Wednesday, November 2, 2011

PANAS: BOB LOKMAN MASUK TABLIGH???


Hari ini dalam sejarah ker?? Kenapa penulis cakap macam nie?? Sebabnya petang tadi penulis dapat BBM (blackberry messenger) dari seorang kawan, beliau beritahu terserempak dengan Bob Lokman di Masjid Jame' Sri Petaling..siap bersembang lagi dengan Bob Lokman nie.. Bob Lokman join Tabligh ker sekarang?? Apa sudah jadi dengan PAS?? Kawan penulis juga beritahu yang Bob Lokman akan ikut jemaah Tabligh keluar selama beberapa hari untuk mendalami dan mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam lagi..

Penulis pun macam nak percaya ngan tak pun ade..Penulis sendiri pergi menunaikan solat Maghrib di sana...memang sah Bob Lokman di Masjid Sri Petaling...duduk dalam majlis ilmu agama yang diadakan di masjid selepas solat Maghrib...Baguslah macam tue..mungkin beliau sudah insaf dan tau perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak ke mana hanyalah sekadar kepentingan politik mereka saja...

Masjid Jame' Sri Petaling

Apa yang penulis difahamkan.. PAS memang tidak suka dan tidak sekepala dengan kegiatan Tabligh di Malaysia..sebab Tabligh tidak menitikberatkan ideologi politik dalam kegiatan mereka..hanyalah semata-mata menyampaikan agama Islam kepada umat manusia dengan mengajak manusia ke masjid dan mengajak manusia mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan kita serta taat pada perintah Allah SWT dan jauhi larangan Allah SWT.. Ceramah-ceramah mereka juga hanyalah berunsurkan agama seperti kebesaran Allah SWT, kisah2 Nabi dan Rasul juga kisah2 para sahabat...

Kalau betul Bob Lokman dah sedar apa yang beliau buat selama ini tidak betul baguslah...jangan pulak masuk Tabligh disebabkan nak lari dari ditangkap pihak berkuasa...Maklumlah waran tangkap dah keluarkan.. Hehehe

GEMPAR: LAGI BALA YANG DIBAWA OLEH AMBIGA!!!


PANAS!! PANAS!! Isu paling panas yang akan menjatuhkan martabat dan akidah umat Islam di Malaysia ini..Ini melibatkan bala dibawa oleh Si Ambiga Mengong untuk masyarakat Malaysia dan penulis cuba kaitkan sedikit dengan maklumbalas PAS berkenaan hasrat Si Ambiga Mengong yang merupakan hos sekutu dalam Himpunan Bersih tempoh hari untuk membawa Program Seksualiti Merdeka 2011 yang jelas dan pasti bertujuan mempromosikan "pergaulan" antara jantina dan hubungan sejenis..

Program Seksualiti Merdeka 2011 yang dijadual diadakan di The Annexe Gallery bermula 9 hingga 13 November 2011 ini dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga. Program yang dinamakan Seksualiti Merdeka itu adalah acara sambutan tahunan meniru acara ‘Gay Pride Parade’ di negara-negara Barat.

Kumpulan di bawah "Seksualiti Merdeka" tersebut memperjuangkan hak Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT). Kumpulan ini juga mendapat sokongan daripada Malaysian Bar Council, SUARAM, Empower, PT Foundation, United Nations dan Amnesty International!. Sila baca DI SINI

Si Ambiga Mengong nak beri kebebasan kepada hak lesbian, gay, transexual (pondan), bisexual dan intersexual diberikan kebebasan hak utk mereka bebas mengamal cara hidup mereka secara terbuka. Istigfar lah wahai umat Islam semua!!!


Sila baca di bawah ini :

Forum

HUMAN RIGHTS FOR LGBTIQ: Making it real ...in Malaysia!
Presented by KRYSS, Tenaganita, Empower & the Bar Council @ Seksualiti Merdeka 2011
Wed 2 Nov 2011, 7.30pm – 10.30pm
Bar Council Auditorium (Map: http://bit.ly/rrNQBx)
Officiated by Datuk Ambiga

Admission free

Our amazing speakers, all of whom well known within their field of activism, help us explore how different mechanisms and human rights instruments may be used to protect and advance the human rights of the LGBTIQ in Malaysia. Come listen, learn and be part of the solution. Through a closer analysis of a case study, we also look at how different actors in Malaysia can work collectively and individually to make a difference for the human rights of the LGBTIQ.

Those who are interested may join us the day before (Tue 1 Nov, 7.30pm) for an introductory workshop around the corner at The Annexe Gallery to human rights concepts: Human Rights for LGBTIQ: Human Rights is an Asian concept too!

Moderator: Irene Fernandez, Tenaganita

Forum Panel:

1. ASEAN Intergovernmental Commission on Human Rights (AICHR) – Honey Tan, EMPOWER

2. Convention on the Rights of the Child (CRC) – Nooreen Preusser, Training and
Education Director, P.S. The Children

3. Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women
(CEDAW) – Ivy Josiah, Executive Director, Women's Aid Organisation

4. Working with SUHAKAM – Julian Lee, lecturer, Monash University of Malaysia

5. Local litigation advocacy – Aston Paiva, Kanesalingam & Co

6. Case study session – Angela M. Kuga Thas, Knowledge and Rights with Young people
through Safer Spaces (KRYSS)

7. Equality and Non-Discrimination: Implications for the LGBTIQ Community – Irene
Fernandez, Tenaganita

~ ~ ~

SPONSORS AND SUPPORTERS
of Seksualiti Merdeka 2011:
Amnesty International Malaysia
Bar Council Malaysia Human Rights Committee
EMPOWER
KL Word
KRYSS (Knowledge & Rights with Young people through Safer Spaces)
Justice For Sisters
MyConstitution Campaign
MyNetra
Precious Old China Restaurant
PT Foundation
Pusat Rakyat LoyarBurok
Rev Yap Kim Hao
Quek Sue Yian
SUARAM
Tenaganita
Women's Aid Organisation
Women's Candidacy Initiative
United Nations Theme Group on HIV
and many other individuals

Tuesday, November 1, 2011

YAB TPM Bertemu Rakyat Bdr Tun Razak!

YAB TPM bersama rakyat Bdr Tun Razak

Ini satu kelainan, buat pertama kalinya mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan diadakan dluar pejabat UMNO perhubungan di Medan Tunku,Kuala Lumpur. Kunjungan pertama beliau di pejabat UMNO Bahagian Bandar Tun Razak (BTR) pada malam tadi (Isnin).

Mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan. Beliau sebelum itu bersama Timbalan Pengerusi Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menyampaikan bantuan khas rakyat kepada 31 orang golongan miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU) serta sumbangan pada 13 NGO dari kawasan Parlimen Bandar Tun Razak. Mereka menerima sumbangan dari Barisan Nasional (BN) Bandar Tun Razak berjumlah antara RM200 hingga RM1,000. Turut serta di majlis tersebut pemimpin parti-parti komponen dari Barisan Nasional (BN).



InsyAllah...Parlimen Bdr Tun Razak akan kembali semula ke Barisan Nasional pd PRU-13!!!

Video: Tragedi Letupan Keretapi Langgar Lori Tangki Minyak di K.Kinabalu

Gambar kejadian keretapi langgar lori tangki minyak

Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini 9 orang cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara keretapi dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam petang Isnin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain yang berada dalam keretapi tersebut berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg dan mereka diselamatkan oleh anggota bomba yang bergegas tiba.

Mangsa2 kejadian segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan kereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41 tahun dibawa oleh polis untuk siasatan, sementara pemandu kereta api berusia 51 tahun mengalami luka-luka di kaki. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama 5 buah kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas. Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.


Monday, October 31, 2011

PANAS!! VIDEO PELACURAN DI KELANTAN!!



Lihatlah sendiri video di atas bukti kegiatan pelacuran di Kelantan...Difahamkan pusat pelacuran ini terletak tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Nik Aziz..Apa sudah jadi nie?? Mana "Negeri Kebajikan" yang PAS perjuangkan??


Pelacur yg ditangkap dlm Ops Johnson II di Kelantan

Artikel penuh sila baca KLIK DI SINI

Artikel pelbagai