Friday, October 25, 2013

RAKYAT MENANTI #Bajet2014 APA YANG TERBAIK UNTUK MEREKA! @NajibRazak @PMOMalaysia


Setiap hampir hujung tahun sebuah organisasi tak kira swasta atau kerajaan akan membentangkan bajet tahun yang baru untuk keperluan mereka. Begitu juga dengan Bajet 2014 yang akan dibentangkan oleh DS Najib Razak untuk tatapan rakyat demi perancangan baru untuk tahun 2014.

Tahun lepas kita lihat penekanan diberikan untuk memperkukuhkan ekonomi negara dan rakyat dengan pelbagai program dan peruntukan yang diberikan oleh Kerajaan. BR1M yang diperkenalkan memberikan impak yang baik pada rakyat. Nasib rakyat dalam kategori pendapatan yang rendah dapat dibela.

Untuk kali ini ramai GR lihat mahukan Kerajaan memberikan suatu yang terbaik untuk mereka. Di mana kita lihat sekarang kos sara hidup rakyat semakin meningkat. Barang keperluan yang semakin meningkat, harga rumah yang juga meningkat dengan harga tanah yang semakin tak menentu, rakyat mahukan suatu jalan atau program yang terbaik diberikan oleh Kerajaan.

Kerajaan akan memberi tumpuan khusus kepada langkah-langkah untuk menangani peningkatan kos sara hidup melalui Bajet 2014 yang akan dibentangkan di Parlimen Jumaat ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sedar bahawa kos sara hidup menjadi topik penting bagi rakyat dan terbukti apabila isu tersebut paling banyak dibincangkan melalui laman web mikro Bajet 2014.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dengan keluh kesah rakyat beberapa pendekatan akan diperkenalkan antaranya, menambah jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di beberapa buah lokasi strategi di seluruh negara.

Selain itu, jelas Perdana Menteri, kerajaan juga merancang untuk menambah lebih banyak Klinik 1Malaysia serta Program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) yang terbukti banyak memberi manfaat dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat.

"Kerajaan sentiasa peka dengan setiap keluhan rakyat. Justeru pelbagai inisiatif telah diambil dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, ekoran ketidaktentuan ekonomi global," katanya menerusi blog 1malaysia.com.my hari ini.

Sejak Najib mengambil alih pentadbiran negara pada 2009 dan melancarkan pelbagai program transformasi dalam pemerintahannya, sebanyak 99 buah KR1M dan 238 buah klinik 1Malaysia telah diwujudkan di seluruh negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, pembangunan teknologi maklumat turut diberi penekanan khusus melalui perancangan membina Pusat Internet 1Malaysia dan pengurangan 20 peratus caj jalur lebar .

Najib yang juga Menteri Kewangan menambah, Pusat Jagaan 1Malaysia bagi meringankan beban ibu bapa akan diwujudkan di semua pejabat kerajaan dan syarikat milik kerajaan (GLC) sebelum diperluaskan kepada syarikat swasta.

Sementara itu, jelas Najib, tidak terkecuali dalam bajet kali ini ialah pengurangan harga kereta antara 20 hingga 30 peratus akan mula dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu mengurangkan kadar hutang isi rumah.

"Usaha untuk meringankan beban rakyat tidak terhad setakat itu sahaja. Banyak lagi cara yang bakal diperkenalkan atau ditambah baik untuk melestari usaha memastikan kehidupan rakyat sentiasa selesa dan terjamin," katanya.

Adakah dengan pengurang subsidi minyak dan barangan lain, Kerajaan akan memberikan suatu yang baru untuk dinikmati oleh lapisan masyarakat. Apa pun kita sama-sama nantikan pembentangan Bajet 2014 esok jam 4.00 petang secara di TV. In sha Allah perkara yang baik akan dinikmati oleh kita semua.


GR kata: Pakatan mesti kata bajet ni tiru depa. Alasan biasa la tu...Keh keh keh

1 comment:

usin said...

aku nak respon kpd cadangan pengurangan harga kereta. apa yg kerajaan akan laksanakan adalah amat baik bagi mengurangkan bebanan hutang isi rumah bagi sebahagian besar rakyat malaysia. bagaimanapun, salah satu inisiatif kerajaan melalui rundingan dengan pengeluar kereta bagaimana mengurangkan kos pengeluaran. adalah amat dikhuatiri pengurangan kos pengeluaran akhirnya akan menjejaskan kualiti produk termasuk faktor keselamatan. sudah acap kali dihebohkan bahawa produk proton melalui model Saga SV, welding yg sebelum ini adalah setebal 3.0 cm sudah dikurangkan kpd 1.5cm. Ini belum termasuk pakej2 utama ditiadakan. apa makna penurunan harga jika apa yg pengguna dapat juga memang telah berkurang. berhati-hati dengan permainan pengeluar kerana apa sahaja mekanisme yg dicadangkan kerajaan, keuntungan adalah fokus utama mereka. contohnya proton ialah GLC tetapi pengguna tetap menjadi mangsa....wallahua'lam

Artikel pelbagai