Wednesday, July 10, 2013

GOBIND TUNJUK PANDAI, CUBA BELA 'ANAK MELAYU BODOH' TAPI KENA BATANG HIDUNG SENDIRI! @Zahid_Hamidi @GobindSinghDeo


Pertama sekali GR ingin ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam yang menjalankan ibadah wajib di bulan yang mulia ini. Semoga amalan kita di bulan yang mulia ini diberkati Allah SWT.

Percakapan kita di bulan yang mulia ini juga harus dijaga kerana jika berlebihan dengan keluar kata-kata kesat akan mengurangkan pahala ibadah puasa kita. Sama-samalah kita hayati  demi kebaikan kita bersama.

GR tak ingin mengulas panjang dengan apa yang kecoh di Parlimen semalam. Tapi ternyata cubaan anak Karpal Singh ini nak 'bela' anak guamannya makan diri sendiri. Di Parlimen tempat ke semua Ahli Parlimen membahaskan apa yang diinginkan oleh rakyat dan juga kepentingan untuk mereka dan juga negara. Bukannya menggunakan kuasa yang ada untuk kepentingan peribadi.

Pada 'Anak Melayu' terbabit mesti sebelum tu dah suka bahawa nasib dia akan 'terbela'....betul tak? Tapi apakan daya, Allah SWT Maha Kuasa. Dalam video yang disiarkan portal menipu Malaysiakini, GR lihat Gobind cakap pasal kekuasaan Allah SWT, "Jawab kepada Tuhan terhadap kamu".

Lihat video di bawah, walaupun video ini sudah diedit untuk menunjukkan pakatan haprak yang betul tapi korang tengok sendiri dan nilaikan siapa yang betul dan salah:



Apa yang Gobind cuba buat jelas nak malukan Islam. Permainkan nama Allah SWT demi kepentingan peribadinya sebab dia dah tersepit nak jawab. Jelas kes yang cuba dibangkitkan oleh Gobind tak ada kena mengena dengan isu yang dibahaskan dalam Parlimen. Kes yang sudah difailkan di mahkamah perlulah diselesaikan di mahkamah bukannya di Parlimen. Manalah akal fikiran seorang pemimpin macam anak Karpal Singh ni dia letakkan?

Pada mamat yang bernama Amir Bazli Abdullah tak payah nak harap sangat lah yer. Jangan cuba menegakkan benang yang basah. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Ingatlah yer Allah S.W.T bersama dikalangan orang yang benar dan taat pada perintahnya. Berani kerana Benar, Takut kerana Salah!



GR kata: Puak pakatan dah cuak dengan Zahid sebab tu cuba serang peribadi tapi akal mereka pendek sangat.....Selamat Berpuasa Semua.

3 comments:

Anonymous said...

Hidup pak Zahid

Anonymous said...

hidup AKANG ZAHID!

art said...

Hidup Dato Seri Zahid.. saya suka komen beliau.

"Kalau di buang akta ini, apa lagi yang tinggal untuk mempertahankan keamanan kita".. lebihkurang camtu..

Artikel pelbagai