Monday, October 27, 2014

LOKASI PUSAT JUDI DIDEDAHKAN! MOHON @PDRMsia JANGAN TERUS DIBUAI MIMPI! @KDNPUTRAJAYA @Zahid_Hamidi


Kegiatan pusat perjudian haram yang semakin galak di dalam kawasan masyarakat kita haruslah dihapuskan dengan segera. Walaupun tindakan yang diambil oleh pihak Polis haruslah dipuji tetapi kemunculan pusat perjudian ini masih berleluasa dengan membukanya mengikut cara mereka tersendiri.

Dengan zaman yang canggih pelbagai teknologi terkini sekarang ini, rakyat menjadi lebih pritahin dengan menyalurkan sendiri maklumat kepada pihak berkuasa demi menjaga keselamatan mereka dan juga kesejahteraan masyarakat keseluruhannya.

Apa yang GR lihat, masyarakat menyokong penuh tindakan pihak Polis membanteras pusat perjudian haram ini hingga ke akar umbi. Seruan Menteri Dalam Negeri yang memandang serius gejala yang tak bermoral ini seharusnya disambut oleh semua pihak.

GR harap pihak Polis terus melakukan siasatan dan seterusnya tindakan tegas diambil kepada mereka yang menghidupkan premis-premis perjudian haram seperti gambar-gambar yang diupload pada Facebook Group ini.

Klik DI SINI --->> https://www.facebook.com/groups/241613169360999/ (ANTI KEDAI JUDI)

Terima kasih kepada siapa yang mewujudkan Facebook Group nie..kerana mereka juga membantu pihak Polis untuk membanteras kegiatan tak bermoral nie. Jangan pula ada yang kata Polis tak buat kerja...jangan pula ada yang kata Menteri Dalam Negeri hanya 'Tin Kosong'...tapi tengok lah sendiri hasilnya.


Kalau mesin judi nie wujud sekali pun kalau diri sendiri tak pergi buat KUNJUNGAN HORMAT manakan business taiko-taiko judi haram nie makin laku betul tak? Pokoknya tepu dada tanyalah hati...jangan asyik nak salahkan orang saja.

Teruskan berikan sokongan pada pihak Polis membanteras jenayah. Kerjasama semua pihak amat penting bersama-sama dengan Kerajaan membanteras jenayah demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat.


GR kata: KDN, Polis teruskan kasi hapus ini taiko-taiko tak boleh pakai nie!!

No comments:

Artikel pelbagai