Tuesday, December 4, 2012
PUTERI TAK SANGGUP GADAIKAN MARUAH? @Rosnah_ARS @NajibRazak #PAU2012
Walaupun Perhimpunan Agung UMNO 2012 telah pun berakhir tetapi bahangnya tetap terasa dan semangat yang diperolehi akan dikotakan pada PRU 13 nanti. Semangat itu juga tidak kurang hebatnya pada Puteri UMNO. Jangan pandang rendah akan kemampuan golongan wanita muda ini kerana mereka senantiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk membantu rakyat.
UMNO dilahirkan untuk membantu rakyat pelbagai kaum dan terus menerajui pembangunan negara dalam pelbagai aspek. GR masih teringat dengan kata-kata Ketua Puteri UMNO, YB Datuk Rosnah Abd Rashi Shirlin "UMNO adalah darah mengalir dalam setiap anak bangsa. Jantung berdegup dalam stiap anak bangsa. UMNO adalah roh yang memberi jasad pada anak bangsa".
Puteri juga menyatakan kesediaan bersama-sama Wanita dan Pemuda UMNO mendepani gerombolan musuh seterusnya membolehkan parti mencapai kemenangan selesa. Puteri UMNO juga berjanji akan ketepikan kepentingan peribadi dalam setiap ahli Puteri dan dahulukan gerak kerja yang lebih agresif demi kemenangan UMNO/BN pada PRU 13.
Teruskan semangat yang membara ini serta kemaraan yang lebih kuat melawan musuh-musuh negara. Jangan biarkan pengkhianat sewenang-wenangnya mahu menjatuhkan dan mengadaikan negara di mata dunia. Jangan lihat golongan wanita muda ini 'lembik'...bukan seperti Puteri Pakatan Pembangkang yang hanya tau melalak terlolong sana sini maki hamun kerajaan, pemimpin dan paling sedih maki hamun fitnah sesama Islam. Inikah contoh perwatakan yang baik dalam diri seorang wanita muda? Fikir-fikirkanlah yer...
GR kata: Teruskan perjuangan demi kesejahteraan rakyat....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment