Tuesday, November 1, 2011

Video: Tragedi Letupan Keretapi Langgar Lori Tangki Minyak di K.Kinabalu

Gambar kejadian keretapi langgar lori tangki minyak

Tiada kematian dilaporkan, namun setakat ini 9 orang cedera dalam letupan besar akibat pelanggaran antara keretapi dengan sebuah lori tangki minyak di hadapan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam petang Isnin. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu pemberita di tempat kejadian penumpang-penumpang lain yang berada dalam keretapi tersebut berjaya menyelamatkan diri ketika pelanggaran berlaku kira-kira 5.30 ptg dan mereka diselamatkan oleh anggota bomba yang bergegas tiba.

Mangsa2 kejadian segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk rawatan, kata beliau. Menurut Hamza, lori tangki itu sedang melintasi trek kereta api untuk menghantar minyak ke sebuah stesen minyak, tetapi pergerakannya agak perlahan menyebabkan kereta api berkenaan melanggarnya. Beliau berkata pemandu lori berusia 41 tahun dibawa oleh polis untuk siasatan, sementara pemandu kereta api berusia 51 tahun mengalami luka-luka di kaki. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi memberitahu Bernama 5 buah kereta bomba ditugaskan dari balai bomba Kota Kinabalu, Penampang dan Lintas. Beliau berkata mereka juga dibantu dengan sebuah kereta tangki air dan dua kereta bomba dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat lapangan terbang itu.


No comments:

Artikel pelbagai