Monday, January 28, 2013

UST NASHA DIPECAT, ANWAR DAN GUAN ENG MENARI GELEK INUL!


Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang sentiasa konsisten dalam mempertahankan isu hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah dan sering kali mengkritik hubungan antara parti itu dengan DAP dipecat daripada Majlis Syura Ulama pada 13 Januari lalu.

Majlis Syura Ulama dalam alasan pemecatan memberitahu, Nasharudin terpaksa disingkirkan kerana beliau kerap tidak hadir mesyuarat serta sering membuat kenyataan tidak selari dengan pendirian dan ketetapan majlis berkenaan.

Bagaimanapun menurut sumber, punca utama Nasharudin disingkirkan ialah kerana beliau dilihat sebagai 'mesra kerajaan Pusat.'

Terbaharu beliau menyertai lawatan kemanusiaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza, Palestin pada 22 Januari lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Nasharudin menemani Perdana Menteri bertemu para ulama Arab Saudi di Mekah sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Rentetan daripada itu Nasharudin telah dilabelkan oleh para penyokong Pas terutama kumpulan pro-Anwarinas sebagai pengkhianat.

Nasharudin selama ini dilihat sebagai duri dalam daging kepada kumpulan pro-Anwarinas yang kini menguasai Pas kerana sentiasa konsisten mempertahan soal hudud, penubuhan negara Islam, kalimah Allah serta lantang mengkritik kebiadaban pemimpin DAP.

Jawapan Ust Nasharudin :

Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms, email dan panggilan talipon. Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut. Walau apa pun, perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan, berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti. 

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti. Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan  Islam. -Nasharudin Mat Isa


GR kata: Nik Aziz sanggup melutut pada Karpal Singh nak raikan pemecatan Ust Nasha...Isk isk isk!!

1 comment:

Anonymous said...

Salam. Majlis Syura sanggup memecat Ustaz Nasha walaupun dia telah menjalankan Tugasnya megikut kehendak Islam. Saya cabar Majlis Syura agar mengeluarkan Fatwa agar bercerai dengan PKR dan DAP kerana mereka telah terpesong dan menentang ISLAM secara terang terangan. Jika tidak saya beranggapan bahawa Semua Ahli Majlis.Syura tak ada bezanya dgn ANWAR LGE KARPAL.

Artikel pelbagai