Friday, July 11, 2014

ANWAR MAKIN MELUAT DENGAN KHALID DI BULAN RAMADHAN? @NajibRazak @Khalid_Ibrahim


Apa sebenarnya yang dah terjadi dalam kepimpinan PKR sekarang nie? Adakah parti yang kononnya boleh perjuangkan hak dan suara rakyat bakal terkubur tak lama lagi? Lihat sajalah kempen pemilihan mereka, hingga sekarang masih tidak selesai lagi.

Ini tak termasuk dengan perjalanan kempen mereka yang menjadi huru hara dan tak perlulah kita perkatakan lagi. Apa yang GR ingin sampaikan di sini, adakah kita perlu menukar kepimpinan yang sedia ada jika mereka benar-benar mahukan perubahan yang sebenar? Mungkin selama ini Khalid Ibrahim terkena 'sumpahan' Anwar Ibrahim yang membuatkan beliau MALAS untuk berkhidmat pada masyarakat.

Alhamdulillah di hari baik dan bulan baik ini, nampaknya Khalid Ibrahim telah mula menunjukkan mahukan perubahan yang baik demi masa depan rakyat dan khususnya untuk negeri Selangor. Lihatlah gambar di atas, pernahkah kita lihat pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang turut serta dalam majlis yang diadakan oleh pihak Kerajaan.

Sokongan yang ditunjukkan oleh Khalid Ibrahim disambut baik oleh semua pihak. Pada Khalid Ibrahim, usah layan mereka yang EGONYA TINGGI. Buatlah yang terbaik demi rakyat, GR yakin satu persatu magic akan dilakukan oleh Khalid Ibrahim yang akan buat Anwar Ibrahim tersungkur malu.

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang berdepan dengan tekanan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, mendapat suntikan moral daripada Perdana Menteri yang mengakui boleh berkerjasama dengan beliau walaupun berbeza fahaman politik.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata: "Walaupun ada perbezaan, kita boleh bekerjasama dalam banyak hal."

Najib turut berterima kasih kepada Abdul Khalid kerana menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor anjuran pejabat Pembangunan Persekutuan Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini, Khamis malam.

Kira-kira 2,000 rakyat Selangor menghadiri majlis itu yang disusuli dengan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.

"(Kehadiran Khalid) ini satu petanda baik, saya kira," kata Najib.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Sejak beberapa bulan lepas, Abdul Khalid menerima tekanan daripada pelbagai pihak termasuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Hasrat 'Langkah Kajang' yang dilihat gagal menjatuhkan Abdul Khalid sebelum ini, kembali berlaku dalam PKR terutama selepas beliau gagal mempertahankan kerusinya sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Abdul Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Selangor selepas Pakatan Rakyat memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 pada 2008 di negeri itu.


GR kata: Teruskan usaha murnimu wahai Khalid Ibrahim....

No comments:

Artikel pelbagai