Sekadar hiasan
Pengumuman Perdana Menteri DS Najib Tun Razak berhubung program untuk Memperkasakan ekonomi Melayu Bumiputera berjaya menutup mulut pengkritik yang mendakwa beliau pasif untuk membantu golongan Bumiputera selepas PRU ke 13.
Malah 34 "Touch Point" yang diumumkan Perdana Menteri pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Melayu 2013 di Shah Alam pada 14 September lalu merupakan dasar paling komprehensif untuk menggalakkan penglibatan Bumiputera dalam sektor ekonomi. Baca DI SINI
Sejak melancarkan Model Ekonomi Baru (MEB) pada 2009, Perdana Menteri telah memegang janjinya untuk memastikan penguasaan Melayu dalam bidang ekonomi negara.
Untuk mencapai hasrat murni ini, DS Najib Razak menggariskan lima teras tersebut iaitu, mendaya modal insan Bumiputera, memantapkan pemilikan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, memperkukuh pemilikan aset bukan kewangan Bumiputera, memperhebat keusahawanan dan perniagaan Bumiputera serta memantapkan ekosistem penyampaian perkhidmatan.
Tanpa perancangan dan strategi yang mantap seperti mana yang diumumkan Perdana Menteri, adalah sukar bagi usahawan Bumiputera untuk mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran kecil dan besar dalam dunia perniagaan.
Persoalannya adakah program untuk Bumiputera ini dapat menafaat pada semua golongan Bumiputera yang bergelar usahawan. Kita semua sedia maklum sektor ekonomi di negara ini kebanyakkan ditakluki oleh golongan bukan Melayu. Usaha murni Perdana Menteri ini untuk menjadi usahawan Melayu berjaya perlu disahut oleh semua pihak termasuklah penjawat awam yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan kepada agensi-agensi yang terlibat termasuk juga GLC.
Adakah usahawan Melayu tidak boleh berdaya saing dengan usahawan bukan Melayu? Jawapannya boleh jika mereka ini dilayan sama rata dalam usaha mereka menaja ekonomi perniagaan mereka sekali gus dapat membantu memantapkan ekomoni negara.
Kaum bukan Melayu terutamanya Cina menguasai modal dan juga rangkaian bekalan atau 'supply chain' - dua faktor yang Melayu tewas dalam dunia perniagaan. Program terbaru pemerkasaan ekonomi Melayu diharap mampu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini.
Timbul persoalan adakah DANA yang diturunkan oleh Kerajaan untuk golongan Bumiputera ini diselaraskan pelaksanaannya? Golongan GLC yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri harus membantu Bumiputera adakah mereka melaksanakan tanggungjawab tersebut???
Selama ini antara kritikan pedas terhadap golongan yang menerajui ribuan GLC adalah mereka tidak mempunyai semangat perjuangan Melayu yang kental dan lebih mementingkan keuntungan dari agenda memartabatkan ekonomi Bumiputera.
Persoalanya di sini, mengapa pelbagai dana yang diturunkan oleh Kerajaan tidak dijalankan oleh GLC dengan begitu baik sekali. Kenapa masih ada unsur penindasan terhadap golongan usahawan Bumiputera? Sebagai contoh yang ketara sekali, mereka mendapat kontrak dari Kerajaan. Pusingan modal diperlukan untuk menjalankan kerja-kerja tersebut. Permohonan diajukan kepada institusi kewangan Kerajaan bagi mendapatkan bantuan.
SME Bank dan BSN yang dipertanggungjawabkan membantu golongan Bumiputera masih tidak laksanakan tanggungjawab dengan baik. Permohonan dari golongan Bumiputera tidak diendahkan malah dipermainkan. Bagaimana usahawan Bumiputera nak maju ke depan kalau pegawai yang dipertanggungjawabkan menindas bangsanya sendiri.
Alasan yang diberikan seolah-olah tidak munasabah seperti syarikat tiada sekuriti yang kuat untuk diberikan dana atau pembiayaan tersebut. Adakah syarikat yang memperolehi kontrak/tender dari Kerajaan masih tidak laku untuk diberikan pertimbangan? Bukankah pembayaran dibuat oleh Kerajaan diterima terus ke institusi kewangan tersebut (mengikut nilai dana/pembiayaan yang dipohon). Kenapa usahawan ini tidak dilayan dan masih ditindas? Bagaimana mereka ingin majukan perniagaan mereka? Sekiranya permohonan mereka layak dan tidak seperti syarikat Ali Ba Ba, seharusnya permohonan mereka diterima.
Perkara seperti ini PM DS Najib Razak dan Menteri-menteri yang terbabit harus turun padang melihat sendiri proses permohonan yang dijalankan oleh pegawai-pegawai di institusi kewangan tersebut. Amanah yang diberikan pada mereka harus dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Ada pula pegawai bertanya setiap permohonan harus disertakan "pelincir" baru mereka laju buat kerja. Dana diberikan untuk usahawan Bumiputera maju dalam perniagaan bukannya untuk diperjudikan untuk kepentingan peribadi. Amalan apakah macam ni? Yang busuk nama Kerajaan juga.
Apa yang penting ialah pemantauan kepada pelaksanaan kesemua 34 susulan tindakan yang bakal mengubah landskap penglibatan Melayu dalam bidang ekonomi menjelang 2020. Kejayaan hanya dapat dipastikan sekiranya golongan perlaksana iaitu kakitangan kerajaan menjiwai hasrat dan tujuan program serta dasar yang diumumkan Perdana Menteri.
GR kata: Kerja yang diberikan kalau buat dengan ikhlas dan amanah akan dapat keberkatan.
4 comments:
Hilang keyakinan dgn PM! Dasar memperkasakan Melayu lebih kepada memperkasakan kroni beliau dan isteri beliau. Hanya masa akan membuktikan dasar tersebu tak sampai kesasaran yg dicanangkan. Pada masa itu dah terlambat. Melayu tidak akan menyokong beliau lagi! Terutama UMNO TOTOK macam saya!
Memang betul! Kerajaan lancarkan macam2 projek, perancangan tapi pelaksananya macam hampeh! Saya sendiri pernah memohon tapi bermacam alsana diberikan hingga rasa bosan dan terpaksa bergodok bergadai..bila kita dah berjaya barulah pihak bank hantar pelbagai tawaran....Kerajaan kena tubuhkan skuad penggempur yang terdiri dpd mereka yg benar2 berjiwa bangsa
Pemimpin perlu turun padang...jgn CONFIDENT sgt apa yg diberikan pd rakyat dilaksanakan dgn baik. Jenis yg tak amanah byk sgt.
setuju Sgt!
Post a Comment