Sunday, January 15, 2012

TERKINI: MASJID DI PUCHONG MEDAN BERPOLITIK OSTAD PAS??


Ini kisah benar-benar GR lihat depan mata sendiri...Malam semalam GR singgah solat Maghrib di Masjid Al-Husna, Pusat Bandar Puchong. Selesai solat Maghrib ingat nak duduk sajalah di masjid tersebut sambil tunggu untuk solat Isyak. Selesai solat Maghrib masjid tersebut buat kuliah maghrib..GR pun dengarlah dan niat untuk dapat ilmu agama.

Dengar punya dengar...yelah kuliah agamakan mestilah kita seronok dengar untuk menambahkan ilmu agama dalam diri kita ni..Yelah GR pun bukan perfect sangat. Pada peringkat awal kuliah, ceramah yang diberikan oleh ustaz tersebut ok jerk..tapi bila agaknya dia dah panas...mulalah pulak isi ceramah Ustaz tersebut bertukar pada politik. "Jatuhkan pemerintahan zalim yang memerintah negara kita sekarang"...apa ni?? Dalam masjid (rumah Allah) boleh ker kita cakap yang macam ni???

Sekadar hiasan

Lepas tu..ada jugak masuk bab-bab blogger tanahair..GR tak nak sebutkan sapa di sini. Pada dasarnya seorang yang bergelar Ustaz mempunyai ilmu agama yang tinggi, bolehkah memberikan ceramah sedemikian rupa. Tidak kisahlah kita ni menyokong parti politik tertentu tapi GR nak tanya dalam masjid boleh ker cakap yang bukan-bukan apatah lagi berpolitik???

Rata-rata jemaah-jemaah di masjid tersebut GR lihat ramai yang kurang selesa...pandang satu sama lain mungkin sebab ceramahnya sampai jam 10mlm..lepas tu baru solat Isyak..GR terdengar salah seorang jemaah yang khusyuk dengar ceramah tersebut kata "Tak per solat dilewatkan banyak pahala sebab dengar ceramah agama"..Mana dia belajar ek?? Astagfirullah Hal'azim...

Selesai solat Isyak, GR pun tanya kawan GR yang berniaga burger berdekatan dengan masjid tersebut, kawan GR cakap "masjid ni selalu ceramah-ceramah politik ni"....macacam mana tu?? GR mohon pihak JAIS pantau perkara ini agar jangan ada pihak tertentu menggunakan masjid / surau untuk kepentingan peribadi mereka.

GR kata: Dr. Hassan Ali dah kena pecat...ntah apa la jadi masjid / surau di Selangor ni???

No comments:

Artikel pelbagai