Friday, June 28, 2013

Kecoh Betul Artis Nie, Tak Serik-Serik Lagi! Tak Kesian Tengok Ibu Sakit Ker..?


Semua orang tahu, dadah adalah musuh negara tapi kenapa kita mahu jadi hamba pada dadah. Jika ada masalah sekali pun bukan ini jalan penyelesaiannya.

Kisah artis KANTOI dengan dadah dah banyak kali kita dengar, apa yang mereka dapat hasil dari hisap dadah ni pun tak tau lah. Hanya seronok nak stim agaknya tapi akhirnya merosakkan diri sendiri.

Bila GR dapat tahu pagi semalam pelakon lelaki ini ditangkap untuk kali kedua, sedih dan kesian pun ada. Bukan pada artis lelaki ini, tapi pada ibunya seorang seniwati yang sedang sakit tenat.

Pelakon Khaeryyl Benjamin Ibrahim, atau Benjy sekali lagi ditahan pada pagi Rabu atas kesalahan menyalahguna dadah dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa di sini.

Utusan Malaysia melaporkan, anak kepada pelakon, Azean Irdawaty itu ditangkap pada kira-kira pukul 11.30 pagi semalam selepas ujian air kencing yang dijalankan mendapati dia positif dadah jenis syabu.

Menurut jurucakap, polis akan memohon perintah reman terhadap pelakon itu hari ini di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya.

“Hasil pemeriksaan polis ke atas pelakon tersebut ketika serbuan bagaimanapun tidak menemui dadah yang dibawa bersamanya,” katanya. – mStar

Walaupun tension sangat tak ada mana-mana produser nak ambil dia berlakon, bukan dengan cara ambil dadah boleh selesaikan masalah. Allah SWT anugerahkan kita semua manusia tulang empat kerat dan tenaga, bermacam pekerjaan yang boleh kita buat. Paling penting rezeki kita dapat itu halal dan berkat. Hisap dadah bikin rosak badan dan mati free jerk bro...ape lah lu nie!!


GR kata: Sape lagi nak sayangkan diri kita kalau bukan kita sendiri....

4 comments:

Anonymous said...

ini yang di katakan "tengelam punca" dalam hidup. saya tak ada perasaan kesian kepada nya sebab ini kali kedua cuma sedih kepada emak dia. let him face the consequences himself and no one should . hopefully it will make him matures.

Anonymous said...

Minta calon PKR Setiawangsa semasa PRU13 tolong jaga anaknya...inilah akibat membesar tanpa kaseh saying bapanya

Lagipon bapanya banyak duit-apalah salahnya berikan sikit pada bekas kekaseh yang sedang bertarung nyawa dengan kanser disamping ambil tanggungjawab jaga anak lelakinya

Benci hipokrit

Anonymous said...

Aku rasa dia dalam keadaan tertekan untuk menampung perbelanjaan ibunya yang sakit.

Gombug said...


Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...


Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage. Baca selanjutnya...


Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...


Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini.Baca selanjutnya...

Artikel pelbagai