Sunday, May 20, 2012

HOT STORY: ADIK-ADIK DAN IBU BAPA DI UTARA TERHARU DAN SAYU? #JDAB2012 @datosahol


Pada hari Jumaat lepas, Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB) meneruskan siri jelajah ke negeri Kedah dan Perlis. Pelajar lepasan SPM di Utara cukup bertuah kerana Dato Prof Ir Dr. Sahol Abd Hamid selaku Naib Canselor UiTM sendiri turun padang dan telah MELULUSKAN rayuan yang dibuat oleh para pelajar serta-merta berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.

Lokasi Pertama di Kedah ialah di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bakar Bata, Alor Setar. Program ini telah dihadiri hampir 200 orang penduduk setempat. Program ini telah dihadiri oleh Ketua UMNO bahagian Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah.

Seramai 29 lepasan SPM yang membuat rayuan untuk memasuki UiTM telah diluluskan serta-merta oleh Dato' Sahol yang disaksaikan sendiri oleh YB Dato Ahmad Bashah (ADUN Bakar Bata). Sebaik sahaja selesai menemui lepasan SPM di Bakar Bata, Skuad JDAB terus ke Pasar Nelayan Kubang Rotan, Kuala Kedah.



Selanjutnya KLIK DI SINI


GR kata: Tahniah kepada penganjur kerana program ini mendapat tempat dihati rakyat sekaligus dapat membantu adik-adik lepasan SPM melanjutkan pelajaran mereka demi masa depan yang lebih baik.

PANAS: 2 HARI LAGI @fizoomar AKAN BUAT KERJA GILE?? @HariBelia2012 #HBN2012 @BeeAntBlues


Benarkah apa yang GR lihat kenyataan pelakon dan juga pengacara hebat ini Sdr Fizo Omar akan buat kerja yang sukar dibuat oleh mana-mana pihak mahu pun artis demi menjayakan program yang terbesar di dunia ini.

Apa yang GR ketahui dari Facebook HBN, kata CEO HBN "Fizo Omar akan berjalan sejauh 55km di Putrajaya sambil tutup mata, betul ke?" Itu yang beliau katakan dalam temubual bersama beliau di Hotfm sebentar tadi.



Kepada semua rakyat Malaysia dan peminat Fizo Omar yang nak tahu dan melihat sendiri apa yang Fizo akan lakukan...datanglah beramai-ramai ke Himpunan Jutaan Belia, Putrajaya pada 23-27 Mei 2012.

Terbaru, Who's gonna be the 15000th person to LIKE FanPage HBN2012???? An exclusive HBN2012 t-shirt is waiting for you!!! Yeaahhh!!! come-on!! Invite more friends to LIKE Hari Belia Negara 2012 FanPage!





GR kata: Datang jangan tak datang...rugi nanti korang tak dapat tengok Fizo Omar buat magic pada hari tersebut.

SAYA MOHON MAAF - @Nor4Danish


Pelakon jelita, Nora Danish semalam memohon maaf berikutan penyiaran gambar-gambar seksinya dalam sebuah majalah hiburan yang berada di pasaran sewaktu dia berada di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

"Saya akui gambar-gambar saya yang tersiar itu agak melampau dan mengaibkan saya.

"Saya sendiri berasa malu kerana berpakaian sebegitu tambah lagi dengan status saya sebagai ibu tunggal. Saya tahu itu salah saya, saya mohon maaf kepada semua pihak atas keterlanjuran saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Nora sebelum ini dikritik kerana membenarkan aksi ghairahnya dirakam sebelum disiarkan dalam majalah tersebut untuk keluaran bulan ini.

Menjelaskan keadaan, katanya, sesi fotografi untuk majalah tersebut sebenarnya telah dilakukan sejak awal tahun ini. - Sumber


GR kata: Maafmu diterima Nora Danish....

TAHNIAH @chelseafc JUARA CHAMPION LEAGUE


CHELSEA muncul JUARA kejohanan Liga Juara-juara dengan menewaskan Bayern Munich 4-3 menerusi tendangan penalti sebentar tadi (waktu Malaysia).

Juara ditentukan menerusi tendangan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas 120 minit perlawanan.

Dalam perlawanan penuh dramatik, yang berlangsung di tempat sendiri - di Munich, Jerman, Bayern Munich kelihatan hampir menjuarai kejohanan apabila Thomas Mueller menjaringkan gol pada minit ke-83.

Bagaimanapun permainan diteruskan ke masa tambahan ekoran gol Didier Drogba pada minit ke-88 dan Chelsea dari England muncul JUARA.


GR kata: Pada MU fans tak payah cakap banyak, julang jek dulang kenduri tu yer..Ha ha ha

SAMBUTAN @HariBelia2012 PERINGKAT W.PERSEKUTUAN MERIAH!! #HBN2012 @RajaNongChik @rizalmanmokhtar


Perasmian dilakukan di Wangsa Maju, KL oleh Menteri  W.Persekutuan YB Dato' Raja Nong Chik. Turut hadir Datuk Rizalman Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan.

Gambar seterusnya akan dimuat naik selepas ini memandangkan penulis berada di kawasan kurang baik talian untuk dimuatnaik gambar-gambar perasmian. Jangan lupa 23 - 27 Mei depan adalah hari besar untuk belia di Malaysia kerana lebih 500 acara disediakan untuk memenuhi kehendak anak muda.

Ia turut melibatkan aktiviti kerohanian termasuk khutbah khas sempena Hari Belia 2012 ini. Jangkaan penganjur ialah dua juta belia menghadiri Hari Belia 2012 kali ini dengan masa dipanjangkan menjadi lima hari.


Perdana Menteri sememangnya menghargai anak muda, percayalah kata-kata saya. Jangan anak muda melakukan sesuatu perkara yang tidak melambangkan jati diri seorang rakyat Malaysia yang berbudi bahasa dan ada tatasusilanya.

Anak muda perlu mempertahankan negara walau dengan darah mereka dari dijajah proksi kuasa asing yang akan menurut titah perintah Raja 'asing' tersebut apabila berkuasa. Bukan menjadi barua pihak yang mahu huru-harakan Malaysia dengan demo haram yang merugikan semua pihak termasuk rakyat marhaen seperti pemandu teksi,peniaga dan sebagainya. - PPC




GR kata: Jangan lupa Datang Himpunan Jutaan Belia pada 23-27 Mei 2012 di Putrajaya.
 

Artikel pelbagai