Wednesday, July 18, 2012

SERAM: KISAH BENAR HANTU TANPA KEPALA DITEMUI!


Gambar di atas hantu tanpa kepala yang diambil di sebuah masjid ini bukanlah gambar hasil dari kerja fotoshop atau diedit tetapi ianya memang asli. Jadi tak payahlah kata gambar hantu tanpa kepala ni tipu ye.

Inilah fenomena misteri yang berlaku bukan sahaja di sesebuah masjid, tetapi telah berlaku hampir seluruh masjid di seluruh Malaysia. Yang peliknya lagi, kejadian hantu tanpa kepala hanya boleh dilihat pada Hari Jumaat. Umat Islam berjantina lelaki mesti sangat biasa dengan kejadian manusia tanpa kepala ini tetapi tidak kepada kaum wanita. Nak tengok? Jom lihat gambar hantu tanpa kepala di bawah ini dengan lebih jelas lagi :



Dalam sebuah hadis Abu Hurairah r.a memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

“Barang siapa yang pergi ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu pertama, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor unta. Dan siapa yang pergi pada saat kedua, maka seolah-olah ia telah mengorbankan seekor lembu. Siapa yang pergi pada saat ketiga, maka seolah-olah dia telah pergi mengorbankan sekor biri-biri. Siapa yang pergi ke masjid pada saat keempat, maka seolah-olah dia telah mengorbankan seekor ayam. Dan siapa yang pergi ke masjid pada waktu kelima, maka seolah-olah telah menghadiahkan sebiji telur. Kemudian apabila imam telah, maka ditutuplah pintu cacatan, diletakkan pena dan berkumpullah para malaikat di sisi mimbar untuk mendengarkan khutbah. Siapa yang datang selepas itu, maka ia hanya datang untuk hak solat sahaja , dia tidak memperoleh apa-apa keutamaan” - (HR Bukhari dan Muslim)


GR kata: Renung-renungkan dan selamat beramal....
 

No comments:

Artikel pelbagai