Showing posts with label KDN. Show all posts
Showing posts with label KDN. Show all posts

Wednesday, September 10, 2014

AWAS!! KDN BAKAL DISERANG LAGI ESOK? #AktaHasutan @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA @PDRMsia


Manusia kalau buat salah tentulah mereka berasa tak senang duduk, tak tentu arah. Betul tak? Inilah yang GR ingin sampaikan pada mereka yang cuba untuk 'perjuangkan' supaya Akta Hasutan dimansuhkan.

Khabarnya esok juga KDN bakal 'diserang' oleh beruk-beruk makyeeh nie. Tujuannya konon untuk memberi 'sokongan' pada boss-boss mereka yang mengadakan lawatan kunjungan hormat kepada Menteri Dalam Negeri.

Pada mereka yang berminat dan tak der otak boleh lah turut serta seperti yang tertera di bawah:

Pertunjukan Badut SARKAS

Tempat : KDN Kompleks D1
Masa : Jam 11Pagi
Masuk Adalah Percuma

ACARA :
1. Perarakan Masuk Badut SARKAS
2. Persembahan Loncat-loncat Macam Monyet Oleh Badut SARKAS
3. Terpekik Terlolong Macam Tarzan Pimpinan Ketua Pemuda Badut SARKAS
4. Persembahan Pentomen Oleh Kumpulan MAHASEWEL Bertajuk : AlJubori Nak Mampos
5. BERSURAI


P/S : Boleh Ambik Wang Kehadiran Di Pejabat Ketua Badut SARKAS Di Jalan Pipit Rakus (PR)


Baca lagi di bawah:

SUBANG JAYA - Barisan kepimpinan pemuda PR akan bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 11 September depan bagi membincangkan mengenai Akta Hasutan yang didakwa telah disalah guna oleh kerajaan.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat melalui persetujuan bersama Ketua Angkatan Muda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ketua Dapsy Malaysia, Teo Kok Seong, melahirkan kebimbangan berhubung akta tersebut yang didakwa digunakan untuk menangkap mana-mana pihak khususnya ahli politik yang mempersoalkan kredibiliti kerajaan pimpinan BN.

Menurut Suhaizan, akta tersebut tidak boleh digunakan ke atas rakyat dan sepatutnya dimansuhkan sejak beberapa tahun dahulu.

"Kami memandang serius tindakan siri tangkapan di bawah Akta Hasutan akhir-akhir ini.

"Ia jelas bercanggah dengan janji Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan mahu memansuhkan akta tersebut dan memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional pada 2012," katanya.

Sehingga kini, lima Ahli Parlimen dan dua Adun dan juga beberapa pemimpin Pakatan yang lain telah didakwa.

Antara pemimpin yang didakwa di bawah Akta Hasutan iaitu Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran; Ketua Angkatan Muka Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Pas Shah Alam, Khalid Samad dan Adun Seri Delima, RSN Rayer serta Adun Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

“Kami akan bertemu dengan Ahmad Zahid pada jam 11 pagi di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya untuk meminta penjelasan segera terhadap isu yang berkaitan dengan akta tersebut,” ujarnya.

Jelas Suhaizan yang mewakili barisan Pemuda Pakatan, langkah yang bakal diambil merupakan langkah sulung dalam kempen menggerakkan usaha menggesa kerajaan supaya memansuhkan Akta Hasutan itu.

“Kami mahu pastikan tidak ada lagi rakyat di negara ini yang akan menjadi mangsa akta ini,” katanya lagi. - SH



Korang tak rase pelik ker? Budak-budak pakatan nie mereka kata rakyat yang mahu supaya Akta Hasutan dimansuhkan. Pada hal rakyat Malaysia mahu Akta Hasutan DIKEKALKAN dan juga ISA dikembali supaya jangan ada puak-puak yang mulut busuk lemparkan pelbagai isu yang melibatkan keagamaan dan perkauman.

Ini ker yang dinamakan perjuangan demi keadilan rakyat? Nampak sangat diaorang nie yang banyak buat salah..Yelah maki hamun tabur fitnah semuanya di Facebook, rasis pun daripada siapa yang rajin post isu-isu macam nie kalau bukan diaorang kan!!

GR mohon agar Menteri Dalam Negeri usah berikan layanan baik pada mereka. Puak-puak nie jugaklah yang selalu fitnah DS Zahid Hamidi...betul tak?? Usah layan permintaan mereka yang hanya untuk kepentingan mereka saja.

Berani kerana benar, Takut kerana salah!!


GR kata: Beruk-beruk nie belum 'makan' pisang lagi kot...tu yang meroyan sana sini!!

Monday, June 23, 2014

TERKINI: MAHKAMAH TOLAK RAYUAN GEREJA, KALIMAH ALLAH MILIK UMAT ISLAM! TAHNIAH @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhbar mingguan Katolik, The Herald, pada Isnin bagi mendapatkan kebenaran untuk mencabar Kementerian Dalam Negeri berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya edisi bahasa Melayu.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, yang mempengerusikan panel mendengar hujahan tujuh hakim daripada kedua-dua pihak berhubung permohonan kebenaran merayu itu.

Ini merupakan panel yang besar seumpamanya untuk menentukan permohon rayuan.

Gereja itu memohon kebenaran Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 15 Oktober 2013, yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam versi bahasa Melayu terbitannya.

Pada 31 Disember 2009, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan The Herald menggunakan kalimah Allah selepas Mahkamah Tinggi mengisytiharkan bahawa keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan itu daripada menggunakan kalimah Allah adalah menyalahi undang-undang, terbatal dan tidak sah.

Pada 2009, gereja Roman Katolik diketuai Paderi Besar Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman yang menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, antara lain memohon perisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Majalah mingguan itu, yang diterbitkan dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah untuk merujuk kepada Tuhan dalam versi bahasa Melayu, terutama bagi memenuhi keperluan penganut Katolik di Sabah dan Sarawak.



GR kata: Alhamdulillah...Kalimah Allah S.W.T masih terpelihara!


Thursday, April 3, 2014

ANWAR TAHU PENJARA MALAYSIA ADALAH YANG TERBAIK DI DUNIA! @Zahid_Hamidi @dwjunaidi @penjaramalaysia @KDNPUTRAJAYA


Sudah pasti ramai yang tak mahu masuk penjara kerana ia adalah sebuah tempat yang boleh memutuskan hubungan dengan dunia luar. Siapa suruh buat salah kan dah kena. Tapi masih ada pihak yang tak bertanggungjawab bila masuk penjara beliau 'diseksa' dan macam-macam lagi.

GR yakin Anwar confirm suka bila dengar kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, kira selesa sangat la dia nanti bila meringkuk dalam penjara.

Biar pun dia bakal bergelar banduan tak lama lagi, dia tak perlu risau sangat. Penjara di Malaysia ini diiktiraf sebagai di antara yang terbaik di dunia. Jadi, untuk apa lagi dia nak meroyan tak tentu arah bila pihak mahkamah tetapkan keputusan bahawa dia bersalah kerana meliwat bekas pembantu peribadi dia sebelum nie kan?

Kot kalau penjara Malaysia ni tak selesa, lain la ceritanya. Mungkin la dia boleh meroyan tak tentu arah.

Penyelesaiannya mudah, orang bila dijatuhkan hukuman bersalah insaf tak mahu buat lagi dan serik nak masuk penjara nie. Tapi Anwar, macam suka sangat jer duduk penjara sebab boleh berlakon 'sakit' lagi yer..itu pun masih ada rakyat yang bodoh mudah terpedaya.

KUALA LUMPUR - Penjara Malaysia diiktiraf antara yang terbaik di dunia kerana aspek kebajikan dan hak asasi banduan memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata program pemulihan yang dilaksanakan bukan sahaja dijadikan kursus pegawai penjara rantau Asia Pasifik di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), malah turut digunakan di beberapa negara lain.

"Jabatan Penjara Malaysia amat peka terhadap hak asasi serta kebajikan penghuni, dan memastikan layanan profesional berlandaskan nilai kemanusiaan secara adil dan saksama.

"Semua penghuni dilayan dengan adil mengikut standard prosedur tanpa mengira bangsa, jantina atau fahaman politik," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) yang ingin tahu sama ada layanan terhadap banduan memenuhi standard peraturan minimum Pertubuhan Bangsa-Bangsa (UNSMR).

Jom tengok lagi sekali video 'hebat' Anwar di penjara dulu:



Layanan baik yang diberikan pun masih ada yang kata kerajaan zalim. Siapa yang zalim sebenarnya sanggup perbodohkan rakyat. Wahai Anwar bersemadilah anda di penjara nanti untuk kali yang kedua yer!!


GR kata: Tahniah Penjara Malaysia! Tahniah KDN!!

Thursday, June 27, 2013

BRAVO @Zahid_Hamidi TUTUP MULUT MACAI PAKATAN! ORANG SELALU BUAT SALAH MEMANG KUAT MEROYAN! @KDNPUTRAJAYA @PDRMsia


Apa saja yang boleh dilakukan oleh seorang bergelar manusia sudah pasti akan dipolitikkan oleh pihak yang tak bertanggungjawab demi kepentingan peribadi mereka.

Begitu juga dalam kes kematian tak kira mereka yang dalam tahanan Polis atau pun masyarakat yang tiba-tiba terlibat dengan cara tak langsung. Apakah kematian boleh kita permainkan? Dengan senang menuding jari pada pihak Polis kononnya mereka ini bertindak kejam dan tidak berperikemanusian.

Rakyat seharusnya berterima kasih dengan sumbangan yang sangat besar diberikan oleh pihak Polis yang sentiasa menjaga keselamatan rakyat dan juga negara. Inilah yang menjadi tanggungjawab pihak Polis yang harus mereka pikul dan ramai dikalangan anak muda yang pemikiran mereka kolot beranggapan Polis adalah musuh mereka.

Tahniah GR ucapkan pada Menteri KDN DS Zahid Hamidi yang telah memperjelaskan statistik dan fakta sebenar untuk rakyat tahu kebenaran sebenarnya untuk kita semua berfikir dengan waras.


KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Statistik menunjukkan hanya dua daripada 231 kes kematian dalam tahanan yang direkodkan sejak 2000 hingga Mei lalu didapati berpunca daripada kecederaan yang dilakukan polis.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata 196 kematian tahanan adalah disebabkan penyakit seperti HIV/AIDS, asma dan sakit jantung, 29 menggantung diri, dua akibat bergaduh sesama sendiri dan dua tergelincir dalam lokap.

"Bagi statistik mengikut kaum pula, 97 yang mati ialah bangsa Melayu, 49 Cina, 51 India, 25 warga asing dan sembilan bangsa lain," katanya menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Soalan Johari menyentuh beberapa laporan kes kematian dalam lokap polis yang menjurus kepada gesaan supaya masalah itu diatasi segera.

Kes kematian seumpama itu antara lain melibatkan A. Kugan, 23, yang ditemui mati di lokap Balai Polis Taipan di Subang Jaya, Selangor pada 2009; N. Dharmendran, 32, di Kuala Lumpur pada 21 Mei 2013; dan R. Jamesh Ranesh, 40, di Pulau Pinang pada 27 Mei 2013.

Ahmad Zahid, yang juga anggota Parlimen Bagan Datoh, menegaskan Kementerian Dalam Negeri (KDN) memandang serius kes kematian dalam tahanan dan memberi jaminan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawai penguatkuasa yang didapati terbabit.

"Setiap aduan berkaitan kecederaan atau kematian semasa dalam tahanan akan disiasat dengan tindakan sewajarnya diambil oleh KDN sama ada dari sudut tatatertib atau dicadangkan kepada pendakwa raya untuk dituduh di mahkamah," katanya.

Ahmad Zahid menarik perhatian untuk memantapkan lagi pengurusan tahanan dan mengelakkan kes kematian, langkah-langkah seperti memasang lebih banyak kamera litar tertutup, mewujudkan lokap tahanan berpusat dan mewujudkan Mahkamah Koroner telah diambil.

Ia juga menyaksikan penubuhan sebuah jawatankuasa khas polis yang dipengerusikan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai penambahbaikan pengurusan lokap dan tahanan polis.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata Sekolah Wawasan yang diilhamkan kerajaan merupakan wadah terbaik bagi memupuk perpaduan kaum bermula di peringkat persekolahan.

"Dengan adanya Sekolah Wawasan, Kementerian Pendidikan yakin kejayaan integrasi kaum boleh direalisasikan menerusi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan (murid) secara bersama," katanya menjawab soalan Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong).

Shamsul Anuar ingin mengetahui langkah terbaharu kementerian dalam usaha menanam semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.

Menjawab soalan tambahan Datuk Ir Nawawi Ahmad (Langkawi-BN), Idris berkata kementerian tidak berhasrat memaksa pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan memasuki Sekolah Kebangsaan.

"Apa yang sedang dilaksanakan ialah memperkasakan Sekolah Kebangsaan, kerana ramai yang tidak tahu di situ juga ada tenaga pengajar yang boleh mengajar bahasa-bahasa berkenaan (bahasa Cina dan India).

Idris berkata bagi meningkatkan sahsiah dan jati diri pelajar, kementerian juga menjadikan subjek Sejarah sebagai wajib lulus dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula tahun ini.

"Di peringkat institusi pengajian tinggi pula, pelajar diwajibkan mengambil mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia, serta Hubungan Etnik," katanya.


GR kata: Bab mati pun nak dipolitikkan...alahai macai haprak!!

Artikel pelbagai