Thursday, September 19, 2013

Chin Peng Mati, Dosanya Pada Kita Sampai Mati Takkan Lupa! @Zahid_Hamidi


DAP dan pakatan haprak masih cuba untuk menyembunyikan ideologi mereka sama dengan perjuangan Komunis. Fakta sejarah yang sudah tercatat lamanya cuba diputarbelitkan oleh mereka dengan menyatakan bahawa komunis adalah pejuang sebenar negara capai Kemerdekaan.

Jika diperhatikan kedudukan hiraki parti DAP tak ubah seperti parti Kuomintang parti pemerintah China yang mengelar kalangan ahli mereka sebagai komrad dan juga Setiausaha Agung sebagai jawatan yang tertinggi didalam parti.

Kematian Chin Peng menjadi isu panas pada 16 September, ia satu hadiah besar buat rakyat Malaysia apabila kepala pengganas komunis ini akhirnya MAMPOS di Bangkok. Namun kematian beliau juga membuatkan haprak pakatan meraung dan menangis kesedihan.

Menteri Dalam Negeri, DS Zahid Hamidi dengan tegas menyatakan Chin Peng haram untuk masuk ke Malaysia walaupun sudah menjadi abu. Kemarahan dan kesedihan rakyat dan keluarga mereka yang terkorban masih kuat terasa. Azab dan kepedihan diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh pengganas Komunis mahu dipadam oleh DAP dan haprak pakatan.

Ulasan Menteri Dalam Negeri ada asasnya..ramai yang pasti akan terluka dan marah, jangan jadikan alasan untuk bangkitkan kemarahan rakyat.

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Mayat bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang meninggal dunia di Thailand akibat sakit tua pada usia 90 tahun tidak akan diterima untuk dibawa pulang ke negara ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun sudah meninggal dunia, mendiang tetap ketua pengganas komunis yang bertanggungjawab membunuh ribuan anggota keselamatan negara.


Katanya, kematian Chin Peng itu juga tidak mungkin dapat memadam rasa kebencian terhadap mendiang terutama dalam kalangan balu-balu anggota polis dan tentera yang dibunuh kejam pengganas komunis.


“Tidak mungkin veteran polis dan tentera akan menerima mayat atau abu mendiang sekalipun untuk dikebumikan di Malaysia. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan sebagaimana dakwaan pihak-pihak tertentu.


“Mendiang tetap ketua pengganas komunis yang tidak boleh diterima di bumi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau mengulas gesaan pihak tertentu supaya kerajaan membenarkan Chin Peng dikebumikan di negara ini.


Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada pukul 6.20 pagi hari ini akibat sakit tua.


Sepanjang mengetuai komunis semasa zaman darurat pada 1948 hingga 1960 dan 1968 hingga 1989, pelbagai kekejaman dilakukan Chin Peng serta pengikutnya terhadap anggota keselamatan negara serta orang awam.


Mendiang bertanggungjawab mengepalai komunis membunuh sebanyak 2,083 anggota keselamatan negara dan mencacatkan 3,541 anggota lain manakala sebanyak 2,588 orang awam pula dibunuh dengan 1,490 yang lain cedera. - Utusan


GR kata: Ada juga manusia yg bodoh sibuk nak talqinkan Chin Peng ni yer!

No comments:

Artikel pelbagai