Dalam minggu ini, pelbagai kisah bodoh yang kita lihat dan baca di media sosial, berita di TV dan surat khabar. Kisah tersebut ada pula pihak yang cuba untuk spin katanya merekalah di pihak yang benar. Boss mereka telah dianiaya oleh pihak yang tak bertanggungjawab kerana tidak mahu Boss mereka nie naik sebagai Perdana Menteri Malaysia...
Persoalannya PM Malaysia yang ke berapa yer??? Bila tu? Jika faktor umur beliau boleh ker memegang jawatan tersebut?? Korang fikirkanlah yer...jangan jadi bodoh salah orang itu ini. Seharusnya kita musabah diri kita dengan ketentuan yang telah Allah S.W.T jadikan.
Dalam gerakan menaikan provokasi rakyat menyokong si Anwar tua nie, kenapa beliau memilih UM? Kenapa tidak di kawasan KL yang lain seperti Dataran Merdeka dan sebagainya? Sejarah beliau pun tercetus di situkan...masa zaman beliau student...demo sana sini di universiti beliau yang mulakan. Adakah ini gerakan yang sihat untuk menunjukkan sesuatu perkara yang kita sokong perjuangannya?
Kenapa ramai yang marah Anwar Ibrahim? Sebenarnya mereka tidak marah tetapi kesian dengan perjuangan Anwar Ibrahim yang sudah lari daripada landasannya. Kesian kerana ada dikalangan mereka berpengalaman sendiri berada dalam pasukan yang merawat kes Arsenik dan berkawan dengan pembantu-pembantu rahsia Anwar.
Sejak 1998 Anwar Ibrahim telah mengubah lanskap politik Malaysia tidak disangkal ada kebaikannya tetapi banyak juga buruknya. Perkataan kerajaan ZALIM bermain dibibir untuk mempengaruhi anak muda berjiwa panas tanpa mereka sedar bahawa ZALIM juga menjadi permainan politik Anwar. Adakah Anwar tidak ZALIM kerana membiarkan rakyat yang memberikan mandat kepada beliau? Dalam Islam macam mana pulak...korang fikirkanlah sendiri!!
Allah S.W.T telah membuka pintu hati ramai pemimpin yang dahulunya bersama Anwar tetapi sekarang semua tinggalkan beliau. Mereka tidak meninggalkan Anwar tanpa sebab lihat sahaja polimik politik Selangor bagaimana Anwar bermain politik kotor. Semua melihat seakan-akan Anwar ingin melantik Wan Azizah menjadi MB tetapi sebenarnya strategi liciknya adalah melantik orang kanannya Azmin sebagai MB Selangor.
Wan Azizah dan Azmin Ali bukan dari khemah yang sama tetapi Anwar tahu cadangan melantik Wan Azizah pasti akan ditolak oleh Sultan. Politik Anwar memang licik atas laungan perjuangan demokrasi dan menolak kezaliman. Anwar akan memancong lumat pemimpin yang tidak menyokong perjuangan peribadi beliau seperti Khalid Ibrahim walau sebagus mana mereka berkhidmat kepada rakyat.
Kepada hari ini puak-puak PAS tidak bersama Anwar di Mahkamah Persekutuan Putrajaya? Mana pergi mereka semua? Kenapa dahulu mereka boleh bersama tapi sekarang tidak lagi? Yang datang hanyalah anak-anak muda yang diperbodohkan macam tu jer. Yang penting mereka dapat 'tips' sikit...makan minum duit minyak ditampung. Itu pun boleh jadi kerja kan....Alahai manusia kenapalah tak gunakan otak tu baik-baik???
Semuga Allah S.W.T terus beri hidayah pada kita semua termasuk Anwar Ibrahim untuk menjadi hambaNYA yang taat akan perintahNYA supaya kita berjaya di dunia dan akhirat. Wallahu'alam....
GR kata: Adakah KY jelly dapat selamatkan Bang Non nie???
No comments:
Post a Comment