Wednesday, June 26, 2013

HOT: Rafizi Ramli Bakal Jadi Tukang Cuci Kandang Lembu! NFC Saman Malaysiakini!


Kita semua sedia maklum, isu NFC yang ditimbulkan oleh Rafizi dan pakatan haprak tiada sebarang bukti yang sah jika ingin disabitkan kesalahan pada Ketua Wanita UMNO dan kononya juga penyelewengan dari pihak Kerajaan.

Sehingga kini apa yang kita dengar hanya fitnah dan mainan dari pakatan haprak untuk mengaburi pemikiran rakyat. Ini juga menunjukkan Rafizi ada menggunakan pelbagai kesalahan yang memusykilkan dan kenapa pakatan haprak sengaja menghalalkan cara tersebut.

Berikut kenyataan media dari pihak NFCorp:

Kenyataan Media Oleh Wan Shahrizal Wan Ladin
Peguam Wan Shahrizal, Hari & CO


KUALA LUMPUR --- Pengerusi National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) telah memfailkan saman terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Pandan – Mohd Rafizi bin Ramli, dan MKini Dotcom Sdn Bhd – Pemilik portal berita MalaysiaKini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Jun 2013. 

Pengurusan kes ditetapkan dihadapan Penolong Pendaftar Puan Siti Nur Shafrida binti Hashim hari ini. Melalui saman ini, pihak plantif menuntut kerugian akibat daripada pembohongan, putar belit maklumat, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh kedua-dua defendan. 

Mohd Rafizi Ramli pada 7 Mac 2012 di satu sidang media di ibu pejabat PKR mendakwa bahawa lapan pinjaman telah diambil untuk pembelian hartanah di KL Eco City dengan menggunakan wang deposit pinjaman kerajaan sebagai 'jaminan' di bank tersebut. 

Pada sidang media tersebut, Rafizi Ramli telah mengedarkan maklumat sulit perbankan daripada Public Bank Berhad, sekali gus melanggar undang-undang BAFIA untuk menyokong pembohongan dan fitnah beliau. Rafizi Ramli mendakwa bahawa Datuk Seri Dr Mohamad Salleh bin Ismail hanya mempunyai simpanan yang sedikit di dalam akaun bank beliau, tidak layak untuk mendapatkan pinjaman, gagal membuat bayaran balik pinjaman pada bulan Julai dan Ogos 2011, dan dengan itu mempunyai kecenderungan untuk menggugat deposit pinjaman kerajaan. 

Walau bagaimanapun, hakikatnya tiada sebarang pinjaman pernah diambil daripada pihak bank untuk pembelian lapan hartanah di KL Eco City. 

Peguam Datuk Seri Dr Salleh, Wan Shahrizal Wan Ladin juga menegaskan bahawa, "Tidak akan wujud sebarang kegagalan dalam membuat pembayaran balik pinjaman pada bulan Julai dan Ogos 2011 seperti yang didakwa oleh Rafizi Ramli kerana Perjanjian Jual Beli (S & P Agreement) untuk lapan hartanah KL Eco City hanya ditandatangani pada 15 Disember 2011, sekali gus menegaskan bahawa tiada sebarang pinjaman yang diambil dari bank untuk hartanah KL Eco City pada masa yang dinyatakan. 

"Oleh itu, Rafizi Ramli perlu menjustifikasikan dakwaan beliau khusus berkenaan perkara ini melalui pembelaannya." 

Dalam pernyataan tuntutan, Pengerusi NFCorp telah menuntut gantirugi am, gantirugi teladan, gantirugi teruk, faedah, kos-kos dan relif-relif lain yang mana mahkamah rasakan sesuai serta manfaat untuk diberikan. 
Datuk Seri Dr Salleh juga telah memohon untuk mendapatkan satu perintah injunksi terhadap defendan-defendan bagi menghalang mereka daripada berterusan membuat kenyataan, ucapan, penerbitan semula dan idea berkenaan pembelian 8 hartanah KL Eco City dengan menggunakan maklumat-maklumat peribadi perbankan plaintif untuk berbohong, mengelirukan, menipu dan menimbulkan amarah rakyat.

GR kata: Koyak Rafizi lepas ni, nak tengok Bang Non tolong tak anak ikan dia nie!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Anonymous said...

Baru nak seronok2 jadi Ahli Parlimen, dah tunggu masa untuk jadi rakyat biasa semula... paling teruk pun jadi banduan bergelasr Rapussy... koyak la bontot dalam penjara tu nanti...

Artikel pelbagai