Monday, January 16, 2012
TRANSFORMASI KERAJAAN DAPAT SOKONGAN RAKYAT - SUDAH TERBUKTI!!!
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kayu pengukur kepada kecemerlangan dan kejayaan sesebuah kerajaan adalah melalui keulungan idea yang dihasilkan.
Menurut Perdana Menteri, keulungan idea itu bermaksud idea yang dihasilkan oleh sesebuah kerajaan itu adalah lebih baik daripada pihak yang bersaingan dengannya.
"Sebab itu, masa saya mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan, saya telah ketengahkan pelbagai idea baru yang memberi maksud kepada keulungan idea itu.
"Ia terbukti melalui pelaksanaan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Baru Ekonomi (MBE) dan pelbagai lagi sehinggalah ke projek Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu di Pekan ini," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap merasmikan Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu Kampung Padang Rumbia di sini hari ini.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Jawatankuasa Usahawan dan Koperasi Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar, Datuk Ishak Muhammad.
Mengulas lanjut, Najib berkata, melalui penghasilan pelbagai idea itu, ia membuktikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa melakukan transformasi.
"Ia bukti mengapa kerajaan hari ini terus mendapat sokongan rakyat meskipun dalam keadaan dunia tidak menentu seperti di Mesir yang berlaku apa yang dipanggil 'Arab Spring', tetapi di Malaysia kerajaan sentiasa melakukan transformasi," katanya.
Beliau dalam pada itu berkata, untuk menegakkan keadilan sosial, kerajaan akan memastikan hanya mereka yang benar-benar layak akan menerima rumah di bawah projek Pusat Komuniti Perumahan Bersepadu itu.
"Rumah yang kita berikan percuma ini bukan calang-calang kerana ia berkeluasan 1,000 kaki persegi dan dilengkapi dengan perabot dan sebuah tong gas memasak.
"Ini sebenarnya soal asas, yakni perumahan dapati disediakan oleh kerajaan untuk rakyat," katanya.
GR kata: Rakyat mula sedar segala transformasi yang dibuat adalah baik untuk rakyat. Pakatan Rakyat dah gegel & duk pikir apa benda yang nak "pusing" lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment