Sunday, July 7, 2013

Puak Pakatan Makin Pening Bila Kena SMACK DOWN Dengan Menteri KDN @Zahid_Hamidi !!


Manusia bila dah mula buat salah, macam-macam lah alasan yang akan diberikan untuk mengelak diri mereka dijatuhkan hukuman. Dengan erti kata lain, KANTOI. Kenapa perlu kita takut kalau kita tak ada buat salah....betul tak??

Puak pakatan haprak sebelum ini dengan selamba badak diaorang mencadangkan pihak Kerajaan mansuhkan Akta Hasutan. Kenapa perlu dihapuskan? Negara ini tidak perlu ada undang-undang kah? Kalau semua dihapuskan apa nasib yang rakyat akan terima?

Jika Akta Hasutan dihapuskan, masyarakat boleh cakap dengan sedap mulut tanpa melihat sensitiviti seseorang atau pun masyarakat tersebut. Ini yang pakatan mahukan? Ini namanya perjuangkan nasib rakyat? Menjahanamkan rakyat lagi adalah!!

Hari ini kenyataan Menteri KDN memang tepat pada masanya. Ada pihak yang panas telinga, lantak diaorang lah. Siapa yang makan cili dia yang terasa pedasnya. Berani kerana benar, takut kerana salah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga... saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya.

Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas merasmikan pelepasan konvoi kembara bermotosikal sempena ulang tahun ke-75 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata: "Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu."

Ahmad Zahid berkata, pemansuhan undang-undang tertentu sebelum ini dilihat telah menjurus kepada peningkatan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat.

"Malah, jika ditangkap dengan pertuduhan (pun), mereka (penjenayah) akan mencari aspek-aspek teknikal untuk melepaskan diri dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa biarpun mempunyai bukti kukuh," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, perbincangan terperinci akan dibuat berhubung undang-undang menggantikan Ordinan Darurat.

"Bagi melaksanakan dasar keterbukaan berhubung perkara ini, Kementerian Dalam Negeri, polis dan Jabatan Peguam Negara akan mengadakan majlis dialog bersama badan-badan bukan kerajaan, individu dan masyarakat umum untuk mengetahui maklum balas, input dan komen-komen," jelasnya.

Konvoi selama tiga hari disertai 28 motosikal berkuasa tinggi dan empat kenderaan lain itu akan melalui perjalanan sejauh 400 kilometer dari Kuala Lumpur ke Queen Street, Singapura untuk menjejaki sejarah penubuhan Utusan Melayu. - BERNAMA


GR kata: Siapa yang kaki hasut sana sini sebelum ni yer? Dia pulak yang gelabah...Akta Hasutan tak perlu dihapuskan!

No comments:

Artikel pelbagai