Tuesday, September 24, 2013
#PemilihanUMNO: Kenapa DS @Zahid_Hamidi Perlu Kekal Naib Presiden UMNO No.1? #zahidVP01
Memandangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan, aksi pemilihan pucuk pimpinan Umno kali ini tertumpu kepada tiga jawatan Naib Presiden.
Penyandang - DS Zahid Hamidi, DS Hishamuddin dan DS Shafie Apdal- ditentang oleh Mohd Ali Rustam, Mohamed Isa Abdul Samad dan Mukhriz Mahathir.
Dalam pertandingan jawatan nombor tiga ini, apa sahaja boleh berlaku. Daripada tiga penyandang, Ahmad Zahid nampak kukuh, tetapi Hishammuddin dan Shafie boleh dicabar.
Kalau pemilih tahu dan masih ingat, Mohd Ali dan Isa pernah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin dalam pemilihan parti sebelum ini.
Dalam pemilihan 2008, Mohd Ali cuba mempertahankan jawatan Naib Presiden yang dimenanginya pada tahun 2004, tetapi dihalang setelah Lembaga Disiplin mendapati beliau melanggar peraturan pemilihan berkaitan tuduhan politik wang.
Mohd Isa memenangi kerusi Naib Presiden dalam pemilihan 2004 dengan undi terbanyak tetapi dibatalkan setelah Lembaga Disiplin mendapati beliau terbabit dengan politik wang dan digantung keahlian selama tiga tahun hingga 2008.
Satu-satunya muka baru dan termuda dalam barisan calon Naib Presiden adalah Mukhriz. Selain usia, kelebihan Mukhriz adalah beliau berjaya memimpin UMNO merampas balik Kedah daripada PAS dalam Pilihan Raya Umum 5 Mei lalu.
Namun pengaruh Ali Rustam and Mohd Isa tidak boleh dipandang remeh. Kedua mereka mempunyai sokongan akar umbi yang kuat dan pemilihan kali ini, dengan bilangan pemilih kira-kira 150,000 orang, unsur akar umbi adalah kuat.
Pandangan GR perwakilan harus membuat pilihan yang tepat. Jika benar mahukan UMNO berubah ke arah lebih baik perlulah mempunyai pemimpin ketiga yang tegas dan berani dalam mempertahankan hak agama, bangsa dan negara. Dalam kesenyuman DS Zahid Hamidi menampakkan ketegasannya.
Harus dilihat perjalanan karier politik DS Zahid Hamidi bermula dari bawah. Bukannya dengan cara yang senang. Pencapaian beliau hingga sekarang jika ingin dibayar memang tiada nilai harganya. Bermula dari ahli UMNO biasa selepas itu sebagai AJK UMNO Cawangan, kemudian naik ke peringkat atas setingkat demi setingkat hinggalah jawatan tertinggi sekarang boleh dijadikan panduan pada semua ahli UMNO.
Ada dikalangan ahli UMNO yang naik dengan cara yang senang itu adalah cara dan rezeki mereka. Kepemimpinan dalam diri seseorang itu bukannya terletak dengan cara bagaimana mereka capai kedudukan itu dengan senang tapi bagaimana seseorang itu pernah merasai jatuh bangun dalam politik. Sudah tentu mereka boleh tahu cara bagaimana untuk memberikan yang terbaik pada rakyat.
Tagline Kesinambungan Asas Kepemimpinan kena pada diri DS Zahid Hamidi. Para perwakilan sekalian fikir-fikirkanlah demi masa depan UMNO yang lebih baik. Pilihlah yang terbaik dikalangan yang baik-baik.
GR kata: Sokong DS Zahid Hamidi VP 01
Labels:
zahidVP01
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment