Sunday, September 7, 2014
#KrisisSelangor: HADI AWANG U-TURN SEMULA? ANWAR MAKIN SERABUT KEPALA!
Keputusan PAS menolak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor baharu tidak ada kaitan dengan gendernya, tetapi keupayaan beliau untuk menjadi pemimpin yang baik.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, seorang menteri besar seharusnya memenuhi kriteria tertentu dan berkelayakan untuk memegang jawatan seumpama itu.
"Jika beliau tidak mempunyai keupayaan untuk berbahas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), bagaimana beliau hendak hendak menjadi pemimpin yang kuat?
"Ia bukan menjadi persoalan, dan berdasarkan kriteria itu sahaja, beliau tidak layak," katanya pada satu ceramah di Terengganu.
Ceramah itu dimuat naik sepenuhnya di YouTube pada Jumaat.
Beliau berkata, Dr Wan Azizah tidak sesuai untuk memimpin, kerana Selangor memerlukan seseorang "pemimpin yang kuat untuk menguruskannya".
Hadi memperjelaskan bahawa parti menghantar tiga nama untuk calon Menteri Besar kepada Sultan apabila beliau diminta untuk memberikan "lebih dua nama", dengan mendakwa sekutu partinya "bodoh".
"PAS mahu menghantar dua nama, tetapi kemudian Sultan menghantar surat meminta lebih dua nama. Lebih dari dua bermaksud kita boleh menghantar seberapa banyak yang kita suka.
"Adakah PAS mahu pemimpin-pemimpinnya dilabel sebagai bodoh? Sultan meminta sekurang-kurangnya tiga nama, tetapi anda hanya beri satu," katanya yang merujuk kepada PKR dan DAP yang bertegas untuk mencalonkan satu nama bagi jawatan itu.
"Jika kita hanya hantar satu nama, bagaimana Sultan mahu memilih? Rakyat kata kita tidak faham arahan (dari Pakatan). Tetapi sebenarnya, kita yang hanya faham dan mengikut titah Sultan," katanya.
Tambah Hadi, PAS masih sebahagian daripada Pakatan Rakyat, dan berkata, sesiapa yang mahu memulakan parti baharu dialu-alukan untuk meninggalkan pakatan itu.
"Sesiapa yang mahu memulakan parti baharu boleh pergi kerana ia lebih baik untuk mereka berbuat demikian. Kita masih bersama Pakatan."
GR kata: Macam main teng teng diaorang nie??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
gila punya kerja, paksa semua orang sokong bini sendiri jadi MB..... muka tak dak malu....
Post a Comment