Wednesday, June 25, 2014

TAHNIAH THE COPS BERJAYA CIPTA SEJARAH, JUARA LIGA PREMIER 2014! @PDRMsia @pdrmfansclub @Zahid_Hamidi @KDNPUTRAJAYA


Walaupun tewas 2-3 kepada Kedah di Stadium Perbandaran Selayang malam tadi, pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘The Cops’ masih mempu mengukir senyuman apabila dinobatkan juara Liga Premier 2014.

PDRM FA kendalian Dollah Salleh telah mengumpul 52 mata hasil 16 kemenangan, empat seri dan hanya dua kali tewas sertai melayakkan mereka ke Liga Super yang ditinggalkan sejak 2008.

Biarpun dibanjiri pemain berpengalaman antarabangsa seperti Helmi Eliza Elias, Azizon Kadir, Sabre Mat Abu, Muslim Ahmad, Azi Shahril Azmi dan gandingan import Rafael, Ali Ashfaq dan Charles Souza Chad, PDRM turut diwakili anggota tetapnya dalam pasukan ini seperti Lans Koperal Willfred Jabun (penjaga gol), Lans Koperal Mohd. Fekri Tajudin (pertahanan), Koperal Mohd. Fauzi Majid (tengah) dan Lans Koperal Khairul Izwan Abdullah (penyerang).


Piala Liga Premier telah disampaikan oleh Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sejurus perlawanan tamat.

Turut hadir sama-sama memberi sokongan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri, Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak PDRM dan Ahli Majlis Persatuan Bolasepak Polis Diraja Malaysia.




GR kata: Tahniah The Cops. Teruskan perjuangan!!


No comments:

Artikel pelbagai