KUALA LUMPUR 14 Ogos - Status penduduk tetap (PR) pemilik sebuah resort di Sedili, Johor yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung tindakannya membenarkan surau dalam kawasan premis itu menjadi tempat ritual keagamaan bukan Islam boleh ditarik balik.
Perkara itu ditegaskan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika memberi maklum balas kepada Utusan Online berhubung tindakan pemilik resort berkenaan yang kini disiasat mengikut Seksyen 29 Kanun Keseksaan iaitu mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.
"PR akan ditarik balik setelah siasatan selesai," katanya ringkas.
Pemilik resort berusia 45 tahun yang berasal dari Singapura dan mempunyai status PR negara ini boleh dikenakan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Sabtu lalu, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar, Kota Tinggi gempar selepas bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari dengan upacara sembahyang agama lain. - UTUSAN ONLINE
GR kata: Jangan cuba permainkan agama Islam dan jaga nama baik Islam.
5 comments:
Syukurlah di atas ketegasan YB Menteri KDN kita. Saya harap lepas ini, mana-mana rakyat asing yg. hina Islam/umatnya dan hak orang Melayu, juga dihalau, termasuk Mat saleh dari sy. korporat, yg ramai bongkak. Termasuk pelacong yg. kurang AJAQ, sampai 'topless' kat pantai kita atu separuh telanjang kat restoran resort pantai - mereka ingat pelacungan hanya kepunyaan KAPIAQ Barat-Zioniskah?
Ini termasuklah NGO-NGO mereka dan yg. ditaja mereka, yg juga anti-Islam/Melayu - diHALAU atau ditutup kalau yg. tempatan.
Sepatutnya, kita dari Dunia Islam dan “Dunia Ketiga“, janganlah sampai takut sangat pada GERTAKAN berterusan “demokrasi/hak asasi manusia” SAMPAH Barat-Zionis/Bukan Islam ini, macam hamba-abdi mereka!
Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera (dulu saya MAKCIK Tempurung; tapi saya asyik mimpi keenakan masakan KAMPUNG Melayu kita, nasi sambal belacan dgn ikan masin, dan ulam petai/jering!)
rakyat mahu pastikan pr tu tetap ditarik balik. bukan setakat ugut-ugut. kali inilah, betul-betul tarik.
Tahniah....YB Menteri KDN.
Tiadalah lagi amaran terakhir yang pertama, terakhir yang kedua...dan seterusnya.
Manusia seperti ini harus diajar...supaya beradap dan memahami sensitiviti orang lain...
Itulah Melayu Singapore.....
jika KDN menarik balik PR pemilik resort bermakna KDN TELAH melakukan tindakan yg amat tepat sekali,jika memberikan PR adalah hak KDN menariknya merupakan hak.
KALAU TAK TARIK PR BARUA TU, AKU TAK SOKONG UMNO LAGI.
TARIK JANGAN TAK TARIK.
TEGAS TEGAS, NO WARNING WARNING LAGI.
WARNING SUNGGUH MELOYAKAN.
ZAHID...BUKTIKAN KAMU MEAN BUSINESS.
Post a Comment