Tuesday, May 14, 2013

TERKINI: ANWAR IBRAHIM TENGOK SYOK "BERSHOPPING" DI SABAH DAN SARAWAK..! BELI APA TU..??


GR nak tanya, korang ingat lagi tak cerita "16 September" dan "I've got the numbers"? Alaaa.. cerita masa Anwar nak "beli" Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak lepas PRU ke-12 dulu tu... Ingat lagi tak? Ingat kan..??

Untuk pengetahuan korang, menurut sumber PKR Pusat ibu pejabat Tropicana, cerita tu dikatakan tengah berulang sekarang ni... Betul atau tidak, GR dapat tahu bahawa Anwar dan DAP tengah aggresif giler nak beli Ahli Parlimen BN dari Sabah dan Sarawak sekarang ni...

Dulu pada tahun 2008, BN ada 140 kerusi, lebih 29 kerusi parlimen untuk form simple majoriti government. Masa tu Pak Lah berkuasa. Haaa.. time tu la Anwar kata dia nak beli lebih 30 orang Ahli Parlimen BN...

Masa tu, dia suruh "pencacai" dia kejar rombongan Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak yang melawat oversea. Kejar punya kejar, Anwar gagal beli Ahli Parlimen tu. Maka teruklah Anwar ditaruk akibat kebodohannya. Dia pikir orang BN ni pengkhianat macam dia, kot? Keh keh keh...

Dan sekarang ni dia hanya perlu beli 22 Ahli Parlimen BN untuk jadi PM ke-7! Gerakan telah dibuat khabarnya sekarang nie depa dok dalam proses tawar menawar pada Ahli Parlimen BN yang sesuai...

Sumber rapat dari PKR ini juga beritahu, kali ni dia nak beli lebih dari 22 orang sebab dia target nak form 2/3 majoriti di Parlimen. Bila ada 2/3 majoriti, maka dia ada kuasa untuk bawa masuk Singapore ke dalam Malaysia kembali.

Kalau Anwar dan DAP berjaya tarik Singapore masuk ke Malaysia, maka Pakatan Haprak akan dapat kerusi tambahan lebih kurang sebanyak 80 kerusi beb! Masa tu, jangan harap la orang Melayu Muslim atau BN nak rampas balik Malaysia ni. Depa akan jajah Malaysia selama-lamanya!

Amacam? Suka tak kalau jadi macam tu? GR nak tanya, korang dah sedia ke kalau jadi macam tu? Tu laaaa.. bila UMNO ajak PAS bersatu dalam BN, Nik Aziz nak ludah UMNO. Orang hulur tali silaturrahim, Nik Aziz balas dengan ludahhhh...macam ni ke sikap seorang yang dipanggil Ulama'..??

Macam tu ke Islam dalam PAS? GR rasa tidak...PAS tak begitu. Nik Aziz sorang saja yang perangai macam tu kot? Orang PAS lain khususnya macam Datuk Dr Harun Din, Harun Taib, Ustaz Nasha dan Nasruddin Hasan Tantawi tak macam tu kot....

Takpalah. Nik Aziz dah "step down" dah tu. Hadi kena main peranan balik ni. Dia kena naikkan balik maruah PAS yang dipijak DAP dan PKR selama ni. Takkan la nak terus tengok PAS jadi keldai kot? GR sebagai saudara seagama Islam, tak sanggup tengok jadi macam ni beb...

Fikir-fikirkan la yer...GR tak paksa korang setuju. Tapi korang fikirkanlah yang mana lebih penting demi masa depan agama, bangsa dan negara yang kita cintai.



GR kata: Jangan dah tersepak tangga baru nak sedar, macam tu mimpi jelah yer!!

TAHNIAH! KAPT JAMES HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI MATA DUNIA! @NajibRazak @Zahid_Hamidi

SUBANG - Juruterbang negara, Kapten James Anthony Tan, 21, berjaya memecah rekod dunia sebagai juruterbang termuda mengelilingi dunia secara solo menggunakan pesawat Cessna P210 Eagle dalam tempoh 48 hari.

Pencapaian itu dilakarkan melalui program 1Malaysia Mengelilingi Dunia (1MRTW).

Ia mendapat pengiktirafan World Guinness Book of Record dan World Record Academy.

James mencipta rekod mengelilingi dunia sejauh 20,597 batu nautika (38,146 kilometer) meliputi 20 buah negara sejak 28 Mac lalu.

Ketibaan beliau di destinasi terakhir di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di sini hari ini disambut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - KOSMO

GR kata: Orang muda harumkan negara...tak macam ada orang tua tu sibuk pukul canang busukkan nama Malaysia..!!

DALANG PENCEROBOHAN #LahadDatu DIKENALPASTI! KEBENARAN TERJAWAB JUGA AKHIRNYA..!!


Affidavit Pendakwaan - Anwar, Misuari dan Kiram plaintiff dituntut tindakan khas undang-undang Malaysia agar hukuman setimpal dijatuhkan untuk mereka sebagai menuntut bela ke atas kematian anggota keselamatan dan keamanan yang terkorban.

Kronologi pencerobohan Lahad Datu:

16.7.2012 - Anwar jumpa Nur Misuari secara rahsia dan berasingan. Pertemuan melebihi 1 Jam.

17.7.2012 - Anwar sekali lagi bertemu Nur Misuari. Pertemuan kurang 1 Jam.

18.7.2012 - Sehari kemudian, Anwar membayar Lajim RM20 Juta untuk tinggalkan UMNO. Imbas semula pada tahun 1994, Anwar membayar Lajim RM3 juta supaya tinggalkan PBS.

12-13.10.2012 - Anwar ke Lahad Datu, turut mengadakan pertemuan dengan Kumpulan Kiram.

18.10.2012 - Anwar sekali lagi menemui Nur Misuari! Pertemuan kali ini sangat serius dan fokus.

2.11.2012 - Anwar mula membuat "spin" dengan lagu "SABAH NAK HILANG, NAJIB GOYANG."

1.12.2012 & 7.12.2013 - Anwar sekali lagi mempengaruhi minda rakyat dengan lagu "SABAH NAK HILANG, NAJIB GOYANG."

17.1.2013 - Kapal Perang USS Guardian berlabuh secara sulit di Laut Sulu.

29.1.2013 - Anwar meyakinkan rakyat Malaysia "SABAH DAH HILANG, NAJIB GOYANG."

7.2.2013 - ANWAR menghantar Tian Chua & R. Sivarasa ke Manila. Mereka turut membawa dan menguruskan sejumlah wang. Pergerakan mereka diintip oleh Philipine Military Intelligence. Anwar turut berjumpa sekali lagi Nur Misuari, pertemuan Anwar dengan Nur misuari direkod dan diambil gambar oleh Philipine Military Inteligence.

8.2.2013 - Sebelum mendarat di Lahad Datu, pengganas-pengganas Kiram memberikan sejumlah wang yang banyak kepada keluarga masing-masing selepas mereka dibayar-upah oleh seseorang. Mereka meneka istilah Individu Penting Pembangkang Malaysia, ianya merujuk kepada Anwar Ibrahim.

9.2.2013 - Pendaratan pertama Pengganas-pengganas Kiram, selepas kedatangan Tian Chua dan R.Sivarasa pada 7.12am 2013.

– Pada hari yang sama juga, Tian Chua dan R. Sivarasa mendarat di KLIA.

12.2.2013 - Pencerobohan Lahad Datu berlaku di mana kira-kira 150 orang bersenjata berpakaian tentera menceroboh masuk ke Felda Sahabat, Lahad Datu.

16.2.2013 - Nurul Izzah Anwar memperlekeh Anggota Keselamatan.

19.2.2013 - Pengganas Kiram menaikkan bendera Kiram di sekitar Kg. tandou dan Kg. Tg. Batu di Lahad Datu.

- Pada hari yang sama, di Kuala Lumpur, Tian Chua dan R. Sivarasa mengadakan Press Conference mengenai Filipina dan Sandiwara Umno.

- Kematian mendiang P Balasubramaniam (bekas anggota polis cawangan khas yang kemudian menjadi penyiasat persendirian) ada kaitan dengan pencerobohan lahad datu sabah yang cuba membocorkan rahsia sulit Anwar Ibrahim.

28.2.2013 - Pengganas Kiram dimaklumkan Parlimen akan dibubarkan, SERENTAK dengan itu juga serangan dimulakan ke atas pasukan keselamatan kita.

- Anwar berharap dengan "peperangan" yang meletus di Lahad Datu, kerajaan akan mengisytiharkan Darurat di Sabah. Anwar berharap PRU13 hanya akan diadakan di Semenanjung.

- Pada hari yang sama Anwar menyanyi dengan gembira lagu "SABAH DAH HILANG, NAJIB PUN HILANG"

1.3.2013 - Inqurer.Net, The Manila Times, Reuters, Kedutaan Amerika di Manila dan Wikileaks menyebut "Tokoh Pemimpin Pembangkang" lebih jelas "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu. Mereka diberitahu oleh Philipine Military Intelligence!

– Pada hari yang sama, Tian Chua mengatakan kes di Lahad Datu SANDIWARA UMNO!

2.3.2013 - Insiden tembak menembak di Kampung Simunul di Semporna di mana enam anggota polis terkorban dan enam lagi penceroboh terbunuh.
Seorang lagi penceroboh bersenjata, yang dikenal pasti oleh penduduk kampung sebagai seorang imam, juga dibunuh di Kampung Sinalang Lama oleh penduduk kampung selepas dia cuba menjadikan mereka sebagai tebusan.

3.3.2013 - Polis menyelamatkan mereka yang terperangkap dan mengambil mayat.

4.3.2013 - Media Antrabangsa ABS.CBN melaporkan Pengganas Kiram sebenarnya diundang oleh "Tokoh Pembangkang" lebih tepatnya ialah "Anwar Ibrahim"!

5.3.2013 - ”Ops Daulat” dilancarkan.

6.3.2013 - Seorang pengganas bersenjata ditembak mati.

7.3.2013 - Anwar membayar Azlan Mohd. Lazim supaya memohon maaf kepadanya dan menyertai PKR. Anwar menguruskan hal ini melalui Johari Abdul.

- Nur Misuari dalam FB nya menyatakan Kegembiraannya, Azlan Mohd. Lazim memohon maaf kepada Anwar!

8.3.2013 - Jeneral Raja Muda Azzumuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan di Sabah terbunuh bersama 31 anggotanya dalam pertempuran di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

9.3.2013 - Sultan Sulu Jamalul Kiram III memohon gencatan senjata secara unilateral susulan kematian sejumlah pengikutnya di tangan pasukan keselamatan Malaysia di pantai timur Sabah bagi mengelak lebih banyak kematian. Malaysia menolak gencatan senjata unilateral Sultan Jamalul Kiram III dan menuntut supaya pengikutnya di Kampung Tanduo, Lahad Datu menyerah diri tanpa syarat.

10.3.2013 - Ejen kami seorang Palaut yang terlatih, memaklumkan kepada kami bahawa Pengganas Azumudie sudah mati ditembak pengawal elitnya atau 4 orang askar MNLF.

- Sebuah lagi Media Internasional, Global Research mendedahkan "Anwar Ibrahim" dalang di sebalik Pencerobohan di Lahad Datu!

11.3.2013 - Pasukan tentera Filipina berjaya menangkap 38 Pengganas Kiram yang melarikan diri dari Lahad Datu, bersama-sama Senjata M16, senapang patah, pistol dan senjata tradisonal seperti parang dan pisau bersama sejumlah wang yang besar.

12.3.2013 - Wikileaks sekali lagi mendedahkan "Anwar Ibrahim" terlibat dalam Pencerobohan di Lahad Datu.

13.3.2013 - Azmin Ali Mengakui Anwar memang ada menghubungi Nur Misuari!

15.3.2013 - PKR menyatakan sokongan kepada Harry Roque mengadakan Protes di Kedutaan Malaysia di Manila.

16.3.2013 - Setiausaha Luar Filipina mengesahkan mereka mempunyai Bukti Kukuh penglibatan Anwar Ibrahim dalam pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu!

20.3.2013 - Akhirnya, tidak tahan dengan pendedahan demi pendedahan, Anwar mengaku ada menemui Nur Misuari !

21.3.2013 - Pengganas Kiram didakwa di Mahkamah Tawau. Beberapa Pengganas Kiram menyatakan kepada Mahkamah mereka Diupah, Dibayar, Dijanjikan kedudukan, tanah dan bayaran.

22.3.2013 - Ejen Palaut kami di Kunak, Lahad Datu dan Semporna menyatakan Keluarga Pengganas Kiram di Filipina menuntut Ganti Rugi dari "Tokoh pembangkang Malaysia", lebih tepat "Anwar Ibrahim.".

24.3.2013 - Panglima tentera Sulu yang ditangkap bersama isterinya di Semporna ialah Datu Amir Bahar Hushin Kiram yang juga menteri pertahanan Sulu bertindak sebagai panglima yang memberi arahan sepanjang pencerobohan.

25.3.2013 - Seorang pengganas Sulu ditahan selepas
menyerah diri ketika terserempak dengan pasukan keselamatan yang menjalankan operasi penggeledahan di Tanjung Batu.

26.3.2013 - Balu-balu anggota keselamatan masih bersedih kematian suami mereka.





GR kata: Siapa makan cili dia yang rasa pedas!! Amek kawwww...

ANWAR SEMBANG LEBIH, DENGAN PM @NajibRazak PUN TAKUT!!


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau bersedia menerima sebarang keputusan mahkamah sekiranya Pakatan Rakyat membawa ke mahkamah kes yang didakwa sebagai penipuan dalam keputusan pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, sehingga hari ini, tiada sebarang bukti sahih yang dibawa oleh Pakatan mengenai dakwaan penipuan keputusan pilihan raya tersebut.

“Mereka menggembar-gemburkan satu pembohongan dalam media sosial dan cerita yang dibawa dari mulut ke mulut. Mengenai “blackout” di satu kawasan yang dikatakan sebagai cara untuk menipu dalam pilihan raya, walhal senarai daftar pemilih ada dalam tangan mereka, setiap pusat pengundian ada agen yang menyaksikan proses.

“Sehingga akhirnya, belum ada bukti sahih mengenai penipuan yang dijalankan. Maka, kalau ada satu dua kes, bawalah ke mahkamah. Mahkamah akan tentukan dan kita sanggup menerima apa jua keputusan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis sambutan ulangtahun ke-67 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

Turut hadir ialah mantan perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan isteri Tun Siti Hasmah Mohd Ali.

Selain itu, Najib juga menggesa Pakatan untuk mengemukakan bukti tentang dakwaan wujudnya usaha untuk mengimport 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi dalam pilihan raya lalu.

Beliau juga berkata, sebagai sebuah parti yang sebelum ini kerap melaungkan tentang demokrasi, Pakatan sepatutnya menerima keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat Malaysia sendiri.

“Yang anehnya mereka yang banyak bersuara tentang demokrasi yang menyatakan rakyat yang menentukan segala-galanya, setelah pilihan raya berakhir enggan menerima keputusan demokrasi parlimen yang ditentukan rakyat Malaysia sendiri.

“Pelbagai alasan diberikan kononnya telah berlaku penipuan dalam pilihan raya. Mereka bawa cerita kononnya kita import 40,000 mat bangla untuk mengundi.

“Saya nak tanya, kalau nak bawa 40,000 mat bangla, sebuah (kapal terbang) Jumbo muat seramai 400 dan bererti 100 buah Jumbo terpaksa mendarat di lapangan terbang. Saya nak tanya pada pembangkang, tunjuk di mana ada 100 buah jumbo yang mendarat di lapangan terbang,” katanya lagi.


GR kata: Mana Rafizi? Mana Nurul Izzah yer..?? Hi hi hi....

KABINET MALAYSIA 2013 - @NajibRazak MASIH ZIP MULUT


Najib Tun Razak benar-benar ‘zip mulut’ pasal barisan Kabinet kerajaan Pusat yang dijangka diumumkan minggu ini.

Ini membuka ruang pelbagai spekulasi siapa akan dilantik Najib bagi membantu beliau memantapkan kerajaan penggal kedua beliau bergelar Perdana Menteri.

Dengan lapan menteri dan lima timbalan daripada Kabinet lalu yang tewas dan tidak tersenarai sebagai calon pada PRU 13, sekaligus memberi ruang kepada Najib melantik ramai muka baru dalam kerajaan.

Barisan Menteri yang pasti tiada dalam senarai itu Datuk Seri Dr Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, Datuk Seri Kong Cho Ha, Datuk Seri Chor Chee Heung, Tan Sri Bernard Dompok dan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Timbalan Menteri yang tewas pula ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Dr Mohd Puad Zarkashi, Datuk S K Devamany, Datuk Liew Vui Keong, Datuk Tan Lian Hoe dan A Kohilan Pillay.

Bagaimanapun beberapa daripada mereka yang tewas dijangka dilantik sebagai senator bagi membolehkan tersenarai dalam barisan Kabinet.

Antaranya Mohd Fuad yang sebelum ini adalah timbalan Menteri Pelajaran.

Bagi pemimpin dari MCA dan Gerakan pula, Najib dijangka menawarkan jawatan Senator walaupun parti berkenaan sudah memutuskan menolak sebarang perlantik ke Kabinet ekoran prestasi hambar kedua-dua parti dalam pilihan raya 5 Mel lalu.

Selain mengekalkan beberapa muka lama yang menang, Najib dijangka melantik beberapa muka baru antaranya Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan P.Kamalanathan.

Ahli Parlimen Rembau, Kota Belud dan Hulu Selangor itu diakui cukup menyumbang kepada kerajaan ketika mereka menjadi ahli Majlis Parlimen Malaysia  (BNBBC) pada penggal parlimen lalu.

Namun, ada pihak bimbang ketiadaan mereka kelak menyebabkan kurang suara-suara lantang yang akan menyokong dan mempertahankan kerajaan di Dewan Rakyat tambahan pula berdepan barisan pembangkang yang lebih ramai dan bertenaga pada kali ini.

BNBBC tentunya bergantung kepada muka-muka baru antara seperti Ahli Parlimen Kepala Batas ,Datuk Seri Reezal Merican dan Ahli Parlimen Baling Datuk Azeez Rahim.

Turut jadi tumpuan perlantikan Kabinet itu adalah kedudukan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang tewas pada PRU lalu.

Abdul Ghani khabarnya akan dilantik penasihat bertaraf Menteri bertanggungjawab menjaga Koridor Selatan sama jawatan pernah diberikan kepada Bekas Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebelum ini menerajui Koridor Utara.

Mohd Ali pula disebut-sebut sebagai Menteri Pelancongan atau Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar memandangkan kejayaan beliau menjadikan Melaka negeri yang dikagumi pelancong antarabangsa.

Ada juga yang ramal Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kembali ke Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. 

Najib juga tidak boleh mengenepikan ahli Parlimen Pendang Datuk Othman Abdul yang berjaya menewaskan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu begitu juga Shahidan yang menenangi kerusi Parlimen Arau menewaskan Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Haron Din.

Jika Kementerian Pembangunan Usahawan diujudkan semula seperti desakan sesetengah pihak, Othman dan Shahidan dijangka mengisi jawatan itu memandangkan mereka cukup sininom dengan MARA sebelum ini.

Nama lain turut disebut-sebut diberikan jawatan berkenaan adalah Datuk Idris Jusoh.

Satu lagi nama yang turut jadi perhatian ialah Datuk Johari Baharom yang sebelum ini Timbalan Menteri.

Dikalangan muka-muka lama, dijangka berlaku pertukaran portfolio babitkan Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek kemungkinan menggambil alih Kementerian Pengajian Tinggi yang dikosongkan Datuk Seri Khaled Nordin yang dilantik Menteri Besar Johor.

Datuk Seri Ismail Sabri dijangka ke Kementerian Penerangan atau Pelancongan.

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein juga dijangka bertukar kementerian manakala Datuk Seri Zahid Hamidi kemungkinan kekal memandangkan usaha kerajaan mengukuhkan soal keselamatan di Sabah.

Bekas Menteri Dalam Negeri itu disebut-sebut akan bertukar ke Kementerian Luar Negara manakala Datuk Seri Hanipah Aman ke Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Apapun pengganti Hishammuddin perlu pemimpin tegas dan tidak mustahil Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri turut menjaga Kementerian Dalam Negeri.   

Pembentukan Kabinet Najib pada kali ini dijangka memberi lebih ruang kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak memandangkan ‘kesetiaan’ parti-parti komponen BN di kedua negeri itu membantu BN menang 133 kerusi baru-baru ini.

Dalam barisan Ahli Parlimen wanita pula Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) disebut-sebut mungkin kembali semula ke Kabinet.

Beliau pernah menjadi menteri Belia dan Sukan dan Menteri Pelancongan.

Ahli parlimen Tenggara Halimah Mohamed Sadique  dan Datuk Azizah Mohd Dun (Beaufort) dijangka dilantik timbalan.

Juga teka teki samaada Datuk Noriah Kasnon yang sebelum ini Timbalan Menteri akan dinaikan pangkat jadi menteri penuh atau tidak.

Najib yang mempunyai kuasa prerogatif menentukan barisan Kabinet 2013 pastinya mahu kumpulan yang mampu meneruskan agenda transformasi dan memantapkan soal perpaduan kaum ekoran tsunami undi Cina pada PRU baru-baru ini.

Untuk itu, dua orang menteri dijangka dilantik bagi tugas-tugas khas menjaga kepentingan masyarakat Cina dan India di bawah Jabatan Perdana Menteri.
   
Mereka yang dipilih dijangka diumumkan Rabu dan majlis mengangkat sumpah jawatan pula Khamis ini. Sehingga pengumuman rasmi itu, ianya terus jadi debaran. - AgendaDaily


GR kata: Menteri KDN perlu seorang yang tegas dan berani buat keputusan, jangan asyik bagi nasihat jer yer...

Artikel pelbagai