Thursday, January 19, 2012

BERITA BAIK: SARA 1MALAYSIA - PRODUK YANG BAIK UNTUK RAKYAT!!!


KUALA LUMPUR 12 Jan. – Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) akan diuruskan oleh syarikat tujuan khas (SPV), Malaysian Development Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Syarikat tujuan khas tersebut akan menjamin pelabur Sara 1Malaysia, skim khas untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman berkata, jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah.

Permohonan untuk Sara 1Malaysia akan dibuka mulai 30 Januari dan layak untuk pemohon dengan pendapatan kasar antara RM500 hingga RM3,000 sebulan.


Skim berkenaan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.


Sara 1Malaysia ini akan dikendalikan oleh PNB.

Malaysian Development Holdings Sdn Bhd akan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. – BERNAMA

GR kata: Lagi satu idea yang baik dari Kerajaan untuk golongan rakyat yang berpendapatan rendah. TAHNIAH YAB PM!!! Terima kasih kepada Kerajaan yang sentiasa membela nasib rakyat.

No comments:

Artikel pelbagai