Monday, March 18, 2013

GEMPAR! HANYA DENGAR CERAMAH NIK AZIZ DAN AZHAR IDRUS BOLEH MASUK SYURGA!


Selama 22 tahun PAS memerinntah Kelantan apa yang diberikan untuk rakyatnya. Tiada apa sebarang pembangunan yang dibuat oleh Nik Aziz dan sekutunya. Sejak dari pemerintahan mereka di Kelantan, rakyat hanya disajikan dengan ceramah-ceramah Nik Aziz.

Boleh dikatakan negeri Serambi Mekah ini menyajikan ceramah kepada rakyatnya disetiap waktu. Bukan saja di surau atau pun masjid, di perhentian bas dan tempat awam pun disajikan dengan ceramah Nik Aziz. Adakah ceramah tersebut yang biasa kita dengar berlandaskan Islam sepenuhnya?

Jika ceramah tersebut berkisarkan Islam tak mengapalah kan, kita semua sememangnya dituntut untuk mempelajari Islam melalui cara yang betul. Tapi ceramah-ceramah Nik Aziz semuanya 'berfatwa politik' dan pelbagai mazhab yang diputarbelitkan demi kepentingan peribadi mereka sendiri.

Tak hairanlah, Kelantan sebuah negeri yang digelar serambi Mekah, di mana-mana saja peluang untuk masuk Syurga ditawarkan. Cepat dan mudah, cukup dengan hanya mendengar ceramah PAS tiket masuk ke Syurga mudah tercapai.

Terbaru, surat arahan telah dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu dengan arahan mengarahkan semua pasaraya di bandar tersebut WAJIB memasang ceramah PAS. Lihat di bawah :


Apa yang menariknya,tawaran masuk Syurga turut dijanjikan kepada mereka yang mendengar CD ceramah PAS. Malah amaran turut diberikan hanya CD Tok Guru Nik Aziz dan Ustaz Azhar Idrus sahaja yang dibenarkan.

PAS sanggup mempergunakan Islam kerana mereka yakin PRU13 nanti rakyat Kelantan akan berikan mandat semula kepada BN untuk memerintah negeri Kelantan. Lebih dahsyat lagi, pasaraya yang melanggar arahan ini akan dikenakan tindakan undang-undang dengan serta merta.

Pada rakyat Kelantan, bukalah mata dan minda anda semua. Janganlah terpedaya dengan temberang PAS yang mempermainkan Islam untuk kepentingan mereka. Jika mahukan suasana pelajaran sesat selama 22 tahun ini diberikan pada anda teruskan undi PAS dan kekalkan PAS pada PRU13 nanti.

Untuk pengetahuan semua, UMNO tak sanggup nak buat macam nie. Takut wooo nak jawab kat akhirat nanti.


GR kata: Nak masuk Syurga jom dengar CD ceramah Nik Aziz!!

Artis Nie Lebih Hebat Dari Ostajah Celop Abby! Malu La Weiii...!!


SETIAP kali ada perkembangan terbaharu berkaitan insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah pasti jantung Rafidah Ibrahim berdegup cepat.

Paling dibimbangi sekiranya terdapat berita membabitkan kehilangan nyawa di kalangan pasukan polis dan tentera bertugas mempertahankan kedaulatan negara di situ.

Baginya bilangan 10 nyawa wira negara yang gugur di medan juang sudah cukup banyak. Dan penyanyi yang menyanyikan semula lagu Apo Kono Eh Jang ini selalu berdoa supaya jumlah kehilangan perwira itu tidak bertambah.

Malah Rafidah yang mesra disapa Fida ini turut mengambil inisiatif menganjurkan solat hajat di Masjid Al-Iman, Kemensah Height, Kuala Lumpur malam Rabu lalu bagi mendoakan keselamatan pasukan polis dan tentera yang bertugas.

Antara rakan artis yang menghadiri majlis solat hajat anjuran Fida itu ialah pelakon Zalif Sidek, Hafiz Nafiah, penyanyi Azmir Arif dan komposer Sheikh Qalam.

"Saya selalu mengikuti cerita pencerobohan pengganas di Sabah sejak awal sehingga ke hari ini. Sedih rasanya dengan apa yang berlaku.

"Sebagai rakyat yang prihatin, tak salah untuk saya anjurkan solat hajat untuk mendoakan anggota keselamatan bertugas. Saya berharap agar tiada lagi yang terkorban dan peperangan cepat berakhir," katanya.

Anak kelahiran Kuala Lumpur ini turut melahirkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang bertindak mempolitikkan insiden tersebut.

"Maaf kalau ada orang yang mempertikaikan pandangan seorang selebriti terhadap isu serius sebegini.

"Tetapi jujurnya saya sedih apabila ada cerita-cerita kurang enak timbul daripada peristiwa berdarah di sana. Walhal anggota keselamatan kita bermati-matian mempertahankan negara.

"Saya juga sedih apabila ada di kalangan generasi muda yang tiba-tiba bersuara lantang dengan mengaitkan peristiwa berdarah di Sabah itu membabitkan agenda pihak tertentu," katanya yang turut menasihati anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan cerita yang berlegar di Internet.

Malah Fida yang berganding dengan Datuk AC Mizal dan Qalam Band bagi lagu Wan Lebor ini turut mengajak anak muda menanam semangat cintakan negara.

Katanya, sudah tiba masa generasi muda bersatu agar Malaysia tidak tergugat apabila diserang anasir yang cuba memecahbelahkan keharmonian negara.

"Selama ini saya tidak marah kalau orang kutuk saya. Tetapi saya boleh marah kalau orang kutuk Malaysia. Orang jenis ini memang tidak tahu erti perjuangan perwira negara terdahulu.

"Sebab itu mereka mudah berkata tidak elok tentang negara dan memberontak jika ada perkara yang tidak kena.

"Kalau sikap sebegini berterusan, lama kelamaan boleh menyebabkan orang kita jadi pengemis di negara sendiri," kata juara pertandingan Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene ini.


GR kata: Jangan bertudung saja pandai, akhlak pun kena pandai jugak.

Sunday, March 17, 2013

#BNYCT BIKIN HAVOC SEMALAM DI ROYALE BINTANG DAMANSARA


Kejayaan menguasai dunia siber antara faktor yang dapat memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, pandangan itu kerana lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda berusia bawah 40 tahun.

“Golongan baharu ini gemar mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain selain memperolehnya melalui media arus perdana.

“Oleh itu jika PRU 2004 dan 2008 dunia siber merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat tetapi pada PRU13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Pelancaran Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara yang dihadiri lebih 3,000 orang di sini hari ini.

Khairy bagaimanapun mengingatkan pemuda BN supaya menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.

Menurut beliau, pemuda BN tidak boleh terikut-ikut dengan pemikiran pembangkang yang gemar menggunakan fitnah dan penipuan dalam dunia siber untuk memerangi parti pemerintah.

“Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat. Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna,” jelas beliau.

Antara rakaman forum ketika Himpunan Aktivis Siber yang berlangsung semalam lihat di bawah :



Dalam pada itu juga aplikasi 'Barisan Nasional (BN) Youth Cyberteam (BNYCT)' boleh didapati melalui telefon pintar kita semua. Ianya boleh dimuatturun selepas dirasmikan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin sempena majlis Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ellena Zainal menunjukkan aplikasi 'Barisan Nasional (BN) Youth Cyberteam (BNYCT)' 
pada telefon pintarnya


Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Program semalam berjalan dengan lancarnya dan sambutan yang sangat menggalakkan cari kalangan anak muda yang begitu semangat untuk 'berperang' habis-habisan menentang fitnah pakatan pembangkang serta berjuang memastikan kemenangan PRU 13 milik Barisan Nasional (BN).


GR kata: Gempur habis-habisan kasi sampai pakatan haprak lunyai!!

UPDATE NEWS #lahaddatu: BERSIHKAN PENGGANAS HABIS-HABISAN!


Operasi Daulat untuk memburu saki baki pengganas militan yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Februari lepas akan diteruskan sehingga semua kawasan di daerah berkenaan bersih daripada penceroboh dari selatan Filipina itu.

Yakin operasi itu boleh diselesaikan dalam masa terdekat, pasukan keselamatan percaya kini hanya tinggal sekitar 50 orang lagi saki baki kumpulan militan di kawasan berkenaan.

Anggaran bilangan musuh itu dibuat berdasarkan jumlah yang ditembak mati, ditahan dan lari ke selatan Filipina.

"Kami akan cuba selesaikan secepat mungkin," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib sambil menegaskan bahawa pasukan keselamatan tidak meletak 'garis masa' untuk operasi itu.

Selepas 12 hari Operasi Daulat, Kampung Tanduo yang sebelum ini menjadi kubu kumpulan penceroboh kini bersih daripada pengganas, dan pasukan keselamatan percaya usaha membersih Kampung Tanjung Batu akan dapat diselesaikan pada Ahad.

Hamza berkata penduduk kampung terlibat akan dibenar pulang selepas pasukan keselamatan membersihkan kawasan itu daripada jerangkap samar dan pelbagai ancaman lain serta berbincang dengan ketua masyarakat.

"Kami akan letak anggota keselamatan untuk pastikan tiada musuh dapat kembali semula ke kampung berkenaan," katanya.

Dalam tempoh 72 jam sehingga 5 petang ini, tiada pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh militan.

Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang menceroboh pesisir pantai Lahad Datu sejak 12 Februari lepas, gagal.

Dalam tempoh itu, 61 musuh ditembak mati dan 27 daripada mayat pengganas telah dibawa keluar dari zon merah manakala 104 ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, dan 232 ditahan kerana berada di kawasan larangan.

Sembilan anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan seorang tentera terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas itu.

Seorang lagi anggota tentera terkorban dalam kemalangan jalan raya melibatkan trak tentera yang dalam konvoi untuk Operasi Daulat. - BERNAMA

UPDATE #lahaddatu: CHECKMATE, FILIPINA JUMPA SIAPA DALANG!


Kerajaan Filipina menemui beberapa bukti mengenai penglibatan tokoh pembangkang di negara itu yang dipercayai membiayai keluarga Jamalul Kiram III, pemimpin kumpulan pengganas yang bertanggungjawab dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Filipina, Voltaire T. Gazmin yang mengunjungi beliau di Putrajaya, semalam.

Ahmad Zahid berkata, Gazmin dalam pertemuan itu turut menyatakan komitmen Manila untuk melakukan apa sahaja bagi membantu Kuala Lumpur mengenal pasti dalang sama ada di Filipina, Malaysia atau pihak ketiga yang terlibat dalam pencerobohan tersebut.

“Beliau (Gazmin) menyatakan Filipina akan menggunakan segala jaringan maklumat termasuk perisikan untuk mengetahui siapakah dalang di belakang pencerobohan ini. Mereka juga sedang mengumpul bukti-bukti,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Kem Rejimen Ketiga Artileri Diraja, Kamunting di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid; Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe; Setiausaha Politik Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie dan Panglima Dua Briged, Brig. Jeneral Datuk Md. Dzahir Abd. Rashid.

Ahmad Zahid berkata, berdasarkan maklumat perisikan Filipina, aktiviti Jamalul Kiram III dibiayai pihak tertentu untuk kepentingan politik.

Menurutnya, dengan keadaan kesihatan dan ketidakmampuan dalam segi kewangan, ketua kumpulan pengganas itu tidak mungkin dapat menggerakkan bala tenteranya untuk melakukan pencerobohan bersenjata di Sabah.

“Persoalannya, siapa yang membiayai senjata, penghantaran dan pembelian aset lain sehingga mengizinkan pencerobohan militan di Sabah? Bukti-bukti sedang dikumpulkan termasuklah penglibatan anak Jamalul Kiram, Jacel yang cergas bergerak berulang-alik menggunakan jet peribadi.

“Kita diberitahu bahawa ada tokoh pembangkang di negara itu yang membiayai kos perjalanan itu. Ini dipercayai mempunyai kaitan dengan usaha pembangkang yang sedang bergerak cergas dengan menjadikan isu pencerobohan di Lahad Datu sebagai modal politik menjatuhkan kerajaan,” katanya.

Ditanya sama ada perbincangan dengan Gazmin ada menyentuh kemungkinan Jamalul Kiram III akan didakwa di Malaysia, Ahmad Zahid berkata, walaupun tiada perjanjian ekstradisi antara kedua-dua negara, beliau yakin, Manila akan bekerjasama memastikan pemimpin militan itu diheret ke muka pengadilan.

Pada masa sama, jelas beliau, Filipina akan mengambil tindakan undang-undang ke atas semua anggota pengganas Sulu termasuk 35 orang yang ditahan ketika cuba kembali ke Filipina dari Sabah semalam.

Portal berita Filipina, Inquirer News sebelum ini memetik sumber perisikan bahawa terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan Sabah sejak 12 Februari lalu yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah.

Pada 14 Februari lalu pula, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini. - Sumber


GR kata: Heret manusia yang mahu hancurkan negara ke muka pengadilan!!

Artikel pelbagai