Tuesday, April 23, 2013

#PRU13: SAYA JANJI BERIKAN KESELESAAN TERBAIK UNTUK RAKYAT SETIAWANGSA - AHMAD FAUZI


Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari berjanji akan meneruskan legasi kecemerlangan BN dalam menyediakan kemudahan-kemudahan asas demi keselesaan penduduk kawasan itu.

Segala usaha dan program yang telah dirancang penyandang kerusi Parlimen tersebut, Datuk Seri Zulhasnan Rafique juga akan diteruskan.

"Saya juga yakin dan percaya pengundi-pengundi akan terus memberikan sokongan kepada parti walaupun saya merupakan muka baharu," - Ahmad Fauzi




GR kata: Jiwa orang Setiawangsa dari dulu memang BN. Vote BN!

MEREKA INI LAYAK DIPANGGIL APE? DAYUS, GILA KUASA? @NajibRazak #PRU13


Pilihan Raya Umum kali ini banyak tercetusnya sejarah, keputusan yang amat mengejutkan semua pihak selepas proses penamaan calon pada 20 April 2013. Adakah ini suatu fenomena yang bakal merubah negara ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Sama-sama kita fikir dan lihat, paling penting pengundi perlu membuat keputusan yang bijak pada 5 Mei 2013.

Artikel kali ini GR ingin meluahkan kekesalan dengan sikap bangsa Melayu sendiri. Sebagai contoh kita ambil senario di Bdr Tun Razak. Apakah ikrar dan bai'ah yang mereka pikul selama ini hanya mainan dibibir saja? Sejak beberapa tahun yang lepas sepakat gah sana sini untuk usir Khalid Gagap dari Bdr Tun Razak. Kenapa perlu ingkar dengan keputusan pucuk pimpinan yang meletakkan calon yang bukan pilihan mereka?

GR tidak ingin menyebut siapa nama-nama mereka ini, korang tengok gambar di atas dan mungkin ramai yang kenal. Apakah perjuangan mereka selama ini semata-mata untuk parti? Benarkah mereka ini perjuangkan nasib orang Melayu di Bdr Tun Razak? Benarkah perjuangan mereka ikhlas atau ada pihak lain yang 'CUCUK JARUM' untuk memecahbelahkan bangsa sendiri? Tepuk dada tanyalah hati.

Rakyat BTR masih sayangkan PM Najib

Betullah kata-kata Tun M..."Melayu Ini Mudah Lupa". Bila mereka sudah mula mempunyai kuasa dan sebagainya mereka lupa dengan kisah mereka dan apa yang mereka kecapi selama ini. Pada calon Bebas BTR dengan logonya Perahu..apakah maksud disebalik perahu itu? Adakah perahu itu boleh membawa nasib rakyat Bdr Tun Razak yang berbilang kaum terjamin masa depan mereka? Jika ditakdirkan anda menang, bagaimanakah anda mahu membela nasib rakyat sedangkan diri sendiri pun cukup sempurna dari segi keperluan peribadi kita?


 Pada pandangan GR ini bukannya suatu kejutan yang besar di Bdr Tun Razak. Seharusnya keputusan yang dibuat oleh PM Najib adalah yang terbaik untuk rakyat. PM Najib pun kata "Saya lebih risaukan kekecewaan rakyat". Adakah sebab mereka ini protes pada parti yang mereka naungi selama ini atas dasar ikhlas atau ada udang sebalik batu?

#Fakta yang disembunyikan Mohd Sukeri Abdul Samat :

1. Tidak puas hati kerana PM Najib Razak meletakkan calon di Bdr Tun Razak bukan dari 'pilihan mereka'.

2. Takut dikatakan hilang maruah dan kalah PRU13 kerana calon yang PM Najib letak bukan pilihan rakyat Bdr Tun Razak.

3. Mendakwa kononya peluangnya cerah kerana terlalu memberikan perkhidmatan yang terbaik pada rakyat Bdr Tun Razak selama ini.


4. Mohd Sukeri berasa dirinya bakal mendapat sokongan kuat tanpa ada jentera parti yang membantu sedangkan dia tahu tanpa jentera parti yang membantu sudah pasti dia sukar untuk menang hanya mengharapkan undi simpati terhadapnya semata-mata.



Pandangan GR senang saja, jika selama 5 tahun ini Khalid Gagap menjadi Ahli Parlimen Bdr Tun Razak tiada sebarang perkhidmatan dan pembangunan yang dibuat, kenapa perlu berikan sokongan pada dia. Penamaan calon pun tak berani nak tunjuk muka. Makan pasir lagilah korang lepas nie.

Pada rakyat Bdr Tun Razak, buatlah keputusan yang bijak. Usah dilayan mereka yang tunjuk protes dengan bertanding BEBAS. Lihat parti mana yang selama ini membantu korang selama 5 tahun ini. Pelbagai bantuan yang diberikan untuk korang, adakah calon BEBAS ini yang berkhidmat untuk Bdr Tun Razak. Mereka ini GR gelarkan "Hanya pandai bermain dibibir"....perangai lebih kurang sama macam Anwar Ibrahim. Nasib rakyat tergadailah jawabnya!!


GR kata: Banyak duit Sukeri bertanding PRU13 yer. Datang mana duit tu semua yer?? Jeng jeng jeng...Perahu ke laut jawabnya!!

Monday, April 22, 2013

PENCACAI PKR HATI BUSUK TAK TAU BERSYUKUR, MAKAN DEDAK LAGI BAGUS! @Zahid_Hamidi #PRU13


Hari berkempen PRU13 telah masuk hari ke 2, semakin rancak ke semua parti politik bertanding melakukan kempen mereka. Bukan itu saja, ada calon yang dilantik telah lama buat kerja tidak kira masa walau sesibuk mana sekali pun. Ada juga calon yang baru sibuk nak turun padang jumpa dengan pengundi bertanyakan khabar dan juga memberikan bantuan pada mereka.

Apa yang ingin GR sampaikan korang lihat posting gambar yang diambil di Facebook pencacai pakatan nie. Nak cuba manipulasi fakta sebenar dengan mengatakan pemberian beras dan wang RM100 adalah rasuah DS Zahid Hamidi pada pengundi Bagan Datok.

Bila GR lihat posting di atas, gambar tersebut diambil dari seseorang pengundi yang hadir dalam majlis yang diadakan oleh BN Bagan Datok. GR nak tanya ambil atau paksa ambil...atau pun pencacai ini yang dengan muka tak malu turut serta dalam majlis yang diadakan?


Pada King Jason, tak payah nak berdrama tabur fitnah sana sini. Propaganda murahan yang kome buat. Rakyat Bagan Datok tak layan. Sumbangan beras dan wang RM100 ini diberikan pada mereka yang dilantik sebagai JENTERA BN Bagan Datok. Apa salahnya jentera yang setia pada BN Bagan Datok dan pemimpin kesayangan mereka diberikan tugas dan dihargai. Ada ker orang buat kerja bodoh tak ada gaji. Kerja apa yang buat kerja tak ada gaji? King Jason boleh jawab tak??

Apa yang calon PKR yang bertanding di Parlimen Bagan Datok buat? Meludah sana sini saja ker? Apa sumbangan Mahdi Hassan untuk Bagan Datok? Orang Bagan Datok kenal ker Mahdi Hassan?



Jentera BN Bagan Datok

Hampir separuh rakyat di Bagan Datok adalah Jentera BN. Mereka berikan sokongan penuh pada DS Zahid Hamidi dan berjanji akan berikan kemenangan besar untuk Parlimen Bagan Datok serta DUN Rungkup dan DUN Hutan Melintang. Sebab inilah pencacai pakatan pening kepala so diadakan fitnah kononnya Zahid Hamidi bagi rasuah pada pengundi.




Pada pencacai pakatan, cubalah tanamkan rasa bersyukur dengan pemberian yang Allah SWT berikan pada kita tak kira melalui siapa pun. Jangan jadi BODOH. Pada King Jason, GR tau hangpa dapat bantuan dan jangan segan silu untuk bantu BN sebab hang dah dilantik sebagai JENTERA BN di Bagan Datok. Jentera BN yang dilantik sudah tentu tugas yang diberikan pada mereka akan dipikul dengan penuh tanggungjawab. Jangan mimpi pakatan haprak nak rampas Bagan Datok, kesemua jentera BN mereka setia pada DS Zahid Hamidi.


GR kata: Perghhhh...23ribu Jentera BN. Jentera Pakatan bape kerat? Hi hi hi

Sunday, April 21, 2013

JENG JENG!! KEMBAR ANWAR DIDEDAHKAN, SAMA TAPI TAK SERUPA? #PRU13


Beberapa bulan yang lepas GR ada keluarkan artikel berkenaan permainan jahat Anwar Ibrahim yang bersangkut paut demi capai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Sanggup gadaikan diri sendiri kononnya ditembak dan kita semua dah tau siapa yang beliau akan salahkan. Baca DI SNI

Sebelum ini GR ada menyatakan dalam artikel tersebut perancangan jahat Anwar Ibrahim akan ANGKAT SUMPAH dengan menyatakan beliau "Tidak" melakukan apa yang rakyat lihat sebelum ini. Persoalannya BERANIKAH BELIAU UNTUK BERMAIN DENGAN HUKUM HAKAM ALLAH S.W.T?

Dalam pada itu juga pendedahan yang dibuat oleh blog Pisau yang menerangkan lagi perancangan licik Anwar berkenaan video China Doll nya. Cuba ingin menutup keaiban diri sendiri tapi BODOH kantoi balik kena batang hidung sendiri.


Dalam artikel Pisau sebelum ini ;-

8. Akan mendedahkan muka mirip kepada Anwar dari Thailand dan akan mendedahkan lelaki itu dibayar oleh Umno untuk melakonkan aksi seks,menurut sumber dalam PKR Talent Scout dan Acting Coach telah dibayar ratusan ribu ringgit untuk mencari lelaki mirip Anwar,perancangan yang dibuat sejak tahun lepas telah berjaya.Ketika PRU13 Anwar akan mendedahkan sebelum penamaan calon atau sehari selepas penamaan calon.Malah Anwar turut akan bersumpah di Permatang Pauh nanti. – Selanjutnya klik sini

Pada malam tersebut menurut sumber, Anwar akan menampilkan seorang pelakon warga Thailand yang menyerupai diri beliau,untuk menyakinkan para pengundi Permatang Pauh, lelaki tersebut akan mengaku bahawa beliaulah lelaki yang ada dalam video video klip sex sepertimana yang didedahkan sebelum ini. Lelaki Thailand ini juga dalam perancangan Anwar akan membuat pengakuan kononnya telah menerima sejumlah bayaran dari beberapa tokoh politik dari Umno dan BN.

Jiji sungguh politik Anwar, dek kerana gilakan kuasa dan takut kalah dalah PRU13 ini cuba untuk menutup kesalahannya. Takut untuk bersumpah tapi cara BODOH ini yang dibawa oleh pencacai Anwar iaitu Chegu Bard ternyata makan diri sendiri.

Korang tengoklah sendiri gambar di atas, sama atau tidak rupa lelaki ini dengan Anwar Ibrahim. Anwar cuba dolak dalih nak tutup kisah sebenar beliau makan diri sendiri. Apa sebab lelaki kembar tersebut ditangkap? Takkan ini pun sandiwara UMNO? Korang yang kononnya tahu siapa lelaki tersebut UMNO pulak yang dipersalahkan.

Anwar memang BODOH dan CETEK pemikiran anda. Rakyat dah tau dengan kelentong anda wahai Anwar Ibrahim. Tak payah nak pusing cerita....hadap jer lah keputusan 5 Mei 2013 nanti. Rakyat Permatang Pauh masih terima anda atau tidak. Kita tungguuuuuu....


GR kata: Perut lelaki ni tak buncit jugak ek? 

SENYUMAN GUAN ENG LAKONAN HEBAT BAPAK RACIST! #PRU13


Sehari sebelum hari penamaan calon, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng cuba menyala satu lagi api kebencian terhadap kerajaan, kali ini menjadikan Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai sasaran utamanya.

Guan Eng cuba menggambarkan kononnya ada komplot berlakunya untuk menafikan hak DAP bertanding pada PRU ke 13, meskipun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan ROS sendiri menegaskan tidak ada niat sebegitu.

Semalam ROS menyatakan ia tidak akan mengiktiraf Jawatankuasa Pusat Eksekutif DAP selagi parti itu tidak memberi penjelasan menyakinan berhubung kemelut pemilihannya pada Disember lalu.

Tiada masalah DAP bertanding PRU13

SPR dan ROS bagaimanapun menyatakan bahawa ketetapan ROS itu tidak memberi sebarang kesan kepada penyertaan DAP dalam PRU 13.

Guan Eng bertindak balas dengan menyifatkan langkah ROS itu adalah satu “kezaliman".

"DAP tidak akan terima begitu sahaja, kita akan lawan kezaliman ini. Kita akan tetap bertanding dalam PRU 13,” kata beliau.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai sabotaj terbesar terhadap DAP dalam sejarah penubuhan parti itu.

"Kita telah mendapat persetujuan PAS dan PKR untuk menggunakan logo mereka," tambah Guan Eng dalam cubaan terdesak menggembar-gemburkan perkara itu.

Ia taktik untuk meraih simpati, khususnya daripada pengundi Cina yang menjadi sandaran utama DAP.

Ia juga bertujuan menghasut pengundi untuk membenci kerajaan kerana kononnya “menzalimi” pembangkang.

Ini pendekatan yang sering digunakan oleh Guan Eng dan ayahnya Kit Siang.

Kenyataan jelas SPR dan ROS diketepikan sebaliknya pasangan anak-beranak melemparkan tuduhan yang tidak masuk akal.

ROS punya alasan kukuh, tidak iktiraf CEC DAP

ROS tidak dapat mengiktiraf CEC dalam DAP kerana parti itu meminda keputusan pemilihan tiga minggu selepas ia diumumkan.

Dalil Guan Eng adalah berlakunya kesilapan dalam pengiraan kertas undi yang perlu diperbetulkan.
Hasil penting daripada keputusan yang diubah itu adalah Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari dilantik menyertai CEC, setelah beliau dan tujuh ahli Melayu lain kalah pada hari pemilihan parti.

Sudah tentu pindaan dalam keputusan pemilihan akan mengundang siasatan daripada ROS, lebih-lebih lagi kerana akar umbi DAP sendiri mempertikaikan tindakan Guan Eng merestui pindaan keputusan itu.

Selagi siasatan tidak selesai dan DAP tidak memberikan penjelasan meyakinkan ROS tidak dapat mengiktiraf keputusan baru itu.

Tidak ada yang pelik mengenai tindakan ROS ini.

Pada masa sama ROS bersama SPR mengeluarkan kenyataan bahawa DAP masih parti berdaftar yang sah dan statusnya untuk bertanding pada PRU 13 tidak terjejas.

Malangnya isu itu cuba dijadikan modal politik oleh DAP dalam satu lagi cubaan untuk menutup kebenaran.


GR kata: Padan muka, kena batang hidung sendiri!

Artikel pelbagai