Monday, July 14, 2014

PENCEROBOHAN DI SABAH: SALAH SIAPA ATAU KITA SUKA PERLEKEHKAN MEREKA? @NajibRazak @Zahid_Hamidi @HishammuddinH2O @PDRMsia @KDNPUTRAJAYA

Apa sebenarnya dah terjadi dengan negara kita? Adakah Malaysia bakal menjadi tempat 'transit' pengganas atau penjenayah dunia? Adakah Malaysia akan tersenarai dalam kalangan negara yang tidak selamat untuk dikunjungi?

Bila terjadinya kes pencerohan lagi selepas Lahad Datu, banyak pihak cuba menyalahkan sebelah pihak saja. Rasanya mereka tahu prosedur yang pihak keselamatan sedang jalankan sekarang ini.

Kenapa perlu menghentam, bukankah baiknya kita menyalurkan pandangan yang baik pada Kerajaan demi keselamatan rakyat dan negara terutama sekali di Sabah.

GR harap sangat PM Najib Razak baca dan fikirkanlah cadangan ini untuk dibawa ke dalam mesyuarat kabinet seterusnya dapat satu keputusan yang bijak.

Pandangan ini sudah banyak kali diutarakan malah berkali-kali sudah diutarakan oleh masyarakat di platform media sosial dan lain-lain lagi.

KERAJAAN SABAH HARUS SEDIAKAN PENEMPATAN BARU UNTUK MASYARAKAT PERKAMPUNGAN AIR!!

Pertama sekali GR ingin berterima kasih ke atas segala tindakan kerajaan selama ini dalam mengawal keselamatan negara terutamanya di  Sabah yang sering dicerobohi oleh pengganas.
Sebagai rakyat Malaysia kita semua mempunyai tanggungjawab dalam menangani segala perkara bagi memastikan negara senantiasa berada dalam keadaan aman dan damai.

GR berpendapat penceroboh ini bukannya hanya datang dari luar sabah (Malaysia). Akan tetapi ianya ibarat bom dalam simpanan negara yang mana suis atau remotenya berada dalam tangan musuh.

Agak mustahil jika kita fikir bahawa setiap serangan dibuat oleh penceroboh adalah datang dari luar negara, kerana pemantauan yang dilakukan oleh pihak keselamatan adalah cukup ketat. Besar kemungkinan pengganas ini telah bersarang di Sabah disetiap pelusuk Sabah terutamanya di daerah Semporna, Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Sandakan.

GR ingin mencadangkan pada pihak Kerajaan agar ke semua PERKAMPUNGAN SETINGGAN di negeri Sabah terutama di daerah yang  disebutkan di atas HARUS DIMUSNAHKAN secepat mungkin kerana 99% rumah setinggan atau perkampungan tersebut adalah di huni oleh pendatang dengan izin dan tanpa izin. 

GR yakin masyarakat tempatan di daerah tersebut bersetuju jika rumah setinggan itu di robohkan.

Kita boleh tidak merobohkan dengan cara mengeledah setiap rumah di kesemua rumah setinggan sekerap yang mungkin. Akan tetapi ianya membahayakan pihak keselamatan yang membuat pengeledahan. Hampir 99% rumah setinggan di setiap daerah tersebut banyak masalah sosial.

Di antara perkara yang sering berlaku di perkampungan stingan ialah seperti berikut:

1. Menjadi Pusat penjualan Dadah seperti syabu.
2. Menjadi Pusat penyeludupan barang terkawal negara seperti minyak dan barang lain.
3. Menjadi kawasan hitam untuk dimasuki oleh orang lain yang mereka tidak kenali. Budaya ini bukan seperti berada di Malaysia, budaya negara yang tidak bertamadun.
4. Menjadi sarang PTI, jikalau sarang PTI.maka faham-fahamlah. Apa itu PTI dan bagaimana mentaliti mereka. Membunuh itu seperti makan nasi saja.
5. Menjadi sarang penceroboh.
6. Kawasan tersebut juga menjadi kotor oleh sampah sarap.

Kita masih lagi ingat kejadian di kampung Simunul di mana peristiwa beberapa angota keselamatan kita terperangkap di perkampungan tersebut dan ada yang terkorban.

Kami sangat berharap agar tindakan tegas dan segera ke atas perkampungan setinggan, yang agak mencurigakan juga gerak geri tindakan pasukan keselamatan kita seperti bocor, macam ada duri dalam daging. Seperti yang berlaku di pulau mabul. Waktu rehat angota keselamatan kita mereka seperti tahu jam berapa mereka rehat jam berapa mereka bertukar syif.

Pertukaran setiap angota keselamatan yang bertugas terlalu lama di satu satu  kawasan ESSCOM perlulah ada reshuffle.

GR yakin dengan kepimpinan yang ada kerajaan mampu lakukan sesuatu demi keselamatan rakyat. Jangan ingat Polis sekarang macam zaman sebelum nie, duduk diam goyang kaki jer.

Kalau semua benda nak kasi heboh satu dunia, bukan kerja Polis namanya, baik kita tengok CSI ke Gerak Khas ke kan!!


GR kata: Nak cuci taik bukannya senang, nak cipta nama pun petik jer jari kan!!


Sent from Samsung Mobile

3 comments:

Anonymous said...

GR...amat tepat..negara kita kini diterajui olih ketua ketua dan pemimpin yg bukan jantan sepenuhnya..takut dengan pembangkang, takut dikritik dan takut dgn bayang bayang sendiri..Kalau la PM Najib baca cadangan ini..harap harap dia buka la minda sikit yg mana keselamatan negara perlu dijaga..jangan hanya pikir mentang mentang awak aje ada bodygaurd orang lain tak perlu...

Anonymous said...

GR, bukan MENGHAPUSkan terus kpg. Setinggan tetapi MENGGANTIkan kpg. Setinggan ini dgn. Kpg. yg. TERSUSUN dan diberi bantuan perumahan Rakyat - kerana kebanyakn kg. Setinggan di Sabah-S'wak ini adalah kpg-kpg. Islam/Melayu, terutamanya kat Sabah-S'wak.

Sebenaqnya, Geng Kongsi Gelap KAPIRDAJAL yg. terlibat dlm. industri hartanah, disyaki juga terlibat dlm. pembakaran berleluasa ke atas kpg-kpg Islam/Melayu, termasuk di tepi laut/sungai kat Sabah-Sarawak - utk. MERAMPAS tanah/kpg termasuk menawarkan utk. membeli dr. mangsa yg. terdesak atau sekiranya tanah negeri, utk. MENGHALAU umat Islam/Melayu termasuk pelarian Islam, dr. tanah/kpg. tersebut! Lihat kebakaran berleluasa yg. MENCURIGAkan ini, di -
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140703/dn_16/50-rumah-di-perkampungan-air-Kampung-Pondo-Pulau-Gaya-terbakar!

Dan sebenaqnya, Sabah-Sarawak juga makin disasarkan PENGGANAS Kristian terutamanya dari DAPBANGKAI/PKRSODOM, untuk diKRISTIANkan dan diPISAHkan dari Malaysia kita ini supaya dapat disatukan dgn. Singapura! Puak PENGGANAS ni juga sekrg. makin galak membangkitkan perjanjian tahun 1963 (yg. tidak lansung MENGGUGAT Perlembagaan asal Negara) utk. MENGHASUT Bumiputera Bukan Islam di Sabah/S’wak utk. membenci ISLAM/umatnya dan asyik berlagak seolah Sabah/S'wak si Kristian punya dan seolah mereka MAJORITI - dan disyaki inilah punca utama mereka mempolitikkan dgn. amat DAJAL, penggúnaan KALIMAH ALLAH suci kita. Lihat di http://www.melanaublogger.com/2014/06/masa-depan-malaysia-ditangan-mereka-ini.html , Masa depan Malaysia ditangan mereka ini?, Posted by MELANAU BLOGGER; dan di - http://www.melanaublogger.com/2014/06/disebalik-sarawak-for-sarawakians.html, Disebalik "Sarawak for Sarawakians", Posted by MELANAU BLOGGER) - dan mahu PENJAJAH British-ZIONIS masuk campur! Maka KDN juga patut masuk campur kerana ini juga berkaitan Keselamatan Negara!

Makcik Sambal Belacan.

Anonymous said...

Semua ini berpunca dari PM yang lemah dan hilang hala tuju.Najib sepatutunya mentadbir negera tetapi dia sebenarnya sedang bermain politik sepanjang masa untuk nak dapatkan undi kaum cina. Sanggup tukar nama ke ahjib gor,hantar anak belajar bahasa cina dan heboh kat radio,bawa Jacky Chan untuk menghibur kaum cina dan mansuhkan ISA.Najib harus dipecat sebelum negara kita semakin terancam.

Artikel pelbagai