Apabila rangkaian restoran makanan segera McDonald memberikan patung Minion dari filem animasi Despicable Me 2 dalam kombo Happy Meal, ramai pengumpul membanjiri McDonald seawal pagi semata-mata mahu mendapatkannya.
Siri pertama minion ini dikatakan selesai dijual dalam masa beberapa jam sahaja ia diedarkan, Khamis lalu. Justeru apabila siri kedua minion ini kembali ke kaunter McDonald Khamis lalu, sekali lagi orang ramai berpusu-pusu membanjiri restoran makanan segera ini.
Selain Malaysia, McDonald mengedarkan minion ini di 10 negara lain. Di negara jiran Singapura dan Filipina, kegilaan pada minion ini menyaksikan ia laris dibeli sekelip mata.
Patung ini menjadi kegemaran pengumpul kerana pengeluarannya yang terhad membuatkan ia bernilai di pasaran.
Malah sesetengah pengumpul dikatakan sudah pun menawarkan patung ini di talian pada harga RM50 sementara di e-Bay, terdapat tujuh unit dijual pada harga setinggi RM700 dan dua unit berharga RM2,000.
Di Malaysia, orang bukan sahaja sanggup beratur panjang pada awal pagi malah dalam satu video yang dimuatnaik di youtube, orang ramai berpusu-pusu menyerbu sebuah McDonald hingga sanggup bertolak-tolak sebaik sahaja pintu dibuka.
Semata-mata minion kecil yang sepatutnya menjadikan kanak-kanak gembira , orang dewasa sanggup berebut sampai lupa adab beratur. Agak-agak anda, patutkah? - Mynewshub
GR kata: Memang best pun cite kartun ni...Hi hi hi
3 comments:
Pelik perangai manusia..apa yang istimewa sangat dengan patung yang hanya bermata sebiji ini?
Salam, blog tuan amat menarik dan mempunyai infomasi yang terkini, jesteru itu sama-samalah kita memberi sokongan sesama kita, harap pihak tuan dapat menambah pautan portal http://n9kini.net ke bloglist pihak tuan... Sekian, terima kasih.
Salam, blog tuan amat menarik dan mempunyai infomasi yang terkini, jesteru itu sama-samalah kita memberi sokongan sesama kita, harap pihak tuan dapat menambah pautan portal http://n9kini.net ke bloglist pihak tuan... Sekian, terima kasih.
dan blog http://orangkampungcyber.blogspot.com
Post a Comment