Wednesday, October 23, 2013

TERKINI: KEADAAN SEKITAR BANJIR LIMPAHAN EMPANGAN CAMERON HIGHLANDS!



Tiga terbunuh - dua daripadanya lemas manakala seorang lagi akibat serangan jantung - dalam kejadian banjir kilat selepas air Sungai Bertam melimpah ekoran pelepasan air empangan Sultan Abu Bakar, Ringlet di sini awal hari Rabu.

Kejadian pada pukul 1 pagi itu turut menyebabkan seorang wanita Indonesia hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dan seorang lelaki cedera.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Zahari Wan Busu berkata arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.

Dua yang mati lemas ialah lelaki Bangladesh dikenali sebagai Jahangir, 30-an, dan wanita Indonesia yang hanya dikenali sebagai Kesmat, 46. Satu mayat ditemui di dalam sebuah rumah dan satu lagi di bawah runtuhan rumah yang lain.

Lelaki yang mati akibat serangan jantung ialah Tan Tuck Choi, 51. Dia mati dalam perjalanan ke Hospital Sultanah Kalsom di sini, awal pagi ini.

Mohd Zahari berkata mangsa yang masih hilang dipercayai dihanyutkan arus deras dikenali sebagai Jarwati, 17, manakala lelaki yang cedera Ho Kim Way, 38, kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh.




"Ho cedera ketika cuba menyelamatkan diri dalam kejadian itu," katanya.

Kawasan yang terlibat dalam kejadian itu menempatkan rumah penduduk dan rumah setinggan berhampiran kebun sayur.

Berikutan kejadian itu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Lembah Bertam ditutup hari ini.

Terdahulu Mohd Zahari berkata air empangan di Ringlet itu terpaksa dilepaskan bagi mengelak empangan itu pecah berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 7 petang semalam.

Pelepasan air empangan pertama dibuat pada 12 tengah malam diikuti pada jam 1 pagi dan seterusnya pada 2.45 pagi yang menyebabkan air di Sungai Bertam melimpah secara mendadak dan mengakibatkan banjir kilat.

Beliau berkata berikutan kejadian itu, sebanyak 54 orang dari 12 keluarga dipindahkan ke dewan orang ramai Ringlet.

Sementara itu Timbalan Penguasa Balai Bomba Zon 3 Pahang Yusmaizi Zulkifli berkata paras air normal di empangan itu ialah 3.498 meter dan pelepasan air dilakukan ketika paras air mencecah 3.508 meter.





Tinjauan Bernama mendapati cuaca panas sehingga tengah hari bagaimana hujan renyai mula turun pada sebelah petang.

Anggota Parlimen Cameron Highlands Datuk Seri G.Palanivel turut melawat kawasan kejadian dan memaklumkan bantuan akan disalurkan dalam masa terdekat. - BERNAMA


GR kata: Doakan semuanya dalam keadaan baik semuanya dan selamat.

3 comments:

Anonymous said...

Aku nk tanye satu je...

KENAPA KERAJAAN BIARKAN CAMERON HIGHLANDS ROSAK TERUK DENGAN PENEROKAAN TAUKEH2 CINA INI?? MACAM KOBOI..TIADA UNDANG2.. ASET NEGARA DIBIARKAN ROSAK?!!! RASUAH di PIHAK MANA YANG KENYANG??

PAHANG DARUL RASUAH!

Anonymous said...

keadaan lanskap dan rupa tanah Ringlet xubah spt di negara asing, spt tiada undang2, serabai!! semak dan berselerak!!

Bila terjadi hal begini apakah pihak mana yg akan dipersalahkan?

Kerajaan BN xpernah serik. Hanya krn sygkn CInaBeng, ugutan politik maka undang2 boleh berubah. Bayangkan kalau org Melayu yg teroka dan rosakkan kawasan indah berhawa sejuk spt Cameroan Highland ini.. pasti kena roboh atau hukum...

Simpati dan takziah atas kematian mangsa tp apakah penyelesaian dan pemuliharaan Cameron Highland sbg aset tanah tinggi negara dr sudut pelancongan, ekosistem dan juga pertanian?

Bodoh punya krjn BN.. xsygkan alam sekitar bernilai tinggi.. British lg bijak dan pandia hargai alam sekitar wpun mereka penjajah.. sbb tu PR boleh hasut rakyat sbb BN pun xbetul byk!

Anonymous said...

Goog comment. yg memberi dan menerima rasuah x kira parti politik atau bangsa. Boleh gerenti ke Kalau yg lain memerintah x jadi perkara ni? Yg makan gaji pon ramai jugak yg parti pembangkang, takut hilang kerja dsb kalau x menjalankan arahan? Mana pendirian? Berapa ramai yg nampak taik cakap busuk, busuk busuk? Berapa ramai yg ambik taik dan buang??? Sapa pon boleh kata busuk...

Artikel pelbagai