
Pernahkah kita berterima kasih kepada Polis berbaju putih ini? Pernahkah kita befikir sejenak akan tugas mereka yang berisiko tinggi kadang kala melibatkan keselamatan malah nyawa mereka sendiri? Pernahkah kita cuba untuk merasai detik nadi mereka akan tanggungjawab yang diberikan pada mereka? Pernahkah kita berfikir sejenak?
Perkara biasa rata-rata masyarakat kita kurang untuk berterima kasih kepada mereka ini. Malah cacian dilemparkan pada mereka ini. Ini adalah tanggungjawab yang mereka jalankan amat tegas tanpa berkompromi dengan sesiapa pun. Pada anggota Polis trafik yang tidak melaksanakan tanggungjawab dengan amanah itu adalah salah diri mereka sendiri kerana tidak bersyukur dengan rezeki yang mereka dapat.
Kenapa kita selalu marah bila berhadapan dengan Polis trafik? Adakah mereka sengaja untuk mencari kesalahan kita? Atau kita betul-betul langgar kesalahan jalan raya. Hal ini GR serahkan pada korang semua, tepuk dada tanyalah hati. GR sendiri pun kadang-kadang termaki Polis trafik ini disebabkan tak mahu kena saman walaupun kesalahan langgar lampu isyarat merah.
Kenapa masih ada masyarakat menghina mereka seperti ini?
Apa pun kita sebagai masyarakat yang menggunakan jalan raya sepenuhnya harus berterima kasih kepada mereka ini. Harus menghargai mereka ini, pengorbanan yang mereka lakukan amat besar untuk kita semua.
Lihat kiriman email di bawah dan fikir-fikirkanlah:

Tahniah kepada anggota Polis Trafik yang sanggup membantu dengan ikhlas kepada pengguna jalan raya yang ditimpa kesusahan. Perbuatan ini harus dijadikan teladan pada kita semua. Terima kasih GR ucapkan pada anggota Polis Trafik kerana sentiasa menjaga penjalanan jalan raya jadi lancar.
GR kata: Apa pun kerja kita buat, harus jujur dan amanah.




