Monday, June 10, 2013
Hari #UnitedAgainstCrime Idea Eugene Teh Untuk Apa? Nak Tunjuk Kuasa Atau Nak Jaga Keselamatan Rakyat? @NajibRazak @etp_roadmap @PMOMalaysia
Semalam GR berkesempatan ke perasmian Hari United Against Crime atau 'Program Cegah Jenayah' di perkarangan KLCC. Program tersebut dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.
Apa yang GR tahu, program ini dikelola oleh PEMANDU dan Eugene Teh adalah Pengerusi United Against Crime yang diterajui oleh PEMANDU, produk Dato' Sri Idris Jala Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Mungkin apa yang terjadi semalam perkara kecil bagi penganjur tapi orang ramai yang hadir melihat upacara perasmian tersebut pun terkejut. Ada yang GR dengar ini program syok sendiri, betul ker? Rakyat yang hadir di KLCC memberikan sindiran tersebut GR dengar kita yang terasa.
Adakah CEO PEMANDU dengan senang lenang menggunakan kuasa vetonya untuk membuat sesuatu kerana program ini di bawah agensinya? Lokasi yang dibuat juga agak tak kena kerana bukan orang ramai dan tempat class yang kita mahukan, tapi hasilnya nanti itu yang jadi penentu. Akhirnya rakyat juga yang dapat benifitnya...bila kurang jenayah rakyat pun hidup dengan aman.
Pada PM Najib Razak mohon dengarlah keluhan denyut nadi rakyat bawahan seperti GR dan lain-lain lagi. Kami semua sayangkan negara ini dan tidak mahu negara ini jatuh ke tangan musuh negara. Kami takut negara boleh tergadai dengan 'kerja-kerja' mereka yang berada disekeliling PM Najib sendiri. Sedarlah PM Najib, dulu di zaman Pak Lah kita bermasalah dengan 'Budak Tingkat 4' dan sekarang kita bermasalah dengan 'Budak-budak di PEMANDU' yang kebanyakkan mereka ini Anti Melayu..!!!
Sedarlah wahai bangsa Melayu, sekarang ini apa saja yang melibatkan institusi kekuatan Melayu dan Islam akan diperlekehkan/dibantai oleh kaum lain terutama Cina DAP. Jika PM Najib masih berlembut lagi maka akan berlaku lagilah "tsunami" lebih teruk mungkin sebelum PRU14 dah jadi. Kita tak perlu lagi apologetik...bantu rakyat yang lebih menyokong BN, PM Najib jangan takut kerana ramai lagi bangsa dan kaum lain yang masih mahukan PM dan BN terus mentadbir negara.
Persoalan pada PM Najib, banyak transformasi yang DS buat untuk negara dan rakyat Malaysia dan ianya disambut baik oleh semua lapisan masyarakat. Tapi dalam pemilihan jawatan yang dipertanggungjawabkan contoh dalam PEMANDU, apa 'kehebatan' Eugene Teh diberikan keistimewaan sedemikian rupa?
Hasil research yang dibuat, Eugene Teh pernah bekerja dengan Singapore Economic Development dari tahun 1998 - 2001 sebelum menjadi Boss PEMANDU mengenai Transformasi Polis. Apa yang dia tahu pasal Polis sampai DS Idris Jala boleh melantik beliau sebagai CEO PEMANDU?
Di Malaysia ini dah kurang ker mereka yang berkelayakan untuk memegang jawatan tersebut? Kalau nak disenaraikan GR boleh berikan tapi lebih baik mereka yang duduk di atas lebih mengetahui siapa yang layak. Jangan disebabkan jawatan yang diberikan pada mamat Cina ni, orang lain pula yang kena bantai.
Pada mereka yang cuba untuk memutarbelitkan apa yang berlaku semalam, baik tak payah. Protokol yang ada bila majlis yang dihadiri oleh PM Najib Razak siapa yang biasa pergi mereka akan tahu. Tidak ada istilah siapa yang 'Sailang' siapa yang penting program yang buat itu kena tak dengan cara dan tempatnya...
Fikir-fikirkanlah yer.... PM Najib Razak tolong jangan berlembut lagi!!
GR kata: Eugene Teh ni mengundi ke tak yer masa 5 Mei hari tu? Jangan balik Singapore dah la yer...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Eugene Teh telah menjadi Penagarah Transformasi polis sejak tahun 2010 tapi semakin ramai warga Cina mengutuk sumbangan polis.. dari Tian Chua yang mengatakan ini semua Sendiwara sehingga wanita cina yang menconteng di atas kertas saman depan pegawai polis yang menyaman beliau .. nampaknya Transformasi yang di lakukan oleh mamat cina Eugene Teh gagal 100%.. Beliau konsultan yang tidak efektif. Harap PM jangan kasi muka pada pihak pihak ni sebelum terlambat.
Jika DS Najib masih lagi tidak nampak dengan apa yang dilakukan saya sarankan DS Najib tukar power cermin mata tu. Saya berjiran selama 24 tahun bersama mereka, semuanya besar kepala lebih-lebih lagi jika mereka lebih ramai dari kaum Melayu terutamanya di Skudai dan Gelang Patah. Sedangkan Namewee diberi penghormatan utk berjumpa DS Najib, padahal dia menghina Melayu, menghina kerajaan, rasis apakah hak dia sampai dapat geran utk terbitkan sebuah filem. Melayu ni bangsa kamu, kita satu bangsa satu agama, pandanglah kami org melayu. Jika tidak, saya tak pasti apa akan terjadi oleh UMNO di PRU14.
Post a Comment