Dari tahun 2008 hinggalah sekarang mereka cuba untuk memutarbelitkan pemikiran rakyat. Alhamdulillah rakyat sekarang ramai dah sedar selama ini mereka hanya DIPERMAINKAN oleh manusia bernama Anwar Ibrahim. Pada ketika itu juga mereka sudah mula naik tocang, mereka buat sesuka hati mereka kerana tiada sebarang tindakan tegas diambil ke atas perosak negara ini HANYA AMARAN saja diberikan. Mana diaorang tak pijak kepala kita kan? Apa yang mereka buat semuanya betul dah macam Malaysia ni tak ada undang-undang. Nak tanyalah pada pencacai pakatan....ada tak negara dalam dunia yang tak ada undang-undang?
Tak habis-habis pemimpin pakatan ni buat lawak, hari ini GR baca di portal menipu Roketkini, LKS menyatakan DS Zahid Hamidi harus bercuti dari tugasannya sebagai Menteri KDN. Kita fikir sejenak, siapa sebenarnya yang sepatutnya bercuti dan sape sebenarnya tak buat kerja sejak diberikan mandat oleh rakyat. Siapa...??
“Zahid fikir dia pintar. Dia mendakwa dia memberi rasuah kepada pekerja-pekerja parti. Undi yang dia dapat hanya 17,000 tetapi dia mengakui telah memberikan kepada 23,000 pekerja parti jadi ini bermakna 6,000 pekerja parti tidak mengundinya.
“Dia sebenarnya mencari kelemahan dalam undang-undang untuk memberi rasuah.. semua orang tahu mustahil untuk anda memiliki 24,000 pekerja kempen,” kata Rafizi Ramli. – MalaysianInsider
Kenyataan bodoh Rafizi mengatakan undian yang diterima oleh DS Zahid Hamidi pada PRU13 dianggap menipu dan rasuah pengundi. Soalan yang sama pada pemimpin pakatan, undi itu rahsiakan...kita boleh jamin ker pengundi memberikan undian pada kita walaupun usaha telah kita buat dengan melantik jentera pilihanraya kita sendiri. Ahli parti pun tak telus dan sabotaj inikan pula rakyat biasa. Siapa Yang Maha Mengetahui...??
Program lantikan Jentera Pilihanraya Bagan Datok dibuat sebelum tempoh berkempen, dan memang benarkan mana-mana parti politik melantik jentera mereka sebelum pilihanraya berlangsungkan. Kalau Zahid berikan bantuan untuk jenteranya salah, macam mana pula Madhi Hassan dengan gambar nie....
Kalau gambar nie GR katakan PKR Bagan Datoh berikan 'rasuah' awal macam mana pula? Untuk rakyat Bagan Datoh tapi tengok paper beg tu dari 'Selangorku'. Pemimpin pakatan negeri Perak semuanya miskin atau pura-pura miskin? Kata nak bantu rakyat tapi lain pula ceritanya...Program Madhi nie dah lama dan sebelum tempoh kempen PRU13....macam mana tu? GR nak tanya, kenapa dalam program lantikan jentera PRU13 BN Bagan Datoh ada juga puak pakatan yang join sekali yer, bila GR tanya diaorang cakap, diaorang tak dihargai langsung...macam mana nak buat kerja untuk parti? Bagi pada kroni-kroni jerk...KESIANNNN!! Jentera sendiri tak boleh jaga macam mana nak jaga rakyat.
LKS sekali lagi cuba nak tegakkan benang yang basah. Amir Abdullah Bazli kononya sengaja dipukul DS Zahid Hamidi dan mahkamah tak jatuhkan sebarang hukuman. Amir yang salah, kenapa DS Zahid Hamidi yang perlu diambil tindakan? Apa perasaan kalau anak perempuan korang dilarikan lelaki yang macam Amir ni macam mana? Perangai kurang ajar tak hormat orang tua hanya kerana nafsu bawa lari anak orang dan dipaksa kahwin, senonoh ker perangai macam tu? Lim Kit Siang bela sangat Amir sebab apa? Dan sengaja tak nak ceritakan hal sebenar pada rakyat. Hakikatnya pakatan memang suka sembunyikan penjenayah dari pertahankan hak yang sebenar.
Apa yang GR lihat, sejak DS Zahid Hamidi dipertanggungjawabkan menerajui Kem. Dalam Negeri, puak pakatan dah semakin gelisah. Bersikap tegas dan tugas yang diberikan pada Polis dan pihak perkuasa di bawah KDN dilaksanakan terus oleh ketua-ketua mereka tanpa ada campur tangan politik pun. Sebab tu puak pakatan ni GOYANG sangat sebab rahsia besar mereka satu persatu akan dibogelkan dan rakyat akan ketahui siapa yang benar siapa yang salah. Senang cerita, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua!!
GR kata: Puak Pakatan dah jadi Ahli Parlimen & ADUN, buat kerja untuk rakyat bukannya sibuk ceramah sana sini lagi. Rakyat suka kot diperbodohkan pakatan untuk 5 tahun lagi!!
2 comments:
Ayat "RAKYAT SEKARANG SEDAR", aku tak boleh terima, lebih tepat "LEBIH RAMAI YG SESAT" akibat pembohongan dan fitnah terutamanya generasi pelapis yg bakal mengundi dalam PRU14 nanti kalau tindakan tegas tidak diambil terhadap penyebar fitnah.
Lebih ramai yang sesat tu bukan kerana disesatkan, tapi kebodohan yang membuatkan mereka sesat. Manusia sesat ni hukumnya bertaubat, nak bertaubat kene belajar, macam mana nak belajar? senang sahaja, rajin2 le bersyukur dengan apa yang ada..dan belajar belajar le berterima kasih kepada manusia lain yang berjasa kepada anda.....
Post a Comment