...macam mana pulak tu yer??
Tuesday, December 18, 2012
DAP TAMAK HALOBA, ANWAR BERANI KER NAK TEGUR??
Kongres DAP telah pun tamat pada Ahad lepas tapi rakyat masih perlu ingat agenda sebenar yang mereka ingin bawakan untuk capai kepentingan peribadi mereka untuk menang PRU 13 nanti.
Kita semua lihat beberapa orang anak Melayu yang terlalu BODOH sanggup mengadaikan maruah diri menjadi kambing hitam dalam DAP. Jelas terbukti dalam Kongres DAP baru-baru ini tiada tempat anak Melayu yang dibenarkan oleh Cina DAP ini memegang sebarang jawatan tertinggi dalam DAP. Hanya layak untuk jadi MACAI saja, itu pun masih tak sedar diri.
Inilah manusia bila diri sudah dibelai dengan wang, sanggup gadaikan maruah sendiri kerana duit. Orang pun selalu kata pasal duit adik beradik pun boleh bergaduh ini pula dalam politikkan. Pembaca sekalian haruslah berfikir secara matang, DAP tidak layak untuk perjuangkan hak semua kaum di Malaysia apatah lagi nak membela nasib rakyat di Malaysia, dalam Kongres DAP membuktikan kaum lain tidak diberi tempat langsung dalam jawatan tertinggi mereka. Nasib Melayu dan India dibela ker macam tu??
Percayalah, jika PKR dan PAS yang Bodoh akan jadi bertambah BODOH bila berikan DAP tambahkan kerusi untuk PRU 13 nanti. Negara akan tergadai disebabkan kesemua mereka tamak dan gila kuasa.
PASIR GUDANG: Kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang secara terbuka mahukan dua sekutunya, PAS dan PKR, memberi parti itu 13 kerusi tambahan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13, bakal menjadi punca pergolakan pakatan pembangkang.
Ketua Umno Bahagian Pasir Gudang Datuk Seri Khaled Nordin berkata keadaan itu menggambarkan DAP ingin mendominasi pakatan pembangkang.
"Saya percaya DAP beranggapan di kalangan parti pembangkang lain mereka merupakan parti yang terkuat, sebab itu mereka berani membuat tuntutan tersebut.
"Ini akan menjadi asas kepada perbalahan mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah sempena Program Gerak Mesra Perdana Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini, Ahad.
Menteri Pengajian Tinggi itu mengulas kenyataan Lim yang mahukan tambahan 13 kerusi - tiga Parlimen dan 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) - pada Pilihan Raya Umum berkenaan.
Lim membuat permintaan itu ketika berucap di Kongres Kebangsaan ke-16 DAP di Pulau Pinang semalam atas alasan semangat setiakawan. Pada Pilihan Raya Umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi DUN. - BERNAMA
Monday, December 17, 2012
BONGKAR! LGE LANGGAR BAPAK SENDIRI SEBAB GILAKAN KUASA!!!
Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan jawatan Setiausaha Agung DAP yang kini disandang oleh Lim Guan Eng begitu dominan dan amat berkuasa.
Atas sebab itu katanya, segala cadangan yang dibuat oleh Guan Eng termasuk penentuan jawatan di dalam parti tidak boleh dibangkang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) atau mana-mana pemimpin parti.
Malah, beliau sendiri ketika mula-mula menyertai DAP pernah diingatkan oleh seorang senior di dalam parti itu bahawa pihak-pihak yang menentang sebarang cadangan Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang akan gelap masa depan mereka.
''Saya tidak nafikan ada perbincangan dibuat Guan Eng dengan barisan kepimpinan yang lain sebelum sesuatu lantikan. Namun, segala cadangan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang ini, pasti akan terlaksana dan tidak boleh ditolak.
''Saya sendiri pernah diberitahu oleh seorang senior di dalam DAP. Beliau berkata, Tunku sesiapa yang membangkang cadangan Guan Eng atau Kit Siang masa depannya habis,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tunku Abdul Aziz berkata, hakikatnya, jawatan yang dipegang oleh Guan Eng terlalu berkuasa dan itulah yang berlaku selama ini.
''Di dalam DAP, Setiausaha Agung dianggap jawatan tertinggi dan bukannya Pengerusi. Jawatannya ini sama dengan amalan dalam parti komunis dan sosialis.
''Jika tidak, sudah tentu jawatan Setiausaha Agung DAP sama peranannya seperti Setiausaha Agung UMNO atau Setiausaha Agung MCA,'' katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memberitahu sebahagian besar pemimpin di dalam DAP bersifat 'yes man' kerana tahap kekuasaan yang ada pada Guan Eng selaku Setiausaha Agung.
''Keadaan ini berlaku sebab Guan Eng atas jawatan Setiausaha Agung yang disandangnya itu telah menyebabkannya menjadi terlalu berkuasa.
''Kecuali ada dua orang yang berani bertentangan pandangan dengan Guan Eng yang mana salah seorangnya pemimpin DAP di Selangor,'' katanya lagi.
GR kata: DAP kaki auta....





