Sunday, September 22, 2013

#PemilihanUMNO: PANAS! CALON TIMB KETUA BAHAGIAN BAGI "MINYAK PELINCIR" UNTUK MENANG BESAR? @NajibRazak @MuhyiddinYassin @umnoonline


PWTC semalam penuh dengan mereka yang menyerahkan borang untuk bertanding dalam merebut jawatan dalam Pemilihan UMNO kali ini. Baik di peringkat pusat tidak juga kira hebatnya di negeri dan bahagian.

Jawatan Presiden dan Timb. Presiden sudah pun kita ketahui, PM Najib dan TS Muhyiddin menang tanpa bertanding sekali gus mengekalkan jawatan tersebut untuk sepenggal lagi. Apakah UMNO akan berubah, itu menjadi persoalannya di sini?

PM Najib Razak sebelum ini telah pun mengariskan untuk pemilihan UMNO kali ini, Jawatankuasa disiplin UMNO sentiasa memantau proses kempen dan juga pengundian nanti. Jangan main unsur rasuah, politik wang dan sekutu dengannya. Tapi confirmkah tak akan terlepas pandang perkara seperti ini?

Maklumat yang GR perolehi, wujudnya seorang calon yang ingin bertanding Timb Ketua Bahagian yang  memberi "minyak pelincir" demi meraih undi. Dahsyat "minyak pelincir" merupakan tawaran rumah mampu milik kepada perwakilan yang mengundi beliau. 

Perghhhhhhhhh....sumber yang beritahu GR, sipulan yang ingin bertanding Timb Ketua Bahagian ini menggunakan power beliau sebagai Pengarah Urusan SPNB (Syarikat Perumahan Negara Berhad). Ape citer bro? Rumah mampu milik untuk rakyat atau untuk kepentingan peribadi??

Jawatankuasa UMNO tolong ambil perhatian!! Presiden UMNO sibuk pukul canang sana sini mahukan Transformasi dan perubahan besar dalam UMNO. UMNO tiada lagi perasuah dan kaki rasuah bila memperkenalkan kaedah pembuangan undi dengan cara yang baru sekarang. Jangan buat bodoh saja ok!!

Selanjutnya baca DI SINI


GR kata: Politik wang masih sebati dalam UMNO??

No comments:

Artikel pelbagai