Wednesday, November 2, 2011

PANAS: BOB LOKMAN MASUK TABLIGH???


Hari ini dalam sejarah ker?? Kenapa penulis cakap macam nie?? Sebabnya petang tadi penulis dapat BBM (blackberry messenger) dari seorang kawan, beliau beritahu terserempak dengan Bob Lokman di Masjid Jame' Sri Petaling..siap bersembang lagi dengan Bob Lokman nie.. Bob Lokman join Tabligh ker sekarang?? Apa sudah jadi dengan PAS?? Kawan penulis juga beritahu yang Bob Lokman akan ikut jemaah Tabligh keluar selama beberapa hari untuk mendalami dan mempelajari ilmu agama dengan lebih mendalam lagi..

Penulis pun macam nak percaya ngan tak pun ade..Penulis sendiri pergi menunaikan solat Maghrib di sana...memang sah Bob Lokman di Masjid Sri Petaling...duduk dalam majlis ilmu agama yang diadakan di masjid selepas solat Maghrib...Baguslah macam tue..mungkin beliau sudah insaf dan tau perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS tidak ke mana hanyalah sekadar kepentingan politik mereka saja...

Masjid Jame' Sri Petaling

Apa yang penulis difahamkan.. PAS memang tidak suka dan tidak sekepala dengan kegiatan Tabligh di Malaysia..sebab Tabligh tidak menitikberatkan ideologi politik dalam kegiatan mereka..hanyalah semata-mata menyampaikan agama Islam kepada umat manusia dengan mengajak manusia ke masjid dan mengajak manusia mengamalkan sunnah Nabi dalam kehidupan kita serta taat pada perintah Allah SWT dan jauhi larangan Allah SWT.. Ceramah-ceramah mereka juga hanyalah berunsurkan agama seperti kebesaran Allah SWT, kisah2 Nabi dan Rasul juga kisah2 para sahabat...

Kalau betul Bob Lokman dah sedar apa yang beliau buat selama ini tidak betul baguslah...jangan pulak masuk Tabligh disebabkan nak lari dari ditangkap pihak berkuasa...Maklumlah waran tangkap dah keluarkan.. Hehehe

No comments:

Artikel pelbagai