Thursday, February 7, 2013

PSY GANGNAM: GUAN ENG MEMANG BODOH!!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya rakyat negeri itu memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Barisan Nasional (BN) negeri, adalah satu perbuatan "BODOH".

Katanya, Guan Eng seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.BBeliau berkata, sebagai pemimpin negeri, Lim seharusnya menghormati dan menghargai majlis orang lain, dan beliau sendiri boleh mengunjungi majlis rumah terbuka itu.

"Ini kerja yang bodoh. Kenapa nak menimbulkan kekacauan...mungkin niat dia (Guan Eng) tidak ikhlas," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama jentera BN Pulau Pinang di sini hari ini.

Semalam, Guan Eng menggesa rakyat Pulau Pinang yang mengunjungi majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran BN negeri pada 11 Februari nanti yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, agar memakai baju berwarna kuning, hijau dan merah.

Kata Guan Eng, kuning sebagai tanda sokongan kepada Bersih, hijau untuk alam sekitar dan merah untuk Pulau Pinang.

Muhyiddin berkata, majlis Tahun Baru Cina adalah untuk menyambut semangat tahun baharu serta menekankan keriangan dan perpaduan, tetapi Ketua Menteri Pulau Pinang hanya berminat untuk berpolitik sahaja.

Katanya, begitu juga jika DAP menganjurkan majlis rumah terbuka, ia tidak akan diganggu oleh penyokong BN kerana mereka ada hak untuk menganjurkannya.

"Kalau itu tak boleh, ini tak boleh apa maknanya CAT (Cekap, Akauntabel dan Telus)...tak ada makna bagi kita," katanya.

Mengenai perbelanjaan membawa artis dari luar negara bagi memeriahkan majlis rumah terbuka itu, Muhyiddin berkata, beliau dimaklumkan ia adalah tajaan pihak swasta.

Majlis sambutan itu di padang Sekolah Han Chiang akan dimeriahkan dengan persembahan PSY, artis Korea Selatan yang popular dengan Gangnam Style.

Persoalannya di sini, kenapa Guan Eng melalak tak tentu pasal? Sudah tentu sebelum keputusan membawa Psy Gangnam ke P.Pinang mesti ada perbincangan...betul tak?

Buat di P.Pinang dan siapa yang MELULUSKAN permit untuk persembahan Psy di P.Pinang? Bukan Guan Eng yang setuju ka...takkan Ketua Menteri tak tahu apa-apa...pelik bin ajaib kan!!!


GR kata: DAP memang BODOH!!

No comments:

Artikel pelbagai